Monday, January 17, 2022

Pakej Keluarga Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah ala kulli haal. Rasa MPA tak ada order apa-apa minggu ini. Siap cek dalam apps untuk pengesahan. Memang tak ada! Tapi ini tiba-tiba dapat parcel atas nama En Suami dan daripada Putrajaya.

En Suami kalau minta tolong kawan-kawan orderkan, selalu minta hantar ke pejabat dia saja, tak pernah lagi minta hantar ke rumah. Kalau hantar ke rumah, dia mesti akan tanya MPA apa alamat rumah. Pelik!

Ingatkan surprise daripada Encik Suami. Rupanya surprise daripada Kerajaan Malaysia. Isinya Pakej Keluarga Malaysia. Ceh! Buat kejutan saja. Haha

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/pakej-keluarga-malaysia.html

Apa pun, Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Tak pernah terfikir dan tak pernah nak jangka pun akan dapat pakej ini. Sebab tak pernah tahu ada pun pakej ini. Hehehe

Isinya : 1 Oximeter, 1 Thermometer, 4 Kit Ujian Covid-19 dan 4 face mask jenis fabrik.

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/pakej-keluarga-malaysia.html

Antara benda penting yang mesti ada di setiap rumah pada masa sekarang terutama bila ada ahli keluarga yang kurang sihat. 

Thermometer memang MPA standby daripada dulu lagi, masa anak soleh MPA, Amir kecil lagi. Oximeter pula MPA standby sejak ada anak solehah MPA, Ain kecil lagi disebabkan masalah kesihatan yang dia ada.

Alhamdulillah, bila dapat lagi yang baru ini, MPA simpan dulu. Akan digunakan bila yang sedia ada ini rosak atau bermasalah.

Sekarang bukan anak-anak saja kene periksa, mak pak pun kene periksa juga keadaan dan status kesihatan.

Bila ada pakej kit ini, memang membantu sangat terutama mereka yang belum ada lagi.

Semoga pakej kit ini digunakan sebaiknya dan dapat memanfaatkan ramai orang. Insya Allah.


Lot's of love, 
http://mamapapaamir.blogspot.com


Thursday, January 13, 2022

Hidup yang aku pilih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Untuk tahun 2022, Umie target sekurangnya dapat selesaikan 1 buku untuk 1 buah. Tolong doakan ya semua.

Alhamdulillah, untuk tahun 2022, Umie berjaya selesaikan satu buku bertajuk "Hidup Yang Aku Pilih" hasil nukilan Muharikah, hasil pinjaman daripada perpustakaan awam yang terdekat dengan rumah Umie ini.

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/hidup-yang-aku-pilih.html

Umie tertarik nak baca buku ini bila belek bahagian isi kandungan dan semestinya di bahagian sinopsis belakang buku :
"Secara defaultnya, inilah perjalanan hidup manusia : Lahir --> Belajar --> Kerja--> Kahwin --> Mati. Jadi, jika ini yang dilalui oleh semua, apa yang membezakan kita dan manusia yang lainnya? Ya, yang berbeza adalah BAGAIMANA kita memilih untuk melaluinya."

Buku ini amat bagus untuk mereka yang nak memulakan langkah baru dalam hidup, untuk lebih mengenali diri sendiri mahupun yang nak bangkit semula selepas kejatuhan. Sangat recommended.

Satu yang Umie perasan, apa yang disampaikan hampir sama dengan apa yang disampaikan oleh Bonda Prof Muhayya. Atau adakah ianya teguran daripada Allah kepada Umie untuk mengamalkan apa yang baik yang sepatutnya Umie lakukan tetapi Umie abaikan? Allahu.

Penyampaiannya santai dan tak terlalu formal. Di hujung setiap bab, ada diberikan tips untuk kita praktikkan apa yang disampaikan dalam bab tersebut. Di sesetengah bab pula, dikongsikan beberapa link untuk kita lebih kenal diri kita sendiri yang sebenar-benarnya.

Buku ini rupanya telah diulang cetak sehingga 4 kali bermula daripada tahun April 2017 dan cetakan keempat pada Januari 2018. Sudah lama rupanya buku ini, baru Umie dapat baca.

Semoga apa yang disampaikan dapat dipraktikkan dan dapat mendapat manfaat kepada diri Umie sendiri dan kepada pembaca buku ini.

Nantikan review buku lagi daripada Umie ok?

Lot's of love, 

http://mamapapaamir.blogspot.com


Wednesday, January 12, 2022

Berapakah nombor giliran kita?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/berapakah-nombor-giliran-kita.html

Banyak urusan kita terutama melibatkan pihak luar seperti urusan bank, akan memerlukan kita ambil nombor giliran kita. Kita akan tertunggu dan menghitung berapa lagi sampainya giliran kita.

Tapi tahukah kalian, sekarang ini pun kita memang memegang satu nombor giliran yang kita tak tahu berapa nombornya dan sekarang ini dekat atau lambat lagikah giliran kita. Berapakah nombor giliran kita itu?

Andai kita tahu giliran kita yang ini semakin dekat, pasti kita tidak akan berdiam diri. Pasti kita akan sibuk menambah amalan dan saham di sana. Pasti kita akan jumpa semua orang dan minta maaf bersungguh pada semua.

Pasti tidak ada salah laku dan sikap akan berlaku. Pasti para pemerintah juga akan adil saksama pada semua. 

Semua akan melakukan yang terbaik untuk mendapat redha dan rahmat daripadaNya. 

Tetapi Allah Maha Kuasa, simpan sebaiknya nombor giliran kita untuk kita bersedia bila-bila masa, bukan hanya bila nombor kita sudah dekat.

Ketahuilah, semua makhluk di atas muka bumi sedang menunggu giliran masing-masing iaitu giliran dijemput oleh Malaikat Maut.

Adakah nombor giliran kita selepas ini? Adakah esok nombor giliran kita akan dipanggil? Bersediakah kita?

Ayuh, jangan berlengah lagi. Kita lakukan yang terbaik supaya andai kata nombor giliran kita dipanggil, kita sudah melakukan segala yang terbaik yang mampu kita lakukan. Insya Allah.


Lot's of love,






Wednesday, January 05, 2022

Happy New Year 2022

http://mamapapaamir.blogspot.com


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah ala kulli haal. Harap belum terlambat lagi untuk wish kepada semua Happy New Year 2022!

Banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2021. Antaranya di penghujung tahun 2021, kejadian banjir yang berlaku di kebanyakan negeri terutama di negeri Selangor.

Semoga ujian dan dugaan yang telah dilalui menjadikan kita semakin matang menghadapi kehidupan mendatang.

Semoga di tahun 2022, kita semakin tenang, sabar, tabah dan kuat menghapi segalanya.

Selamat maju jaya untuk semua.

Happy New Year once again!


Lot's of love, 
MPA