Welcome December, end month of the year
Alhamdulillah
Pejam celik, pejam celik, dah nak berakhir tahun 2016 dengan menjelangnya bulan Disember. Cukup pantas rasanya masa berlalu.
Bagaimana agaknya pencapaian sahabat semua untuk tahun 2016 ini? Kepada yang mempunya azam, bagaimana dengan azam kalian? Kepada yang berjaya melaksanakan apa yang diazam dan dicita-citakan, setinggi tahniah daripada MPA. Kepada yang kurang berjaya, insya Allah, ada sesuatu yang boleh diusahakan untuk mencapainya. Kuatkan semangat dan jangan mudah berputus asa.
Mungkin ada sesetengah dah tutup buku 2016 dan mula merangka perancangan 2017. Alhamdulillah, bagus sangat tu. Semoga apa yang dirancangkan tercapai. Insya Allah.
Bagi diri MPA, perancangan MPA berkemungkinan lebih kepada keluarga MPA terutama anak-anak MPA, dan insya Allah, Work At Home Mom (WAHM). ^_^
Kepada semua sahabat MPA, walau apa jua yang dirancang dan walau apa jua yang telah tercapai, MPA mendoakan agar semuanya berada dibawah berkat dan rahmat daripada Allah Taala. Insya Allah.
Wallahua'lam