Hari Raya Open House
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Muhammad
Salam 19 Syawal semua. Hari Raya open house banyak tahun ini. Bukan open house saja, open office pun ada juga. Meriah!😍
Setakat ini Umie sudah pergi 3 open house. Umie percaya hujung minggu ini lagi banyak open house dan ada disekalikan dengan kenduri sama ada kenduri khawin, kenduri aqiqah mahupun kenduri doa selamat. Almaklum, Syawal bersisa beberapa hari saja lagi.
Dalam kemeriahan open house, jangan terlupa jaga kesihatan. Bila open house. semestinya makanan sedap-sedap, memang menarik perhatian. Air yang dihidang pun boleh tahan juga manisnya. Jadi, haruslah beringat sendiri.
Bila pergi open house, semestinya kita akan sibuk bersembang. Kepada yang ada anak kecil, sentiasa pantau dan perhati anak kalian. Kalau ada sikap yang kurang elok, tegurlah dan jangan dibiarkan.
Diakui anak-anak kecil memang agak nakal tapi kena juga kita hormat pada tuan rumah. Mungkin di mulut tuan rumah kata tak apa, tapi di hati kita tidak tahu. Sekurangnya kita jaga adab ziarah menziarahi dengan tak menyakiti hati orang lain.
Umie pernah juga satu masa dulu buat Hari Raya open house. Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang datang. Memang meriah dan seronok walaupun agak penat sikit. Tapi sekurangnya dapat mengeratkan silaturahim di kalangan jiran, saudara mara dan kawan-kawan. Insya Allah, semoga direzekikan satu hari nanti untuk Umie buat Hari Raya open house. Aamiin.
Kepada sahabat-sahabat yang akan mengadakan Hari Raya open house, semoga dimudahkan urusan kalian dan semoga majlis kalian berjalan lancar. Semoga majlis kalian juga diberkati oleh Allah. Insya Allah.
Lot's of love,