Tuesday, November 10, 2020

Allah Al- Mani' (Allah yang Maha Mencegah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, semalam sambil kerja sambil dengar perkongsian Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin di Radio IKIM berkaitan Asma Ul Husna nama-nama Allah yang ke 90 iaitu Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah)

Ada banyak perkara yang Allah Al-Mani' (Allah Maha Mencegah) daripada pengetahuan kita, iaitu :
  • Zat Allah
  • Perkara ghaib
  • Rahsia kematian
  • Rezeki
  • Jodoh
  • Takdir baik dan buruk
  • Hari kiamat
Sebab ikut pada apa yang Ustaz kongsikan, kalau kita tahu walaupun tak semua perkara ini, kita memang takkan hidup aman damai dan semestinya otak kita takkan mampu menghadapi semua atau sebahagian daripada ini. 

Apa yang penting kata Ustaz, kita disuruh berusaha semaksimum sehebat yang boleh terutama dalam soal rezeki sebab kita tak tahu apa takdir baik dan buruk yang akan kita peroleh.

Teringat MPA pada satu kata-kata tak pasti daripada siapa, yang mengatakan :
Dunia tempat untuk berpenat, Akhirat tempat untuk berehat

Kalau ada yang tahu daripada siapa kata-kata ini, mohon kongsikan pada MPA ya. 

Walaupun banyak yang Allah sorokkan daripada kita, ianya demi kebaikan kita juga. Sentiasa bersangka baik terutama kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha kuat, selebihnya biar Allah yang uruskan sebab Allah sebaik-baik pengurus dan Allah jua yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Insya Allah.

MPA bukan seorang ustazah, agamawan mahupun alim ulamak. Tapi MPA terpanggil untuk berkongsi dengan semua sebab rasa tanggungjawab menyampaikan sesuatu yang diharap dapat beri manfaat pada orang lain. Selain MPA sedang menegur dan mendidik hati MPA sendiri sekarang ini.

Untuk sebarang kekurangan pada penulisan ini, MPA mohon teguran dan nasihat untuk MPA baik pulih di masa akan datang. Terima kasih sahabat semua.

Lot's of love, 
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Sunday, November 08, 2020

Bila PKPB bersambung lagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah untuk hari Ahad yang indah hari ini walaupun ada berita yang seakan kurang enak diterima semalam iaitu bila PKPB bersambung lagi. Tapi MPA percaya, segalanya adalah yang terbaik untuk semua.

PKPB yang akan bermula esok ini nak kena rancang baik-baik sebab banyak benda boleh dibuat pada waktu ini. Antaranya misi habiskan buku dan update blog bersawang yang comel ini. Hahaha

MPA percaya ramai yang terkesan dengan PKPB. Mana yang merancang untuk balik ke kampung ziarah ibubapa, terpaksa menangguhkannya dulu. Mana yang merancang untuk diadakan majlis, terpaksa ditunda dahulu. Mana yang merancang untuk bercuti, sudah beli pakej bercuti, terpaksa minta ditukar tarikh.

Walau apapun, ada hikmah semuanya. Salah satunya adalah pada MPA, mungkin ini masanya untuk MPA upgrade amal ibadah. Daripada kita hanya melakukan solat 5 waktu sehari semalam, kita mulakan dengan solat awal waktu dan top up dengan solat sunat rawatib. Daripada dulu puasa hanya bulan Ramadhan saja, mungkin boleh latih diri puasa hari Isnin dan Khamis.

Sebenarnya perasan tak, dalam setiap kesulitan, ada Allah berikan kemudahan, cuma samada kita nak lihat daripada sudut positif atau negatif. Tepuk dada tanya diri.

Jaga diri ya sahabat semua. Allah jaga kita.


Lot's of love, 
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Sunday, November 01, 2020

Jangan putus asa dan teruskan berusaha

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bulan baru untuk tahun 2020 dan menandakan tinggal 2 bulan saja lagi kita berada dalam tahun 2020.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam awal tahun. Tup tup sudah nak habis tahun 2020.

Masa mula nak melangkah ke tahun 2020, teringat bayangan tahun 2020 ini macamana masa zaman sekolah dulu. Ada kereta terbang, Malaysia sebuah negara maju, dan macam-macam lagi.

Tapi perancangan Allah juga sebaik-baiknya kan? Tak sangka satu dunia mengalami pandemik Covid-19, sesuatu yang memang tiada siapa jangka.

Allah Maha Mengetahui. Agaknya kalau ada kereta terbang dan segala macam canggih itu, macamana kita pada waktu itu. Masih mengingati Dia kah? Masih ada nilai kemanusiaan kah? Atau semakin jauh daripada syariat yang sepatutnya kita patuhi?

Hanya sangka baik dan berfikir macam ini sajalah : Kadang Allah tak bagi apa yang kita minta sebab ianya sesuatu yang tidak baik untuk kita dan mungkin Allah simpan permintaan kita untuk ditunaikan di akhirat kelak. Allah hanya tarik sikit saja tapi kita masih ada banyak lagi nikmat daripadaNya. 

Syukur untuk apa yang ada dan usaha untuk apa yang diimpikan. Yang penting jangan putus asa dan teruskan berusaha. Insya Allah, jika ianya yang terbaik buat kita, Allah akan beri juga suatu masa yang sangat sesuai nanti.


Lot's of love,
photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png