Cabaran Bangun Awal Pagi Disahut
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, hari ini hari ke-9 di bulan Syawal dan hari pertama di bulan Jun 2020. Kalau mula berpuasa enam di bulan Syawal pada 2 Syawal, sudah selesai. Kalau belum lagi, masih ada masa dan belum terlambat.
Kalau bulan Ramadan dulu, mudah sangat bangun awal pagi pukul 4-5 pagi. Tapi selepas bulan Ramadan, kalau tak kerana sahur untuk berpuasa enam, rasanya kebanyakan daripada kita lambat bangun juga, termasuklah Umie sendiri. Huhu
Atas inisiatif Coach Rahmah, cabaran bangun awal pagi disahut Umie dalam program Kelab 5 Pagi Challenge June. Yeay!
Sebenarnya ini bukan pertama kali Umie join anjuran Kelab 5 Pagi ini. Masa permulaan PKP sewaktu bekerja di rumah, Umie ada sertai cabaran masa itu.
Kenapa cabaran bangun awal pagi disahut Umie?
Sebab dalam ini ada ramai kawan yang positif yang bersama-sama nak bangun awal pagi sama-sama. Dalam kumpulan ini, tiada pertandingan siapa bangun paling awal dan siapa bangun paling lambat. Tetapi dalam kumpulan ini, sebaik saja kita bangun pagi tak kisah pukul berapa sekalipun, kita akan check-in dalam satu kumpulan whatsapp khas. Yang buat rasa berkobar nak bangun awal pagi ialah bila Umie lihat semangat sahabat yang ada dalam itu. Fuh! Tercabar rasa. Mereka boleh bangun, takkan kita tak boleh pula kan?
Selain itu, untuk lebih bersemangat, ada sedikit yuran dikenakan kalau hendak dapatkan medal dan juga sijil penyertaan. Bukan apa, bila ada medal dan sijil ini, bertambah semangat nak istiqamah bangun awal pagi pula. Best, best.
Ada juga jurnal bagi mereka yang berminat nak mencatat progress dan pencapaian sendiri.
Kalau berminat, boleh tekan sini : https://aromah.onpay.my/order/form/kelab5pagichallengejune
Sebenarnya bangun awal pagi ini bagus sebab banyak perkara boleh diselesaikan seperti mengemas rumah dan memasak terutama kepada mereka yang ada anak kecil. Kalau perancangan yang baik, boleh ada 'me-time' juga.
Sementara masih terbuka lagi untuk bulan Jun ini, lebih baik cepat grab. Mudah-mudahan kita semua dimudahkan dan istiqamah untuk bangun seawal 5 pagi setiap hari. Insya Allah.
Lot's of love,