Tuesday, October 31, 2017

Hotel Jen Penang yang Marvellous

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Hotel Jen Penang yang Marvellous

George Town merupakan bandar lama negara kita Malaysia. Ianya bandaraya pertama negara kita serta ibu negeri kepada Pulau Pinang, yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan serta merupakan salah satu bandaraya besar di Malaysia. Grotge Town dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu. George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang, menjadikannya bandar raya besar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara.

Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1,816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk kemudahan bermandi-manda di Pulau Pinang.

Jadi, kenapa MPA beria sangat ni nak citer pasal Georgetown? Sebab kat sini ada satu hotel yang memang best nak stay untuk percutian atau tujuan perniagaan. Ada banyak tarikan pelancongan kat sekeliling hotel ni seperti Penang Rainbow Skywalk. Kita boleh check in ke hotel ini pada pukul 2 petang tau. Sebelum tu, MPA nak bagitau yang Hotel Jen Penang ni adalah salah satu daripada rangkaian hotel Sharing-La yang banyak-banyak dan glamour tu, jadi diorang ini sudah ada nama.

Ok MPA sambung balik, keistimewan hotel ini bila kita sampai saja ada welcoming drinks dan senyuman yang manis dari staff dia. Bila datang saja, konpem mood kita dah tiptop. Check-in pun laju terutama bila kita dah book awal-awal. Dia ada servis bell boy yang boleh tolong hantarkan beg kita ke bilik. Jadi, kita tak payah susah-susah nak mengangkat beg yang semestinya ada macam-macam dalam tu selain pakaian, kan? Hihi.

Untuk pengetahuan, Reception hotel ni beroperasi 24 jam sehari, jadi kalau ada permintaan untuk cater needs korang, kita kacau saja Receptionist tu. Hihi. Security hotel ni pun 24 jam, jadi keselamatan kita terjamin di hotel mi. Kalau bawak baju sikit atau rasa macam nak stay lama, kat hotel ni ada laundry service yang boleh tolong selesaikan masalah kita kalau pakaian kita kotor. Bilik hotel tersangatlah selesa dan bersih. Cukup segala keperluan yang diperlukan macam toilet, shower, bathtub, desk, TV dan hairdryer serta bilik beraircond. Parking kat hotel ni agak terhad, jadi kalau ramai nak ke sini better carpool.

Untuk pihak syarikat yang nak buat corporate retreat seperti company family day atau nak buat mesyuarat sambil bercuti ataupun training courses, hotel ini menawarkan conference room, business facilities dan projector untuk event yang kita nak buat tu nanti. Kalau perut dah kruk kruk berbunyi tu, kat dalam hotel ni ada restoran yang menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam dengan pelbagai menu yang ada.

Selain tu, ada juga mesin ATM berhampiran hotel ni, kot-kot terlupa nak keluarkan cash lebih. Kedai, hairsalon dan supermarket pun ada dekat-dekat dengan hotel ni. Hotel ni tengah-tengah town kan. Semestinya banyak kemudahan disekeliling hotel ni. Tapi beringat-ingat sikit tau sebab bila dah rambang mata, macam-macam nak dicapainya, macam MPA sendiri. Hihi

Seterusnya, apa yang kita boleh buat kat sini? Hotel ini ada menyediakan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi kalau dewasa nak jadi kanak-kanak Ribena, nak join mandi dekat kolam renang kanak-kanak pun boleh saja, boleh enjoy the lovely swim. Silap-silap boleh jadi macam world champion yang ada badan berkepak tu. Wow! Hihi.

Hotel ini juga menyediakan pusat kecergasan untuk peminat gym, massage centre untuk yang suka betul massage ni. Tapi kalau ikutkan MPA, massage is the best especially we want to make our mind free during holiday kan, so it is one of the best way nak rejuvenate minda dan fizikal. Dah penat dengan pelbagai aktiviti, bila dapat massage, nikmatnya tak terkata.
Hotel ini sesuai untuk keluarga, pasangan, mahupun perkumpulan rakan-rakan berehat dan bersantai, selain meneroka bandaraya George Town. Banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat memandangkan banyak tarikan perlancongan berhampiran dengan hotel ni. Pada pendapat MPA, korang pergi dan book je Hotel Jen Penang Malaysia ni. Berbaloi.

Pemandangan luar hotel. Cantik kan? (Sumber : Google)

Pemandangan bandar George Town dan hiasan dalaman klasik gitu. (Sumber : Google)

Pusat kecergasan. Bolehla untuk ketul-ketulkan badan. Hihi (Sumber : Google)

Kolam renang. Bolehla pula nak buat dada berkepak gitu. Hihi (Sumber : Google)

Selamat bercuti di Hotel Jen Penang.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Friday, October 20, 2017

Pertama kali bantu isi borang Cukai Pendapatan

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Seperti yang kita tahu, setiap tahun individu yang layak perlu dan mesti isi borang Cukai Pendapatan. Sepanjang MPA bekerja sebelum ini selama 11 tahun, sekalipun MPA tak pernah isi borang Cukai Pendapatan. MPA kerja kerani kecil-kecilan je, tu yang tak kena.


Sekarang ni tup tup, abah MPA minta tolong isikan borang Cukai Pendapatan dia dari tahun 2010 sehingga 2016. 7 tahun punya cerita. Memang berpinarla mata MPA ni.

