Wednesday, April 15, 2020

Bila PKP bersambung lagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketiga dan rasanya ramai mula terbiasa dengan keadaan semasa. Tapi tak mustahil juga ada yang mula rasa gelisah.
Anak-anak soleh solehah MPA sudah mula gelisah. Gelisah sebab perlu berkurung, tak boleh ke mana-mana walaupun ke rumah atok dan nenek mereka yang jarak lebih kurang 10-15 minit perjalanan saja. Bersabar dan bertabah ya anak-anak.
Sebenarnya bukan baru saja berlaku. Sejak zaman Nabi Nuh dulu pun ada berlaku juga, cuma dalam bentuk dan kaedah yang lain.
Jom baca perkongsian yang MPA peroleh daripada hasil perkongsian di grup Telegram :
Nabi Nuh a.s mengalami “lockdown” di dalam bahtera selama lebih dari 8 bulan bersama keluarga, umatnya & binatang-binatang. 
👉 Hujan 40 hari 40 malam. 
👉 Air bah menenggelami bumi selama 150 hari. 
👉 Nuh menunggu selama 40 hari lagi karena bumi belum kering.
👉 Nuh menunggu 7 hari plus 7 hari lagi.
Total Hari: 244 hari (8 bulan lebih)
Apakah Nuh bosan?
Adakah Nuh takut?
Pastilah di luar banjir besar..
Tapi...
Dia tidak mengeluh sebab dia tahu, bahawa tinggal di dalam bahtera, Allah mahu menyelamatkannya dari badai besar. Allah melindunginya bersama keluarganya di dalam bahtera itu. Jika saja dia tidak taat, dia sudah binasa dengan semua orang di muka bumi. Ketaatan dan kepercayaannya terhadap perlindungan Tuhan telah menyelamatkan Nuh dan keluarganya. Lalu Allah membuat pelangi sebagai janji yang tidak akan memusnahkan manusia jahat lagi dengan banjir. 
Oleh itu,
1. Sama seperti kita sekarang, Allah mahu kita diam di rumah saja supaya kita aman dari wabak besar ini.
2. Allah mahu kita percaya bahawa Dia melindungi kita, asal kita taat.
3. Jangan mengeluh tetapi harus bersyukur karena kita akan aman berada di dalam rumah.
4. Nuh tidak mengingkari janji Allah. Percayalah kita akan aman berada dalam lindungan-Nya.
5. Allah selalu menyertai kita.
semoga Allah memberkati kita semua, insya Allah.
Wallahua'lam
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, April 09, 2020

Latihan anak sewaktu PKP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan MPA update blog yang sudah bersawang ini. Daripada sehari ke sehari nak update tapi tak update juga. Huhuhu

Alhamdulillah, minggu ini rasanya kebanyakan anak-anak yang bersekolah mula dapat latihan dan kerja sekolah daripada cikgu-cikgu. Tapi ada juga sahabat-sahabat MPA yang dapat latihan anak-anak awal lagi.

Alhamdulillah, anak soleh MPA teruja pula dapat latihan daripada cikgu. Sebenarnya sebelum dapat latihan daripada cikgu sekolah lagi, MPA ada join Selangortutor.com untuk anak soleh MPA.


Dalam website Selangor Tutor ini, ada daripada peringkat Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Maklumat yang penting yang diperlukan masa mendaftar adalah nama anak, no IC anak, alamat rumah, tahun anak, sekolah anak dan juga alamat email ibubapa.

Latihan yang diberikan dalam bentuk interaktif. Jadi, anak-anak teruja setiap kali dapat 100% dalam setiap latihan. Dan setiap kali latihan selesai, kita sebagai ibubapa akan dapat email pencapaian anak-anak.

Kalau tak dapat nak akses Selangor Tutor ini, kalian boleh juga download apps Frog Play di smartphone kalian.

Dalam ini ada juga latihan untuk anak-anak, ikut kategori dan untuk anak-anak daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Interaktif juga sama seperti Selangor Tutor tadi.

Kebetulan, anak solehah MPA masih belum bersekolah. Jadi MPA bagi juga latihan dan aktiviti tapi MPA minta bantuan En Google dengan search 'elearning kindergarden'. Hehehe

Banyak juga website elearning kindergarden ini tapi dalam Bahasa Inggeris. Jadi MPA terpaksa alih bahasa untuk anak solehah MPA buat latihan dan aktiviti.

Kalau kalian tahu mana-mana website pembelajaran yang lain, jom kongsikan. Supaya ramai yang tahu.
Lot's of love,
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png