Friday, June 23, 2023

5 Petua Hilangkan Jeragat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Umie elek-belek muka tadi sebab ada jerawat, perasan macam ada bintik-bintik hitam je kat muka. Jeragat ke tu? Tak boleh jadi, terus tanya En Google apa itu jeragat.

Rupanya jeragat ni pigmentasi, akibat pengumpulan melanin yang banyak. Jeragat juga menyebabkan tona kulit tak sekata dan nampak lebih gelap.

Puncanya antaranya adalah pendedahan pada sinar matahari. Ni sejak cuaca panas selalu ni, memang banyak Umie kena matahari, lagi-lagi uruskan hantar dan ambil anak-anak sekolah.

Selain pendedahan pada sinar matahari, jeragat juga boleh terjadi akibat kekurangan kolagen dalam badan disebabkan faktor usia, perubahan hormon, penggunaan alat kosmetik yang kurang sesuai pada kulit dan juga radikal bebas yang merosakkan kulit.

Jeragat walaupun tidak membahayakan, tapi kalau dibiarkan sampai nampak semakin besar dan berubah penampilan serta warnanya, jangan ambil mudah sebab ia boleh jadi tanda awal kanser kulit. Masa ini, cepat-cepatlah jumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Jeragat juga susah dirawat. Jadi, Umie nak kongsikan beberapa petua hilangkan jeragat. Antaranya :

1. Minum air yang secukupnya
  • Badan manusia terdiri lebih daripada 60% air. Jadi, air memang perlu sangat untuk kulit yang lembab dan cantik.
2. Buang toksin
  • Toksin juga penyumbang pada kulit kusam. Jadi, kena pastikan sistem pencernaan kita lancar supaya dapat elakkan daripada jeragat, jerawat atau iritasi kulit yang lain. 
3. Kurangkan Pendedahan Pada Cahaya matahari
  • Dalam musim panas sekarang ini, penggunaan krim sunscreen sangat penting untuk lindung kulit dari cahaya matahari dan sinar UV.
http://mamapapaamir.blogspot.com

4. Kurangkan Tekanan
  • Percaya atau tak, sistem pertahanan badan lemah bila kita selalu tertekan. Jadi, kena cari cari atasi tekanan dan chill chill selalu.
5. Ambil Vitamin
  • Vitamin C - kaya dengan anti oksidan yang tolong kurangkan penghasilan melanin, penyumbang utama kepada jeragat 
http://mamapapaamir.blogspot.com

  • Vitamin E - terkenal sebagai vitamin kulit yang bantu melambatkan proses penuaan kulit dan bantu kurangkan kesan jeragat
http://mamapapaamir.blogspot.com

  • Protein - sangat penting dalam penghasilan sel baru untuk menggantikan sel kulit yang mati dan rosak.
http://mamapapaamir.blogspot.com

Nak dapatkan vitamin dan sunblock di atas? Mari Umie bantu.


Your trusted Shaklee distributor,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Sunday, June 18, 2023

Amalan gaya hidup sihat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah. Hari ini en suami tolong bersihkan isi dalam kandungan basikal tak gerak. Sejak beli memang tak pernah buka. Naik dan kayuh saja yang tahu. Hari ini, mak mintak tolong tengokkan sebab ada bunyi pelik bila mengayuh.

Tujuan beli pun memang nak buat amalan gaya hidup sihat. Masa PKP haritu memang berguna sangat. Almaklum, nak keluar masa tu tak berani. Pagi petang mengayuh sajala walaupun tak ke mana. Nak feel ke mana-mana, letak depan tv, pasang cerita travelling. Rasa la berjalan-jalan tu. Mengayuh pun jadi lebih. Hehe

Tapi bila fasa dah lepas PKP ni, kurang sikit guna sebab dah ada basikal yang real, boleh ke mana-mana. Amalan gaya hidup sihat perlu juga diteruskan walau apa keadaan sekalipun.

Selain bersenam, Umie pun ambil makanan tambahan Shaklee. Vitamin Shaklee yang pertama Umie ambil B Complex. Masa belajar dulu kawan ada jual dan cakap bagus untuk tenaga. Masa belajar dulu agak aktif juga, join silat, jadi ajk kelab fakulti, jadi ajk sukan antara kolej, jadi ajk rakan muda, banyak lagi la. 

