Tuesday, March 14, 2017

Discaj tak jadi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Setelah sebulan puteri MPA, Ain Humaira ditahan di wad, semalam doktor benarkan untuk kami balik ke rumah. Dalam sibuk MPA mengemas barang, membayar bil perubatan dan juga ambil ubat di farmasi, dalam tengahari macamtu, MPA rasa badan Ain mula panas. Suami MPA sudah simpan sebahagian barang di kereta. 

MPA dengan rasa berbelah bahagi, panggil jururawat untuk periksa Ain. Mana tak berbelah bahagi, ikutkan rasa memang seronok nak balik rumah tapi hati MPA rasa tak sedap mengenangkan Ain kurang sihat. Bila jururawat periksa, suhu Ain mencecah 30deg C. Betul sangkaan MPA Ain kurang sihat.

Terus Ain kena tahan balik sebab demam. Rasa kecewa memang ada tapi demi kebaikan Ain, MPA redha jela. Lagipun, serupa juga jika dalam kereta dalam perjalanan balik Ain didapati tidak sihat, MPA tetap kena berpatah balik. 

Deman kali ini berpakej, sekali dengan cirit-birit dan muntah-muntah. Aduhai. Penat sikit kali ini sebab kerap kena tukar pakaian dan cadar hospital. Kali ini cirit Ain lain macam sikit. Najis terus keluar melalui celah-celah lampin pakai buang. Punyalah cair najis Ain. Baunya tak perlu diperkatakan, memang kuat baunya. Tapi apakan daya, kalau MPA tak cuci, takkan nak harapkan jururawat pulak kot. Huhu

Ain juga kerap muntah terutama selepas susu. Bukan muntah keluar susu, tapi keluar cecair kadangkala berwarna kuning, hijau lumut dan coklat. Kata jururawat, macam air dari dalam isi perut Ain tapi pelik, susu tidak pula.

Ain kalau demam, pakejnya sekali dengan nadi laju (190++ hingga 200++) dan nafas laju. Nafas laju ni sekadar tengok Ain pon sudah tau dia nafas laju sebab nampak dia bernafas macam kepenatan.

Bila macam ini, mulakan antibiotik dan bertabahlah untuk menunggu 5 hingga 7 hari lagi di wad. Sobs..sobs..

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan puteri MPA, Ain Humaira. Semoga kehidupan sahabat-sahabat MPA turut sejahtera dan peroleh kesihatan yang baik, insya Allah.

Senentara Ain sedang tidur, bolehla MPA berceloteh. Jika sudah bangun nanti, alamatnya melayan dia sajalah. Almaklum, kurang sihat.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png