Alhamdulillah, dalam adik-beradik MPA yang dah bekerja, adik perempuan MPA memang tiap-tiap tahun isi. Jadi, MPA minta tolong dia la. Tapi adik MPA tu sedang kerja. Tolong secara online la jawabnya. Huhu

Pening jugak ek isi borang Cukai Pendapatan. Banyak betul yang nak diisi. Terutama bahagian 'Perlepasan'. Terkial-kial juga MPA nak isi. Sudahnya, MPA bagitau abah MPA supaya dapatkan nasihat dan bantuan Pegawai LHDN. Tak berani nak buat pandai.

Bukan apa, kawan tempat kerja lama MPA pernah dapat surat semakan LHDN untuk tahun-tahun yang lepas. Jenuh juga kawan MPA tu mencati balik resit dan bil-bil lama. Nasib baik suami kawan MPA tu awal-awal pesan supaya simpan resit-resit yang berkaitan.

Sebelum ni, MPA tengok saja kawan-kawan MPA isi e-filling tanpa ambil tahu langsung apa yang mereka isi. Kali ini, bila MPA nak bantu abah MPA isi, terkial dan blur jadinya. Pengajaran buat MPA supaya tidak ambil ringan dan belajar apa-apa perkara sekalipun. Mungkin tak kena pada diri sendiri, sekurangnya dapat bantu orang yang memerlukan bantuan.

Insya Allah, perlahan-lahan MPA belajar, lihat satu-satu yang berkaitan untuk diisi. Kena sediakan kain yang banyak ni nak kesat peluh yang bakal keluar ni. Hihi

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, October 12, 2017

Happy 2nd year Birthday Ain Humaira

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Hari ini genap umur puteri MPA, Ain Humaira 2 tahun. Bagi yang ada mengikuti perjalanan media sosial MPA, mungkin perasan yang dua tahun ni macam-macam yang dilalui oleh Ain.

Sejak MPA mengandungkan Ain, sehinggalah umur Ain hampir 2 tahun ni, begitu banyak sangat siri keluar masuk hospital. Bagi MPA, inilah yang membuatkan Ain, MPA sendiri dan keluarga MPA kuat hadapi segala macam ujian Allah.

Alhamdulillah. Buat masa ini ketika entri ini ditaip, Ain berada dalam keadaan sihat. Tapi tahap kesihatan Ain macam bom jangka, tiba-tiba saja boleh tidak sihat. Jadi, MPA sekeluarga perlu selalu dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Bersempena hari lahir Ain harini, tiada yang lebih MPA harapkan semoga Ain diberi kesembuhan daripada segala penyakit yang dihidapinya. Semoga Ain menjadi Muslimah sejati, menjaga ikhtilat sesama bukan muhrim serta menjaga dan melindungi agama Allah. Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Wednesday, October 11, 2017

Ajar anak tidur yang cukup

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Tidur adalah salah satu nikmat Allah yang tak dapat dinafikan keperluannya. Bila bangun je dari tidur, selalunya terasa badan dan minda segar. Kalau yang sedang marah, boleh reda rasa marah dalam hati sebaik saja bangun tidur.

Tidur bukan hanya diperlukan pada orang dewasa.  Kanak-kanak dan bayi pun perlukan tidur yang berkualiti. Kalau tidak, meragam je la nanti.

Bagi MPA, setiap anak ada gaya dan cara tidur tersendiri. Anak MPA, Amir paling senang nak tidur sewaktu dia masih kecil. Bawa saja ke mana, majlis perkahwinan, kenduri-kendara, sampai saja masa untuk tidur, dia sendirinya akan cari tempat untuk tidur seperti di pangku, riba, mahupun bahu MPA ataupun suami.

Berbeza dengan anak MPA seorang lagi, Ain. Ain memang susah nak tidur bila dibawa berjalan. Bila dia dah penat dan boring, tiada kawan bermain, baru dia akan tidur dengan lena. Tapi Ain sensitif dengan bunyi suara Amir, daripada lena boleh terus bangun.

Walaubagaimanapun, MPA jaga dan ambil kira berapa lama dan berapa kali anak-anak MPA tidur. Kenapa? Sebab MPA perasan, bila anak-anak MPA kurang tidur, sedikit sebanyak akan beri kesan pada tahap kesihatan diorang. Diorang akan mula selsema, batuk dan demam.

Ada juga beberapa ibubapa yang MPA kenal, tak ambil berat dan kisah langsung tentang tidur anak-anak. Memang betul diorang nampak sihat dan cergas, tapi untuk jangka masa panjang, kita tidak tahu kesihatan mental diorang macamana pulak. Ya tak?

Disini MPA kongsikan beberapa tips untuk mengajar anak tidur dengan cukup :
  • Untuk bayi, kenalpasti tanda bayi mengantuk seperti menggosokkan mata, menghisap ibujari, mahupun kelopak mata yang mula membengkak. 
  • Layan dan galakkan anak untuk tidur seperti mendodoi, berzikir dan menepuk-nepuk anak dengan lembut.
  • Wujudkan suasana 'mesra tidur' seperti memasang lampu yang malap dan mengurangkan bunyi-bunyian.
  • Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten seperti tidur sebentar di siang hari.
  • Tetapkan masa menonton televisyen dan juga bermain sebelum tidur.
  • Lakukan aktiviti rutin yang santai sebelum tidur di bilik anak-anak seperti membaca buku cerita dan juga berdoa.
  • Elakkan anak-anak mengambil makanan berat sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
Itu antara tips yang boleh MPA kongsikan dengan semua. Semoga bermanfaat bagi ibubapa yang sedang mengajar anak untuk tidur dengan cukup. Mungkin ada tips lagi yang sahabat MPA ingin kongsikan dan tokok tambah lagi. Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png