Masa tu memang kerap penat. Nak revision selalu terbabas. Harapkan masuk kelas je. Bila kawan cadang ambil vitamin b complex tu, tu yang ambil. Alhamdulillah, membantu nak kekal cergas masa tu sampai sekarang.

Kalau makanan pula, Umie suka ambil ulam macam kangkong selom, ulam raja, peria katak, kobis, kacang panjang dan banyak lagi. Cuma Umie kurang gemar jering dan petai. Sampaikan kawan pernah cakap Umie ni macam kambing sebab makan daun. Hahaha

Bagi Umie, badan ni lama nak guna dan macam-macam benda nak kena buat guna badan ni. Itu yang kena jaga betul-betul dengan amalan gaya hidup sihat.

Kalau ada yang nak cari supplemen Shaklee sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat, boleh klik sini 👉 http://byciksaw.wasap.my

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com



Tuesday, June 13, 2023

Perancangan Allah indah sangat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah ala kulli haal. Pada asalnya Ummi mencari Shaklee dan menjadi ahli makan sendiri lebih kepada nak banyakkan susu badan memandangkan anak tak dapat menyusu direct. 

Tapi perancangan Allah indah sekali, Ummi boleh pula terjebak dengan bisnes Shaklee. Tak sangka pun sebab kecik dulu, Ummi seorang yang minat dengan bisnes.

Dulu Ummi pandai lukis kartun Garfield dan Mickey dan Minnie Mouse. Asal ada ruang kosong, kawan akan mintak Ummi lukis walaupun atas tisu. Seorang sahabat pernah suarakan, tak nak jual ke. Ummi kata sedekah saja. Boleh gitu? Bila ingat balik, ruginya. Hahahah

Jujur, dulu langsung tak kenal siapa Master atas Ummi. Main daftar je. Kalian kalau nak join mana-mana bisnes, selidik dan periksa dulu tau. Jangan main redah macam Ummi. Hehe

Alhamdulillah, baiknya Allah, Allah lorongkan Ummi berada di bawah susur galur Surijunior. Masa tu baru kenal Master Farihah. Tapi dah jauh sangat dah atas upline Ummi. Yang paling dekat Master Ita Atirah dari MRG.

Dengan Master Ita bukan saja Master Ita, Master yang paling dekat, rupanya rumah Master Ita dalam dekat saja dengan Ummi iaitu di kawasan Semenyih. What a small world. Hehe

Alhamdulillah, Master Ita memang banyak support Ummi. Master Cip dari RYG pun sangat membantu dengan mengadakan macam-macam kelas termasuklah kelas khas untuk penjagaan diri wanita supaya encik suami tak tertarik pada yang lain. Ha, gitu sekali. Hehe

http://mamapapaamir.blogspot.com
Antara kelas minggu ini.


Bila support sistem best, bisnes mudah dan flexible sebab urusan pos semua Shaklee setelkan, barulah seronok dan tak terasa ketinggalan sendirian. 

Kalian nak jadi pengedar Shaklee juga macam Ummi? Mari Ummi bantu. Tekan link ini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Friday, June 09, 2023

Pengalaman Exclusive Pumping Mom

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Anak memang anugerah terindah. Semua inginkan anak yang sempurna cukup sifat baik dari segi fizikal, mental, dalaman mahupun luaran. Tapi tak semua direzekikan dengan anak yang sempurna serba serbi.

Alhamdulillah, Ummi direzekikan dengan anak kedua yang dari segi fizikal memang nampak sempurna, tapi ada kekurangan dari segi sistem dalaman anak. Dari dalam kandungan lagi doktor pakar fetus sendiri menjangkakan anak mengalami tracheoesophageal fistula (TOF), satu istilah yang sangat baru bagi Ummi yang perlu Ummi hafal dan belajar.

