Friday, October 28, 2016

Inilah harinya

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah

Hari ini adalah hari yang dinanti oleh MPA sekeluarga. Memang berdebar. Ibubapa mana yang tidak berdebar bila anak kesayangan akan masuk ke Bilik Pembedahan. Hanya mohon kekuatan, ketabahan dan kesabaran daripada yang Maha Esa untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Tapi semestinya sebagai ibubapa, MPA hanya memohon perkara yang baik-baik sahaja yang berlaku.

Kepada yang kurang pasti apa yang sedang MPA hadapi, bolehla baca entri sebelum ini di SINI. Ada MPA ceritakan di situ.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walau apapun, MPA mohon sahabat-sahabat MPA mendoakan segala yang terbaik buat puteri kesayangan MPA, Ain Humaira. Semoga perkara yang terbaik juga terjadi dalam kehidupan sahabat MPA semua. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png