Life is incredible. Let's appreciate everything in our hands.
Wednesday, September 20, 2023
Belajar Tadabbur Quran : Surah Al Asr (Ayat 1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma Solli Ala Muhammad
Alhamdulillah. Hari itu dengan izin daripada Allah dan mungkin juga teguran dan peringatan daripada Allah, masa tengah scroll Instagram, lalu satu posting dari akaun Instagram yang Umie sendiri tak perasan bila masa Umie follow akaun ini. Posting itu mengajak muslimah untuk join dan sama-sama belajar Quran Journaling, Asmaul Husna Journaling, Doa Journaling dan Gratitude Journaling.
Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Umie untuk sertai walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu Indonesia sebab pemilik akaun instagram itu adalah daripada Indonesia. Pembelajaran semua dalam Whatsapp dan digalakkan untuk hantar tugasan.
Alhamdulillah. Banyak yang Umie sendiri belajar dalam masa seminggu saja bagaimana nak buat journaling semua itu. Umie minat dengan teknik journaling tapi tak tahu macam mana nak mula dan apa perkara yang perlu dijournalkan. Jadi, bila ada buka offer macam ini, mestilah tak lepas peluang.
Sebenarnya, Umie suka dengan akaun Instagram Nota Nadia. Banyak Puan Nadia kongsikan tentang tadabbur Quran menggunakan poster yang comel-comel. Mungkin sesetengah nampak macam kebudakan, tapi bagi Umie nampak menarik perhatian. Dan Umie terinspirasi dengan beliau dan sekarang sedang berusaha nak berkongsi macam beliau.
Untuk permulaan, Umie mulakan dengan Tadabbur Quran iaitu Surah Al-Asr. Kenapa Umie pilih surah Al-Asr?
Sebab surah ini pendek dan untuk elakkan Umie cepat jemu mahupun give up. Insya Allah, slowly Umie upgrade ke Surah Al-Baqarah. Buat masa ini, Umie fokus pada surah-surah pendek dulu ya. Doakan Umie istiqamah dan tak give up buat Quran Journaling ya kalian. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian. Insya Allah, aamiin.😉
Untuk Quran Journaling Surah Al-Asr ini, Umie rujuk kuliah daripada Ustaz Syahmi Syazeril Azmi daripada rancangan Assalamualaikum TvAlhijrah. Ini video beliau kalau kalian pun merancang nak tadabbur surah yang sama :
Untuk kuliah ini, Ustaz hanya sempat kupas ayat pertama daripada Surah Al-Asr iaitu وَٱلۡعَصۡرِ. Baru ayat pertama yang pendek tapi kupasannya panjang dan puas hati. Cuba tengok nota tulisan tangan Umie ni. Kalian faham ke? Hehehe
Maksud ayat pertama Surah Al Asr ini ialah "Demi masa." Ia bermaksud Allah bersumpah dengan masa dan ketahuilah, masa adalah makhluk Allah juga. Bila baca tafsir ayat seterusnya, ia bermaksud manusia dalam kerugian.
Kenapa dengan demi masa manusia dalam kerugian pula?
Menurut kata Ustaz, kita dalam kerugian sebab tak gunakan masa dengan sebaiknya dan sehabis baik sebagaimana ada pepatah yang berbunyi, gagal merancang sama dengan merancang untuk gagal.
Selain itu, kita juga belajar macam-macam teknik tentang pengurusan masa seperti time block, pamodoro dan banyak lagi tapi alangkah ruginya bila kita rasa masa ini kita yang punya dan tak minta Allah bantu kita menguruskannya. Allahu 😭
Dalam kita sibuk merancang mahupun melaksanakan perancangan kita, selalu ingat yang Allah sentiasa ada di atas perancangan kita dan ada takdir Allah di atas semuanya. Sebagaimana kata-kata yang menyatakan "Doa dan usaha adalah urusan kita, hasilnya biarlah Allah yang tentukan."
Andai Allah kurniakan hasil yang baik, Alhamdulillah, syukur.
Andai Allah kurniakan hasil bukan jangkaan kita, Alhamdulillah dan bersabar.
Insya Allah, satu hari nanti Allah akan kurniakan juga andai kita berusaha bersungguh dan selitkan Allah juga dalam aktiviti kita. Just enjoy the process tapi yang terlebih enjoy pula sampai leka.