Cara Wanita Bersedekah
Sumber : google
CARA WANITA BERSEDEKAH
Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata: "Bagaimana, sedangkan aku tak punya duit?" Walaubagaimanapun, kita sebagai wanita tetap diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."
Dan sabda baginda junjungan kita itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan penyelesaiannya?
Sebenarnya mudah. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Sedekah itu beraneka ragam. Berikut contoh-contohnya:
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma'ruf nahi munkar kita (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah Whatsapp, Line, Facebook, Blog dan media sosial kita yang lain setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak kita, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri kita dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang kita temui, itupun sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga kita dan keluarga kita makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan kepada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah kita yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang kita berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapapun.
Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tua, suami, dan anak-anak). Mereka yang paling utama dan yang paling dekat, kemudian yang terdekat.
Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".
Wallahu a'lam
Sumber : group Whatsapp