Umie Amirain
Life is incredible. Let's appreciate everything in our hands.
Thursday, October 20, 2016
Kebergantungan Sesama Manusia
Bagus juga renungan ini. Dari group sebelah. Nak kongsi sama dgn sahabat semua.
Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga
lelaki
pada perempuan iaitu
ibu
.
Syurga
perempuan
pada lelaki iaitu
suami
.
Sehebat-hebat
suami
kena patuh pada
ibu
.
Sehebat-hebat
ibu
kena patuh pada
suami
.
Masa
hidup
anak perlukan
doa ibubapa
.
Masa
mati
ibubapa perlukan
doa anak
.
Di
dunia
nasab itu pada
lelaki
.
Di
akhirat
nasab itu pada
perempuan
.
Sehebat-hebat manusia
, bila mati dia tetap
perlukan orang lain
untuk
kebumi jenazahnya
.
Setinggi-tinggi ilmu
yang manusia ada. Dia tetap perlu
belajar
daripada seorang
guru
.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah
keluarga
.
Walau
sekaya
manapun seorang manusia. Dia tetap perlu
berurusan
dengan
orang lain...
Seorang
General Manager
tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa
general worker
.
Seorang
raja
tidak berkuasa tanpa ada
rakyat jelata
.
Inilah manusia...
Lemah
.
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang
"Hamba"
.
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang
terbaik
dan
terhebat
???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf
ujub, riak, sombong dan hina
.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
Iaitu
sombong dan merasa dia lebih baik
.
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian.
Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama.
Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
In Shaa Allah
Sumber : mesej kumpulan Whatsapp
‹
›
Home
View web version