Sumber : Google
"Inilah yang dikatakan apa itu tracheoesophageal fistula (TOF)"

Bila dilahirkan, benarlah seperti yang dijangkakan dan operation telah dibuat pada hari kedua kelahiran. Tipu kalau Ummi tak sedih, Allah saja yang tahu macamana keadaan Ummi masa tu, tapi Ummi fikir perlu kuat demi suami dan anak-anak, supaya mereka juga kuat. Huhu

Di permulaan kehidupan anak yang ada TOF ini, anak memang tak pandai menelan. Air liur akan selalu meleleh dari tepi mulut mereka. Jadi, urusan menyusu melalui ryles tube yang disalurkan dari mulut. Mereka juga perlukan terapi untuk ajar mereka menelan. Ini juga bermakna anak Ummi tak dapat direct menyusu dengan Ummi.

Struggle bermula bila pihak hospital push Ummi supply susu badan pada mereka untuk mereka dapat bagi susu badan pada anak. Siap suggest ambil ubat untuk banyakkan susu badan. Setiap hari datang ziarah anak, setiap kali itu juga nurse bagitau susu anak tak cukup. 

Bayangkan, dalam keadaan berpantang, berada di hospital dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sepanjang sebulan anak di hospital, ditambah permintaan susu badan untuk anak yang tinggi. Sedih dan stress tak payah cakap. Kalau duduk sorang-sorang atau tengah mandi, memang meleleh air mata. Ditambah dengan bisa badan masa tu akibat tak pantang dengan betul, memang tak tercakap tapi mesti kuat demi anak.

Jadi, Ummi tanya pada En Google pasal penyusuan badan termasuk macamana nak banyakkan susu badan selain alternatif ubat. Maka, terjumpalah pasal Exclusive Pumping (EP) mom. Masa itu memang fikir nak banyakkan susu badan saja buat anak supaya berat badan dia naik. Hari-hari ke hospital tanya nurse, berat anak naik ke tak. Dan masa itu juga lalu lintas testimoni ESP sebagai milkbooster. 

Sumber : Google
"Maaf, ada censored pula di situ"

Bincang dengan En Suami dan En Suami pun setuju, akhirnya grab setong masa tu. Mulanya Ummi ambil plain saja, tak campur apa-apa, tapi macam tak boleh telan sangat. Jadi, dicampurkan dengan milo. Fikir anak punya pasal, telan je la. Bila di ingat balik, memang kelakar sebab boleh pula ESP dicampur dengan sirap, kadang campur dengan kordial sunkist la. Nak banyakkan susu punya pasal. Hahaha
http://mamapapaamir.blogspot.com
Antara manfaat ESP selain untuk banyakkan susu badan

Masa tu doa banyak-banyak, ambil ESP, power pumping hari-hari serta bayangkan anak ada dengan kita masa pumping tu, membantu sangat banyakkan susu dalam masa 3 hari. Dalam seminggu macam tu, nurse kata stop dulu hantar susu sebab susu anak banyak sangat sampai tak muat peti ais wad. Hehehe

Diakui ESP memang banyak membantu masa tu selain power pumping dan semestinya dengan izin daripada Allah juga. Bila diingat balik, boleh pulak 2 jam saja tidur dah bangun sebab nak pump susu demi anak. Masa tu juga boleh pulak jam bunyi terus tegak bangun, tak sempat nak bermalas-malas. 

Terima kasih pada Tv AlHijrah sebab masa tu ditayang lintas langsung dari Mekah dari tengah malam sampai awal pagi. Jadi, bila pump susu badan awal pagi, memang pasang Tv AlHijrah sebagai peneman. 

Alhamdulillah, dikurniakan pengalamam jadi EP mom selama setahun setengah, pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Dan semestinya ESP banyak bantu banyakkan susu badan Ummi sampai bengkak susu 4 - 5 kali juga la sepanjang setahun setengah tu. 

Kepada ibu yang perlu jadi EP mom, jangan putus asa. Cari info banyak di Mr Google serta dapatkan milkbooster seperti ESP supaya hasrat kita nak menyusukan anak selama yang boleh tercapai. Jangan rasa rendah diri dan fikirkan kebaikan yang akan anak dapat. Kita ada perjalanan kita yang Allah aturkan. Jangan bandingkan dengan orang lain yang dapat direct feed anak.

Insya Allah, semoga usaha kita dan susah payah kita menyusukan anak melalui EP dipandang Allah serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran, kalau tak di sini, mungkin Allah simpan di 'sana' nanti.

Begitulah antara testimoni Shaklee Ummi iaitu ESP. Banyak testimoni Shaklee pada Ummi tapi kita share satu satu naa. 

