Tuesday, January 03, 2017

Sesi persekolahan pertama Amir Syukur

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Sumber : Google Image

Alhamdulillah

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak bersekolah. Tetapi ada juga beberapa negeri telah memulakan persekolahan sejak kelmarin lagi. 

Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan buat putera MPA, Amir Syukur. Disebabkan malam tadi tidur lambat sikit, jadi untuk bangun awal pagi hari ini, agak liat sikit. Tidur lambat bukan sebab apa, sebab MPA menceritakan keadaan dan suasana persekolahan serta Amir turut menceritakan apa yang bakal ditempuhi pada hari ini, pada pandangan Amir.

Serius! Teruja untuk ke sekolah tetapi ditahan sebab nak kena salam dengan MPA. Hihi

MPA tidak dapat menghantar Amir ke sekolah sebab menjaga Ain di rumah. Lagipun, pagi tadi hujan turun dengan agak lebat. Jadi, papa Amir yang menghantar Amir ke sekolah. Menurut papa Amir, Amir tidak nangis dan elok duduk di tempat duduk. Tetapi ada juga semacam hendak menangis bila tengok ada rakan-rakan yang menangis.

Antara aktiviti yang dilakukan pada hari pertama persekolahan.

Balik dari sekolah, MPA sengaja hendak mengikut papa Amir mengambil Amir. Nampak sahaja MPA, terus Amir memeluk MPA. Alamak, terharu la pulak bila anak meluru peluk kita. Huhu. Touching tu memanglah touching, tapi kenalah kawal. Almaklum, ramai ibubapa juga ada sama. Kebetulan cikgu Amir ada berpesan untuk membayar duit buku, MPA sempat bertanya tentang Amir. Katanya Amir ok sahaja cuma agak senyap sedikit, baguslah jika begitu cuma MPA risau 'enjin belum panas' lagi je. Hihi

Alhamdulillah. Secara keseluruhannya untuk hari ini, MPA kurang bermasalah untuk menguruskan Amir ke sekolah. Masalah tetap ada seperti susah untuk bangun awal pagi, mandi di awal pagi dan bersarapan pagi. Tetapi bila sudah selalu dilakukan, Insya Allah, alah bisa tegal biasa. Seperti ibubapa yang lain, MPA juga berharap semoga Amir tetap bersemangat untuk ke sekolah selamanya serta bersemangat dalam menuntut ilmu-ilmu yang bermanfaat buatnya. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png