Friday, July 08, 2022

Ketibaan 8 Zulhijjah iaitu Hari Tarwiyah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/07/ketibaan-8-zulhijjah-iaitu-hari-tarwiyah.html


Sekejap saja sudah 8 Zulhijjah, iaitu Hari Tarwiyah.

Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Direzekikan untuk bertemu dengan Hari Tarwiyah hari ini dan semoga direzekikan bertemu Hari Arafah esok dan seterusnya Hari Raya Aidiladha.

Melalui pembacaan MPA daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan (di sini 👉https://bit.ly/3Awmwti), dinamakan Hari Tarwiyah berdasarkan 2 sebab iaitu : 
  • hari ini merupakan hari di mana para jemaah haji bergerak dan akan bermalam di Mina. Jadi, para jemaah haji akan menyiapkan air untuk meneruskan perjalanan ke esok untuk ibadah wukuf.
  • Nabi Ibrahim A.S mendapat mimpi daripada Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail A.S. Jadi, sepanjang hari baginda A.S berfikir dan tertanya-tanya tentang mimpi yang dialaminya.
Kepada yang mengambil peluang berpuasa hari ini, selamat berpuasa dan semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan yang kita laksanakan ini. Insya Allah.

Jangan lupa, esok Hari Arafah, yang mana ada salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jom kita buat senarai doa apa yang kita hendak panjatkan dan semoga Allah SWT mengabulkan permintaan dan doa kita sesuai dan bertepatan pada masanya. Insya Allah.

Selamat beribadah 😊

Lot's of love, 
http://mamapapaamir.blogspot.com


Friday, July 01, 2022

Selamat datang Zulhijjah 1443H dan Julai 2022

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Permalink https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/06/selamat-datang-zulhijjah-1443h-dan.html


Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat datang Zulhijjah 1443H dan Julai 2022.

Insya Allah, dengan kedatangan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan, tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, hari kebesaran kedua buat umat Islam.

Selain ibadah haji, ibadah korban juga digalakkan perlaksanaannya bulan ini. Allahu, baiknya Allah.

Andai tidak direzekikan untuk mendapat undangan Allah untuk melaksanakan ibadah haji, kita boleh juga melaksanakan ibadah korban.

Tapi andaikata belum direzekikan untuk melaksanakan ibadah korban, kita boleh laksanakan ibadah puasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah.

Baik sangat Allah kan? Allahuakbar.

Tahniah buat sahabat semua yang berkesempatan bertemu Zulhijjah tahun ini. 

Tahniah juga buat semua sahabat yang akan melaksanakan ibadah masing-masing mengikut kemampuan masing-masing.

Kepada yang belum direzekikan melaksanakan ibadah haji dan korban tahun ini, jom kita menabung mula dari sekarang dan kita berdoa banyak pada Allah terutama pada Hari Arafah nanti semoga direzekikan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah dan direzekikan melaksanakan ibadah korban tahun depan.

Insya Allah, Allah akan melaksanakan doa kita pada masa yang tepat dan sesuai.

Jangan putus harapan dan setiasa berbaik sangka pada Allah sebab Allah kan sebagaimana sangkaan hambaNya. 😊


Lot's of love, 
http://mamapapaamir.blogspot.com