Kalau nak dapatkan ESP terus, kalian boleh klik di sini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/11003?sid=1265902

Tapi kalau kalian nak sembang-sembang dengan Ummi, boleh klik link ini 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Thursday, June 08, 2023

Antara kaya dan cukup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Awal bulan haritu, leader Ummi utarakan satu soalan : "Antara kaya dan cukup, mana satu pilihan kalian?"

Macam-macam jawapan dan pendapat yang timbul mengikut pandangan dan keadaan masing-masing. Ya, Ummi akui, kita ada 'sepasang kasut' anugerah Allah yang tak akan sama dengan yang lain.

Bagi pendapat Ummi pula, kalau boleh memilih, mesti nak pilih kaya dan cukup. Tapi kalau perlu pilih salah satu, Ummi pilih cukup.

Kalau kaya tapi masih rasa tak cukup, memang tak akan tenang. Tapi walaupun tak berapa kaya tapi sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada, tenang dan bahagia rasanya.

Tapi kalau direzekikan kaya dan cukup, Alhamdulillah, syukur sangat. Dapatlah memberi lebih kepada ahli keluarga dan insan-insan yang memerlukan.

Semua bergantung pada keadaan dan pandangan tersendiri. Tak ada yang betul dan salah.

Yang paling penting, doa, usaha, tawakal dan redha.

Berdoa mohon dimudahkan urusannya,
Usaha sebaik boleh,
Tawakal serta serahkan hasilnya pada Allah,
Redha atas segala apa yang Allah kurniakan.

Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah selalu. Insya Allah

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Monday, June 05, 2023

Kenapa nak kena ambil multivitamin?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Dalam pasaran memang banyak multivitamin sampai pening nak pilih yang mana satu.

Kenapa nak kena ambil multivitamin?

Diakui vitamin mineral boleh diserap daripada makanan seharian kita. Tapi kuantiti vitamin yang diperlukan badan tak cukup diserap daripada pemakanan kita. Antaranya akibat proses pemanasan daripada cara kita memasak, boleh mengurangkan kandungan vitamin dalam makanan. 

Selain itu, kuantiti makanan yang kita ambil pun mempengaruhi juga. Contohnya kita patut makan sayur setiap hari. Tak mustahil ada satu hari kita akan skip atau kurang makan sayur.

Itu sebabnya kita perlu makan multivitamin, untuk dekatkan jurang nutrisi yang diperlukan badan kita. Tapi andai kita dapat pastikan badan kita menerima sejumlah vitamin yang diperlukan badan, Alhamdulillah.

Bagi Ummi sendiri, Ummi memang akui tak semua hari Ummi ada makan banyak sayur dan buah, lagi-lagi di musim raya baru-baru ini. Bila jumpa rendang, ketupat, burasak, kuah kacang, boleh lupa semua diet. Hehehe

Sebab itu Ummi memang perlukan multivitamin untuk badan Ummi dan multivitamin pilihan Ummi semestinya multivitamin Shaklee, iaitu Vitalea Iron Plus. Sebab :

⭐Mengandungi Iron yang bagus untuk perkambangan baby dalam kandungan
⭐ Menyokong kesihatana sistem imun badan
⭐ Menguatkan tulang
⭐ Sesuai untuk semua peringkat umur
⭐ Baik untuk kesihatan jantung

Tapi siapa saja yang perlukan Vitalea Iron Plus ni ya? Jom tengok ni 👇

Sumber : Grup Telegram RYG

http://mamapapaamir.blogspot.com

Bila badan jadi kuat, terutama mak mak yang bekerjaya, balik kerja masih mampu lagi nak uruskan rumah dan melayan anak-anak. Buat suri rumah pula, malam pun masih bertenaga nak uruskan hal sendiri lepas selesai uruskan hal suami, anak dan rumah. Memang supermom jadinya. 💪

Kalian boleh dapatkan di sini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/10131?sid=1265902

Atau kalau kalian nak hubungi Ummi, boleh hubungi Ummi di sini 👉 http://byciksaw.wasap.my. 


