Penerokaan dunia baru
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, Allah gerakkan hati MPA pada Ramadan tahun lepas untuk sertai Sekolah Penulisan Ramadan dan Sabtu lepas, atas inisiatif Pengetua, Tuan Zamri mengadakan sesi taklimat penghasilan buku antologi pertama peserta Sekolah Penulisan Ramadan.
Sejujurnya, memang rasa takut nak sertai, takut tak dapat nak berikan komitmen tapi pada masa yang sama rasa teruja sangat nak sertai sebab dari dulu lagi minat dengan aktiviti penulisan cuma tak fokus nak kembangkan minat yang ada.
Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, MPA akui agak tenggelam dengan aktiviti seharian sampai melupakan minat yang ada walaupun selalu jauh di sudut hati ini terdetik nak mulakan semula cuma banyak betul kekangan dan halangan.
Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, untuk peroleh kejayaan, kita perlu membayar 'harga' yang sepatutunya. Ya, mungkin 'pelaburan' yang MPA sumbangkan belum cukup lagi dan masih banyak lagi 'harga pelaburan' yang perlu MPA sediakan tapi MPA seharusnya tak patut putus asa kan?
Insya Allah, di tahun 2021 ini, MPA nak mengorak langkah baru, nak mengembara dalam bidang penulisan dengan lebih serius lagi. Untuk permulaan ini, MPA nak sertai antologi buku pertama dalam Sekolah Penulisan Ramadan. Selain itu, MPA nak meneroka dunia ghostwriter ataupun penulis upahan.
Untuk semua hajat itu, MPA akan berkarya di laman blog baru iaitu di http://sitiaminahawahab.blogsot.com sebagai platform atau profil untuk aktiviti ghostwriter.
Insya Allah, blog ini MPA akan aktifkan semula tapi lebih kepada blog lifestyle dan parenting. Jangan risau ok.
Doakan urusan MPA dimudahkan dan semoga MPA diberikan idea, kekuatan dan kematangan untuk menyebarkan kebaikan kepada semua. Kalau ada salah dan silap MPA, mohon kerjasama semua untuk beri teguran dan nasihat sebab MPA seperti manusia biasa lain, semestinya ada membuat silap dan salah di dalam kehidupan ini.
Selamat maju jaya kepada semua dan semoga kita semua dapat mengharungi dunia pandemik waktu ini dengan berjaya dan cemerlang. Insya Allah.
Lot's of love,