Thursday, December 15, 2016

Tingkatkan penghasilan susu dengan Power Pumping!

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Perjalanan penyusuan susu ibu MPA sudah masuk 14 bulan. Satu perjalanan yang sudah agak panjang, memang agak memenatkan tetapi menyeronokkan dan mengujakan. Selamat 14 bulan ini, tipu jika MPA katakan tiada episod susu merundum. MPA akui memang ada masalah susu merundum terutama apabila Ain dimasukkan ke hospital. Atas faktor kesihatan Ain, MPA tidak dapat menyusukan susu badan kepada Ain secara terus. Jadi, MPA perlu pam susu badan.

Apabila susu mula merundum, MPA suka membuat power pumping. Apa itu power pumping?

Sumber : Google

Selain itu, semasa power pumping :
  1. Jangan mudah stress dan sedih sepanjang melakukan power pumping. Sentiasa berada dalam keadaan positif bahawa susu kita cukup untuk bayi kita.
  2. Tujuan power pumping adalah untuk merangsang hormon di dalam tubuh menghasilkan lebih banyak susu pada masa akan datang. Jadi, semasa melakukan power pumping, elakkan melihat hasil susu. Dibimbangi timbul rasa putus asa semasa power pumping tersebut.
  3. Gunakan pam payudara yang bersesuaian dengan ibu. Lain ibu, lain kesesuaian pam.
  4. Pastikan emosi semasa melakukan power pumping adalah ceria dan bebas tekanan. Antara yang boleh dilakukan untuk memastikan emosi stabil adalah dengan mendengar alunan muzik yang mendamaikan, ataupun melihat gambar atau video anak yang sedang bermain.
  5. Lakukan power pumping di tempat yang selesa kerana proses power pumping memakan masa selama 1 jam. Jadi, sediakan bahan bacaan yang menarik atau menonton rancangan kegemaran sambil power pumping. Apa yang penting adalah selesa. Jangan lupa sediakan air supaya kita tidak kehausan.
Apa yang penting, konsisten untuk melakukan power pumping sebaik-baiknya satu minggu. Berdasarkan pengalaman MPA, jika konsisten melakukannya satu minggu, Insya Allah, hasil susu akan kembali meriah. Yang penting, jangan mudah putus asa dan mestilah konsisten. Memang ianya mengambil masa yang lama, iaitu 1 jam, tetapi demi anak, apa salahnya kita korbankan masa 1 jam tersebut. Walau apapun, sentiasa percaya pada Allah dan yakinkan pada diri bahawa susu kita adalah cukup untuk bayi kita. Insya Allah

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png