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Saturday, June 03, 2023

Tetaplah sejuk di tempat panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, hari ini kami akan didatangi tetamu dari Johor. Alhamdulillah, sepupu nak datang ziarah abah Ummi yang kurang sihat sekarang ni. Semoga dimudahkan perjalanan kalian dan selamat sampai ke destinasi.

Sahabat-sahabat yang akan menziarahi atau ke mana-mana di hujung cuti sekolah sekarang ni, semoga selamat sampai ke destinasi. Banyakkan juga minum air. Cuaca panas sungguh sekarang ini kan.

Hari ni ummi nak kongsi satu kata-kata motivasi buat semua :

http://mamapapaamir.blogspot.com

Nampak macam susah tapi sebenarnya tak mustahil nak capai. Cuma kena cari ilmu, usaha dan doa banyak-banyak.

Ummi sendiri pun akui kadang-kadang terbabas juga. Tapi bila duduk sorang-sorang, fikir dan refleksi balik, baru tersedar silap sendiri. Allahu 😭

Ummi banyak nak kena belajar. Banyak yang nak kena baiki. Dan banyak nak kena beringat sendiri. 

Ummi pernah masuk kelas PMC anjura  Bonda Prof Muhayya. Alhamdulillah, banyak membantu. Tapi nak kata 100% berubah, belum lagi. Masih tengah berusaha lagi.

Doakan ya Ummi dapat jadi insan seperti kata-kata motivasi kat atas ni. Sebab orang tenang selalu menang. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian juga. Insya Allah 🤲🏻

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Thursday, June 01, 2023

Misi Brain Dump

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Hari ini 1 Jun 2023. Permulaan bulan baru dan bermakna kita sudah berada di pertengahan tahun 2023. Ada setengah tahun lagi untuk hujung tahun 2023. Masa yang terbaik untuk rujuk balik azam, cita-cita dan impian yang telah kita senaraikan di awal tahun haritu. Mungkin ada sesetengah telah kita capai. Alhamdulillah.

Malam tadi buat brain dump. Allahu, banyak rupanya tersimpan dalam kepala ini, tapi tak dikeluarkan. Jadi, bila termendap lama-lama, jadi kerak, itu yang susah nak keluar tu. Huhuhu.

Ada satu kelas Ummi pernah ikut, the best buat braindump ni adalah setiap hari. Sekurangnya bila kita tulis, kita nampak selalu benda tu dan kita akan usahakan untuk buat benda tu. Tapi bila kita simpan saja lama-lama dalam kepala, potensi untuk lupa memang tinggi. Akhirnya, memang tak terbuat jawabnya. Ya, Ummi akui, ia adalah silap Ummi sendiri sebelum ini. Huhuhu

Bila brain dump malam tadi, rasa wow dengan diri sendiri sebab rupanya banyak benda aku kena buat, tapi sebab aku simpan dan hanya buat bila aku teringat benda tu, itu yang jadi banyak terbengkalai. Insya Allah, try my best to do it regularly and istiqamah. Yeah 💪!

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Pinterest

Rupanya otak kita ini perlu juga sekali sekala di susun, kalau bahasa komputer defragmented. Dulu zaman belajar, rajin defrag komputer. Tapi bila part otak sendiri, tak buat pun. Adoi, kesiannya otakku ini. Huhuhu

Insya Allah, one of new and good habit yang Ummi nak mulakan bulan ini adalah brain dump. Kemudian kita organize, bila nak selesaikan tugasan yang kita nak buat dan bila nak laksanakan idea-idea baru yang tercetus dari brain dump tadi. Boleh juga buat to-do list lepas brain dump. Sekurangnya ada target kita bila nak buat sesuatu perkara tu kan. 

Rupanya, mind sweep juga adalah sama dengan brain dump. Maksudnya luahkan segala yang ada dalam kepala otak kita ini. Sama ada ia realiti, angan-angan, impian ataupun tindakan yang kita nak buat. Sekurangnya kurang kesesakan trafik dalam kepala otak kita ini dan perjalanan pun lancar bila maklumat nak ke mana-mana. Begitulah al kisahnya. Macam jalanraya juga. Hehe

Kalian dah brain dump hari ini? Jom mulakan. Semoga ianya menjadi pencetus kita menjadi insan yang lebih produktif dan bermanfaat mulai hari ini. Insya Allah 👌.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com