Wednesday, November 09, 2016

Pemeriksaan Kardiologi buat Ain Humaira

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah
Pada entri hujung bulan yang lalu, MPA ada menceritakan yang MPA akan bercuti-cuti Malaysia di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk prosedur puteri MPA, Ain Humaira di SINI
Seronok Ain bermain di tiang katilnya.
Nampaknya, prosedur tersebut terpaksa ditunda lagi disebabkan pihak pakar bedah perlu melakukan scan untuk kali terakhir untuk memeriksa reflux Ain. Insya Allah, 21hb November ini MPA akan masuk ke wad semula untuk melakukan prosedur yang pernah dinyatakan itu.
Ain bermain bersama Kakak Dini dari Sabah yang mengalami masalah paru-paru yang agak kronik dan amat jarang sekali berlaku.
Aduhai. Bila asyik tunda ni, risau pula MPA pada keadaan Ain. Tapi menurut pakar paru-paru kanak-kanak, keadaan paru-paru Ain macam seakan bertambah baik. Tapi prosedur Bronchoscopy tetap kena dilakukan untuk melihat keadaan sebenar paru-paru Ain.
Isnin yang lepas, 7hb November, MPA ada check-up Ain di HKL untuk kes jantung Ain. Sewaktu baby, Ain disyaki mempunyai Left Pulmonary Artery Stenosis. Dalam bahasa mudah untuk difahami, salur darah daripada jantung ke paru-paru Ain ada yang sempit. Ini merupakan temujanji pertama Ain dengan Pakar Jantung.
Sabar menanti giliran dan Ain ditidurkan untuk memudahkan pemeriksaan.
Alhamdulillah, setelah diperiksa dan discan, keadaan jantung Ain sudah normal dan yang mengejutkan MPA, doktor pakar ada menyebutkan 'lubang telah tertutup dan tumbuh seperti yang sepatutnya'. Bila diminta kepastian, rupanya Ain ada masalah jantung berlubang sewaktu baby tapi telah menjadi normal. Alhamdulillah. Syukur sangat pada Allah atas salah satu nikmat kesihatan yang diberikan untuk Ain.
Sekarang, tinggal keadaan kesihatan paru-paru dan perut Ain yang tidak begitu memberansangkan lagi. MPA berharap sangat keadaan paru-paru dan perut Ain akan sihat sebagaimana yang terjadi kepada jantung Ain. Insya Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Dan sebagai hambaNya, menjadi tanggungjawab kita memohon yang terbaik dan diberikan kekuatan untuk menghadapi segalanya.
Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: