Friday, November 02, 2018

Sedekah tidak akan membuatkan miskin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh




Salam Jumaat sahabat semua.

Hari ini hari Jumaat, hari yang kebanyakkan orang suka membuat amal kebaikan sebab hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi orang Islam dan ganjarannya besar apabila melakukan amal kebaikan. Memang semua patut berebut membuat amal kebaikan sebab belum tentu kita akan bertemu di hari Jumaat akan datang.

Salah satu amal kebaikan yang amat-amat digalakkan dilakukan di hari Jumaat ialah bersedekah. Dari segi logik asas matematik, 1 - 1 sudah tentu jawapannya 0, tetapi dalam perkiraan sedekah, ianya akan jadi 10, 100 malah boleh sehingga 700.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 261 : "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Besarnya kuasa sedekah dan yakinlah yang sedekah tidak akan membuatkan miskin, malah sedekah dapat memperkayakan hati, membersihkan harta serta melancarkan rezeki kurniaan Allah. Sebab itu, kita sangat digalakkan bersedekah bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi hidup.

Ingatlah, segala harta dunia yang dipakai atau dimiliki belum tentu menjadi milik kita selamanya. Namun apa yang pasti, setiap harta mahupun wang yang diinfakkan ke jalan Allah akan menjadi pelaburan di akhirat kelak. 

Selamat membuat amal kebaikan. 


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, November 01, 2018

Tiada lagi peperiksaan untuk murid Tahun 1, 2 dan 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh




Alhamdulillah. Yeay! Berita baik untuk ibu bapa yang ada anak yang bakal memasuki Tahun 1, 2 dan 3 sebab Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sendiri yang mengumumkan yang tiada lagi peperiksaan untuk anak-anak Tahun 1, 2 dan 3 bermula tahun depan, 2019.

Seronok sangat MPA bila dapat tahu berita ini. Manakan tidak, kasihan pada anak-anak yang masih kecil lagi terbeban dengan peperiksaan dan kita sebagai ibu bapa, semestinya menginginkan yang terbaik buat anak-anak kita.

Sekurangnya, dengan berita baik ini, bukan setakat anak-anak dan ibubapa, cikgu pun turut seronok sama. Seronok, seronok juga. Harapan yang lain tetap ada.

Bila peperiksaan sudah tiada, diharapkan penilaian kepada anak-anak tetap ada untuk anak-anak dan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian anak-anak supaya boleh dilakukan penambahbaikan kepada anak-anak.

Insya Allah, anak bujang MPA, Amir Syukur akan memasuki Tahun 1 tahun depan, 2019. Tapi macam anak-anak rilek saja, ibubapa yang rasa teruja pulak. Haha

Semoga ada lagi berita-berita baik buat anak-anak, ibubapa dan juga guru. Insya Allah.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png