Ais dan manfaat lain
Alhamdulillah
Kalau musim panas, sedap dan nikmatnya dapat air berais. Kadang boleh sampai bergelas-gelas jugakla dihabiskan. Selain itu, dapat air batu campur atau air cendol ke, fuh, nikmatnya.
Selain menghilangkan dahaga di musim panas, ais juga dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah. Antaranya :
Jerawat
Caranya dengan membersihkan muka dengan pembersih muka. Kemudian balut ais dengan sapu tangan. Tekap ais tersebut dengan perlahan di tempat yang berjerawat dan lihatlah hasilnya.
Liang Pori Besar
Liang pori yang besar menyebabkan kulit muka agal berminyak dan juga menyebabkan ketidalselesaan. Untuk mengecilkan liang pori, tekapkan muka dengan ais selama 2 hingga 3 minit selepas membersihkan muka dan sebelum mengenakan sebarang makeup. Cubalah!
Bengkak Mata
Akibat tidur lewat malam, selalu juga kita bangun dengan bengkak mata dan kelihatan tidak bermaya. Jangan bimbang, ais dapat membantu. Caranya dengan membalut ais dengan kain bersih, kemudian tekapkan ais di bahagian mata. Urut perlahan-lahan dengan pergerakan bulatan selama 2 minit.
Lemak Pada Perut
Selain senaman, ais juga dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian perut. Letakkan pek ais di atas perut selama 15 minit. Ketepikan seketika dan ulang cara yang sama. Walaubagaimanapun, diet yang seimbang juga perlu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Pelupa
Mungkin kedengaran agak ganjil dan pelik, ais didapati mampu mengembalikan memori dan sifat pelupa yang keterlaluan. Ini kerana dengan mengunyah ais boleh meransang daya pemikiran, meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Cubalah!
Sumber : Harian Metro, 4 Ogos 2017
Wallahua'lam