Wednesday, July 03, 2013

Solat Dhuha

Bismillahirrahmannirahim...

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Kali ni rasanya nak cerita pasal Solat Dhuha la...aku baru je bermula nak melakukannnya lepas Allah gerakkan hatiku pada suatu hari untuk search dan melaksanakannya...hidayah Allah tu kan hadir dengan kehendak dariNya...puncanya aku selalu datang awal ke tempat kerja, paling awal aku pernah sampai pukul 7.15 tapi paling lambat aku sampai kol 8 pagi walhal waktu kerja aku pukul 8.45 pagi...satu hari tu, adala hamba Allah kat tempat kerja aku ni menegur, dia pon selalu datang awal dan selalu terserempak dengan aku yang datang awal jugak...Alhamdulillah, teguran dia aku terima dengan positif yang mana dia menegur alang2 datang awal tu, apa kata buat Solat Dhuha...moga2 rezeki yang kita peroleh tu diberkati Allah dan dimurahkan lagi rezeki kita...

So, bermula dari situ, aku mulakan misi mencari cara dan bagaimana perlaksanaan Solat Dhuha ni serta kelebihkan melaksanakannya...banyak betol kelebihkan perlaksanaan Solat Dhuha ni rupanya....antaranya :

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Sebenarnya aku banyak refer pada website atas selain beberapa website lain dan aku juga ada refer pada 'Eksiklopedia Solat' terbitan Telaga Biru.

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Solat Dhuha ni boleh kita laksanakan samada 2 rakaat, 4, 6, 8 dan yang paling banyak 12 rakaat...niatnya :


(Credit to Ensiklopedia Solat, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)

Menurut Ensiklopedia Solat, antara surah yang dibaca selepas membaca Al-Fatihah adalah :

Kaedah 1 :
-  Membaca Surah al-Syam pada rakaat yang pertama
-  Membaca Surah al-Duha pada rakaat yang kedua

Kaedah 2 :
-  Membaca surah al-Kafirun pada rakaat yang pertama
-  Membaca surah al-Ikhlas pada rakaat yang kedua

Surah al-Syam

Surah al-Duha

Surah al-Kafirun

Surah al-Ikhlas

Ada juga yang yang berpendapat lain tapi ini adalah dari rujukan saya : Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Selepas selesai Solat Dhuha, kita bolehlah membaca doa di bawah :


kalau sahabat2 semua selalu / pernah layan radio IKIM pagi2, selalu doa ni dimainkan dalam lebih kurang jam 8 macam tu. Bawah ni untuk reference kita, sebab saya pon selalu dengar doa ni dan dengarkan juga pada Amir...



semoga saya dan kita semua diberikan kekuatan dan kesempatan masa untuk menunaikannya di samping tidak meninggalkan yang fardhu yang di tuntut ke atas saya dan kita semua...

Wallahu 'alam
Share: