Friday, November 02, 2018

Sedekah tidak akan membuatkan miskin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh




Salam Jumaat sahabat semua.

Hari ini hari Jumaat, hari yang kebanyakkan orang suka membuat amal kebaikan sebab hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi orang Islam dan ganjarannya besar apabila melakukan amal kebaikan. Memang semua patut berebut membuat amal kebaikan sebab belum tentu kita akan bertemu di hari Jumaat akan datang.

Salah satu amal kebaikan yang amat-amat digalakkan dilakukan di hari Jumaat ialah bersedekah. Dari segi logik asas matematik, 1 - 1 sudah tentu jawapannya 0, tetapi dalam perkiraan sedekah, ianya akan jadi 10, 100 malah boleh sehingga 700.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 261 : "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Besarnya kuasa sedekah dan yakinlah yang sedekah tidak akan membuatkan miskin, malah sedekah dapat memperkayakan hati, membersihkan harta serta melancarkan rezeki kurniaan Allah. Sebab itu, kita sangat digalakkan bersedekah bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi hidup.

Ingatlah, segala harta dunia yang dipakai atau dimiliki belum tentu menjadi milik kita selamanya. Namun apa yang pasti, setiap harta mahupun wang yang diinfakkan ke jalan Allah akan menjadi pelaburan di akhirat kelak. 

Selamat membuat amal kebaikan. 


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: