Thursday, October 06, 2016

October is all about pink!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png



Alhamdulillah

Oktober is all about pink!

Agak-agak ada yang tertanya-tanya tak kenapa MPA mengatakan bulan Oktober adalah berkaitan dengan warna merah jambu?

Sebenarnya, bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Itu yang adanya riben merah seperti di atas ni.


Kanser payudara adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal di dalam tisu. Jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera, sel kanser boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain termasuklah paru-paru, tulang dan hati. Kini, kanser payudara merupakan kanser yang paling biasa dan berbahaya di kalangan wanita di Malaysia.

Golongan berisiko
  1. Semua wanita yang berumur 20 tahun berisiko menghidap kanser payudara. Walaubagaimanapun, 70% kes kanser payudara terjadi pada wanita yang berumur 40 tahun ke atas.
  2. Sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara.
  3. Datang haid awal (sebelum berumur 12 tahun) atau menopaus lewat (selepas berumur 50 tahun).
  4. Tidak pernah mengandung
  5. Bersalin selepas berumur 30 tahun.
  6. Pamakanan tinggi lemak.
  7. Pamakanan rendah serat.
  8. Obesiti.
  9. Pengambilan alkohol secara berlebihan.
Pengesanan Kanser Payudara

Kanser payudara boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Secara amnya, ada 4 kaedah pengesanan awal kanser payudara. Antaranya :
  1. Melaporkan sebarang perubahan yang terdapat pada payudara - Sebarang perubahan ganjil seperti benjolan, bengkak, mestilah dilaporkan kepada doktor dengan serta merta.
  2. Pemeriksaan payudara oleh doktor - Pemeriksaan berkala secara tahunan amatlah digalakkan bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
  3. Mamografi (sinar-X pada payudara) - Kaedah ini boleh mengesan sebanyak 90% daripada kanser payudara sebelum benjolan dapat dikesan. Kaedah ini disyorkan untuk dilakukan secara 2 tahun sekali untuk wanita berumur 40 tahun ke atas.
  4. Pemeriksaan sendiri payudara - Melalui kaedah ini, biasakan diri kita dengan payudara kita supaya sebarang perubahan dapat dikesan dengan cepat.  Seeloknya ianya dilakukan selepas datangnya darah haid untuk wanita berumur 18 tahun ke atas.
Sumber : pamplet MAKNA

Ada juga beberapa kes kanser payudara yang dapat dirawat dan sembuh sepenuhnya. Apa yang penting semangat untuk sihat semula serta sokongan orang sekeliling amatlah penting untuk proses penyembuhan. Selain itu, menyertai organisasi seperti Breast Cancer Welfare Association Malaysia dan National Cancer Council Malaysia (MAKNA) dapat mendedahkan kepada kita kekuatan dan ketabahan mereka-mereka yang telah mengharungi cabaran dan dugaan sewaktu disahkan menghidap kanser tersebut. Sekurangnya, dapat memberikan kita inspirasi dan semangat untuk berjuang seperti mereka.

Alhamdulillah, dikalangan ahli keluarga MPA tiada yang menghidap kanser payudara tetapi langkah pencegahan tetap perlu memandangkan apa yang kita ambil dan makan hari ini kebanyakkannya mengandungi bahan kimia yang dikuatiri penyumbang kepada kanser-kanser yang lain juga. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan?

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png