Sunday, October 16, 2022

Berkumpulnya seluruh ahli keluarga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah, sesuatu yang tak senang tapi tak juga susah iaitu berkumpulnya keseluruhan ahli keluarga besar dalam acara selain kenduri. Itulah yang berlaku pada keluarga sebelah En Suamiku yang mempunyai adik beradik seramai 8 orang. Di campur dengan pakcik makcik yang ada dan anak-anak, dalam 36 orang juga dalam sebuah rumah kampung. Alhamdulillah, ia berlaku pada hari kelahiran Rasulullah saw.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Biasalah, bila semakin dewasa, adalah peristiwa sana sini, almaklum sedangkan lidah lagi tergigit, tapi demi mak abah, mereka berjaya berkumpul. Yang paling seronok, pastilah anak-anak sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Main tak ingat dunia. Akhirnya, bila masing-masing balik ke rumah, ada yang tewas sebab tak sihat sebab kurang rehat. Termasuklah anak soleh dan solehah di sini. Hehehe

Ada beberapa acara diadakan untuk keseronokan kami sekeluarga, antaranya pertandingan mewarna, cabutan bertuah, sukaneka anak-anak dan sukaneka dewasa. Hadiahnya ringkas saja sebab bagi kami yang penting keseronokan semua pihak.

Alhamdulillah, Allahuakbar. Tanpa izin daripadanya, tak mustahil ini semua terjadi. Dengan niat hendak menggembirakan semua dan mengeratkan lagi silaturahim antara kami, Allah swt memudahkan semuanya. Saya percaya, bila kita niatkan menggembirakan kedua ibubapa terutamanya, besar ganjarannya dan Allah swt akan membalas dengan sebaik-baiknya. Yang paling seronok, bila dalam diam, ibubapa kita mendoakan kesejahteraan kita baik untuk dunia mahupun akhirat. Kan seronok tu.

Bila berkumpul ramai sebegini, teringat dulu-dulu saya berkumpul dengan sepupu. Disebabkan rumah makcik dekat dengan pantai, kami semua akan ke pantai mencari kepah dan pepahat. Bawa balik dan terus masak. Alhamdulillah, seronok sangat. (Al-Fatihah buat sebahagian sepupu dan makcik pakcik yang telah pergi menghadap Ilahi. 😢)

Saya percaya, ramai yang mula mengadakan perjumpaan keluarga mahupun kenduri kendara. Dalam keseronokan, tetaplah berhati-hati dan niatkan segalanya kerana Allah swt. Semoga Allah swt memudahkan segalanya.

Sahabat,
Jika tidak mampu, buatlah sekadarnya agar dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada ibu bapa dan anak-anak. Jika mampu, bolehlah sewa homestay atau ke tempat percutian beramai-ramai. 

Ada juga yang saya lihat siap ada baju tshirt keluarga. Insya Allah, doakan saya dimurahkan rezeki untuk sponsor tshirt keluarga. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian juga.

Semoga hubungan kami semakin erat dan diberkati oleh Allah swt. Insya Allah.

Lot's of love, 
http://mamapapaamir.blogspot.com