Time spend with family
Sumber : Google
Alhamdulillah
Harini ramai yang sekadar nak bersantai-santai.Walaupun MPA tidak bekerja lagi, nak juga masa bersantai bersama En Suami dan anak-anak. Tapi untuk hari ini, kami sekadar bersantai di rumah sahaja sebab banyak benda yang perlu dilakukan minggu ini. Sebab utamanya adalah Insya Allah, kedua ibubapa MPA akan kembali ke tanahair pada Rabu ini setelah sebulan lebih pergi ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji.
Untuk hari ini, MPA nak berceloteh sikit berkaitan masa untuk bersantai ini. Bukan apa, biarlah untuk masa bersantai bersama keluarga ini kita tolak ketepi gajet untuk sementara waktu. Cukuplah gajet itu menggantikan jam loceng kita, kalendar, jam dan sebagainya. Untuk masa terluang yang ada, kita gunakan sebaiknya untuk bersama keluarga. Insya Allah, ianya berbaloi untuk jangka masa panjang.
Wallahua'lam.