Friday, December 30, 2016

Jumaat terakhir 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Sekejap saja kita sudah bertemu di Jumaat terakhir untuk tahun 2016 ini. Dan esok pula merupakan hari terakhir untuk tahun 2016. Rasanya ramai yang akan flashback perkara yang berlaku sepanjang 2016.

Namun begitu, dalam sibuk melakukan flashback dan menyenaraikan azam, jangan lupa pula dengan perkara-perkara Sunnah di hari Jumaat. Antaranya :


1⃣ Berselawat kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. 

Rasulullâh Shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."📒Hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)

2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.

Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.

▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda : "Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh". (HR Bukhari) - lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat.

▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah bersabda: "Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama."  📒Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)

3⃣ Memperbanyakkan Zikir dan Doa.

Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak. 

▶ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".

▶ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda :" Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan"  📒HR Muslim.

▶ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" 📒HR Abu Daud -  Shahih.

❗❗Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.

Sumber : Telegram Kempen Semak Hadis

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png