Tuesday, December 20, 2016

Big Bad Wolf 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Semalam sudah berakhir Big Bad Wolf 2016. Untuk tahun ini, MPA dan adik-adik perempuan MPA berkesempatan untuk ke sana pada Sabtu pagi yang lepas. Pada mulanya MPA merancang untuk pergi pada malam hari disebabkan ianya dibuka sepanjang 24 jam, tapi adik perempuan MPA mencadangankan waktu siang sedikit. Jadi, lepas selesai tugasan MPA dan mendapat izin suami, kami bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 pagi. Risau juga MPA parkir penuh. Alhamdulillah, rezeki MPA adik beradik, dapat parkir berdekatan dengan tangga naik ke Big Bad Wolf tersebut. MPA bawa Amir untuk menemani MPA dan juga meringankan tugasan suami menjaga Ain di rumah. Ain masih belum boleh dibawa ke tempat awam terutama yang sesak kerana dibimbangi menjejaskan kesihatan Ain.

Di pintu masuk BBW. Sudah terasa kemeriahannya.

Sememangnya yang paling teruja adalah Amir sebab semenjak doktor mengesahkan keadaan kesihatan Ain mudah terjejas jika Ain ke tempat awam. Jadi, bila sekali sekala keluar ramai-ramai, apa lagi, seronoklah dia.

Amir sedang memilih buku yang berkenan di hati. 

Kepada ulat buku, memang rambang mata dibuatnya. Serius. Lagi-lagi harga yang dipaparkan memang menarik dan tertarik. Mahu rasanya ambil semua. Hihi. Tapi MPA kan sudah tidak bekerja, jadi MPA sekadar ambil seadanya, mengikut kemampuan. 

Inilah di antara buku yang menjadi pilihan MPA dan adik-adik MPA.

Pada pendapat MPA, memang berbaloi untuk ulat buku. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Apa yang penting, dalam keghairahan membeli apa jua termasuklah buku, biarlah ianya mengikut keperluan, bukan kehendak. Dibimbangi pembaziran akan berlaku. Siapa yang rugi? Kita juga yang rugi.

Bertemu lagi di lain tahun, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png