بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Muhammad
Alhamdulillah direzekikan dengar kuliah Ustazah Asma' Harun pagi tadi. Ustazah ada menyentuh tentang Simpanan Shariah KWSP yang katanya amat kurang yang bertukar daripada Simpanan Konvensional walaupun ada satu ketika dulu, ada disampaikan melalui kutbah Jumaat.
Alhamdulillah, Allah telah gerakkan hati satu masa dulu untuk bertukar ke Simpanan Shariah KWSP. Sebenarnya, pertukaran daripada Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP tak berlaku secara automatik. Ahli sendiri yang perlu memohon pertukaran samada melalui saluran i-Akaun KWSP, Kaunter KWSP, kaunter layan diri KWSP dan Pasukan Bergerak KWSP.
Apabila telah bertukar kepada Simpanan Shariah KWSP, ahli tak boleh nak berbalik kepada Simpanan Konvensional lagi. Semestinya bila beralih kepada Simpanan Shariah KWSP, simpanan kita dilaburkan kepada saluran yang patuh shariah sebab KWSP ada Jawatankuasa Penasihat Shariahnya sendiri. Jadi, tak perlu bimbang dan ragu dengan simpanan kita.
Simpanan Shariah KWSP ini bukan hanya terhad pada orang Melayu yang beragama Islam dan warganegara Malaysia sahaja. Orang beragama lain, berbangsa lain dan warganegara luar pun boleh juga nak bertukar kepada Simpanan Shariah ini. Terbuka kepada semua tapi diingatkan sekali lagi ahli sendiri yang perlu memohon.
Dari segi dividen tahunan, Simpanan Shariah KWSP bergantung pada prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah, tak seperti Simpanan Konvensional yang bergantung juga pada prestasi sebenar pelaburan dan tertakluk kepada kadar minimum 2.5%.
Memang nampak macam rendah sebab bergantung kepada prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah, tapi sebaiknya kita yakin ianya bersumberkan daripada pelaburan patuh Shariah.
Beralihlah kepada Simpanan Shariah KWSP supaya duit yang akan digunakan kelak diyakini halal sebab patuh Shariah. Sekurangnya andai kita tidak sempat merasai duit KWSP kita nanti, kita yakin anak cucu kita yang akan mendapat bahagian masing-masing nanti adalah bersumberkan sumber pelaburan yang patuh Shariah.
Untuk baca lebih lanjut, boleh baca SINI. Semoga sedikit tindakan kita hari ini, memberikan ketenangan pada hati di masa akan datang. Insya Allah
Lot's of love,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Muhammad
Insya Allah, beberapa hari saja lagi rakyat Malaysia akan keluar memilih kerajaan yang akan memerintah negara. Ini bermakna tempoh berkempen pun hampir tamat.
Banyak manifesto yang dibentangkan oleh semua pihak. Tinggal rakyat saja yang perlu bijak memilih siapa yang dirasakan layak memimpin negara.
Cuma bila pihak yang menang tidak menunaikan manifesto sewaktu berkempen, rakyat sangat kenang perkara tersebut dan menyebut-nyebutnya sehingga sekarang.
MPA rasa itu salah satu penyebab ada dikalangan rakyat yang memilih tidak pergi mengundi.
Alangkah ruginya dan semestinya, yang memilih tidak pergi mengundi tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan yang akan diperoleh nanti.
Tetapi andai kata ada halangan seperti keuzuran ataupun membawa mudarat pada diri jika pergi mengundi, tidak perlulah memaksa diri untuk pergi mengundi.
Bagi kerajaan yang memerintah negeri yang sedang MPA duduki sekarang, MPA agak berpuas hati sebab nampak kerajaan ini ada menjaga kebajikan rakyat negeri ini.
Tetapi sudah semestinya ada kekurangnya sana sini sebab kita hanya manusia biasa, tak lepas daripada salah dan silap walau sebaik mana pun sistem yang kita buat.
Untuk Sabtu ini, semoga parti yang dipilih rakyat memimpin dengan penuh amanah, intergriti dan melaksanakan pimpinan negara dengan sebaik-baiknya.
Kepada parti yang kurang dipilih rakyat, terima seadanya dan bekerjasamalah dengan kerajaan yang memerintah supaya negara dapat dibawa ke arah yang lebih baik.
Kurangkan perbalahan dan bersikap kebudakan sebab kalian sedang dilihat dan diteladani oleh bakal pemimpin negara.
Sampai saatnya kalian akan tiada dan apa yang kalian tinggalkan akan menjadi sejarah dan panduan buat pemimpin baru. Bersikap matanglah buat semua.
Selamat mengundi buat rakyat Malaysia!
Lot's of love,