Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan ke 56

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Selamat hari kemerdekaan yang ke 56. Cepat betul masa berlalu, dah 56 tahun rupanya negara kita merdeka. Tak sangka kan? Kalau pakcik-pakcik mana yang lahir tahun kemerdekaan (1957), umur 56 tahun ni ada sesetengah dah mula memilih untuk pencen dari tugas. Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman dan sentosa walaupun telah 56 tahun merdeka. Namun, tak dinafikan ada ketikanya juga kita mengalami ketidakstabilan keamanan yang sedang dikecapi contohnya Peristiwa Lahad Datu, dan macam-macam lagi. 

Harini, Amir dah terjaga dalam pukul 5.30 pagi. Awal betul harini walaupun hari mama dan papa cuti. Rupanya dia demam. Malam tadi semasa dia tidur, elok je takde pulak demam. Cadangnya harini nak pergi rumah terbuka kawan-kawan mama di Bangi Lama dan Kelana Jaya, tapi tidak kesampaian. Mintak maaf ye kawan-kawan mama, Amir tak sihat harini.

Kali ni Amir demam tak disertai dengan muntah-muntah sebagaimana sebelum ni, Alhamdulillah sangat sebab kalau disertai dengan muntah, Amir mesti lembik. Pergi klinik dan bagi Amir makan ubat, Alhamdulillah, dalam tengahari dia bangun tidur, demam dah kebah. Alhamdulillah, padaMu jua ku bersyukur dan memohon penyembuhan dari segala penyakit. Aamiin.

Semoga keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi ini dinikmati dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati dengan memikirkan sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang samada untuk merdeka mahupun untuk mengecapi sedikit keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi. 
Wallahua'lam

Friday, August 30, 2013

Riang Ria di Aidilfitri

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, harini hari raya aku setelah berjaya berpuasa 6 sepanjang bulan Syawal ni...Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk melaksanakannya tahun ni....kepada sahabat-sahabat yang belum melaksanakannya, ada masa lagi ni dalam seminggu macam tu sebab kalau tengok pada kalendar, bulan Syawal sampai Jumaat depan...

Seingat aku, aku lom post lagi kan gambar2 raya...ni antara yang sempat aku rakam sepanjang raya ni...
Memang tak dapat la nak rakam banyak...yela, mana nak melayan si decik yang dah pandai jalan ni, pandai nak mengikut sepupu2 dia bermain...tu lom lagi dia mengamuk bila permintaan dia ditolak...ada masa kena tolak juga kalau kita rasa itu tak wajar untuk dia...dan ada masa kita benarkan juga...semuanya untuk kepentingan dia...
Apa2pon, aku akan explain kat dia baik2 kenapa tak boleh...walaupun dia macam tak berapa nak faham, aku rasa dengan cara tu, kita melatih diri kita dan dia sendiri cara berkomunikasi serta melatih dia untuk tahu yang kebebasan itu perlu tapi setiap sesuatu ada hadnya...itu bagi pendapat aku la...
Wallahua'lam

Sesi bermaaf-maafan

si kecik bersama nenek dan atoknya

inila suami saya... ^_^

Thursday, August 29, 2013

Kesan sedih apabila dimarahi pada sikap anak

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

..:: KESAN SEDIH APABILA DIMARAHI PADA SIKAP ANAK ::..

Hadirnya anak dalam hidup kita beserta dengan ujian. Setiap orang mengaharungi ujian yang berlainan. Dan untuk semua ujian itu, pasti kita mengalami situasi memarahi anak atas perkara yang mereka lakukan.
Suka saua kongsikan sesuatu yang kita terlepas pandang akan hal 'menangis' ini dalam diri anak kita.

Situasi : Anak menangis apabila dimarahi sehingga mereka terlelap dalam tidur

Kesan : Apabila anak menangis sehingga tangisan itu dibawa sehingga mereka terlelap. Ketika ini minda separa sedar mereka merakam emosi sedih yang mereka rasa apabila dimarahi oleh ibu atau ayah.

Minda separa sedar adalah minda yang menerima sahaja apa yang kita fikir dan rasa tanpa menolak. Kesannya, apabila emosi sedih itu dibawa mereka semasa tidur yang mana ketika ini minda separa sedar memainkan peranan. Justeru itu, mereka akan menerima emosi sedih itu yang ditakuti anak menjadi seorang yang pendendam, penakut, pendiam dan sikap negatif yang lain.

Apabila anak selalu dimarahi, mereka akan menjadi seorang penakut yang dalam fikiran mereka 'nak buat ni karang, takut ibu marah'. Perasaan itu akan tertanam pada minda mereka walaupun kita suruh mereka lakukan perkara yang betul terutama tentang pembelajaran mereka.

Sebaiknya, jika ada perkara yang kita rasakan tidak betul mereka lakukan, sebaik-baiknya tegurlah mereka dengan berhemah, Tegur mereka secara tegas / firm sambil memeluk dan mengusap mereka. Terangkan kenapa yang kita marah dan ingatkan mereka jangan ulangi lagi. Tanya mereka, 'Amir tak sayang mama ke? Kalau sayang, Amir jangan buat macam ni lagi ya?...'

Pemberian material / hadiah ada masanya juga perlu, tetapi jangan sogokkan imbuhan material itu selalu. Takut-takut mereka gunakan sebab itu untuk mendapat hadiah daripada kita. Jangan tak tahu, anak kita walaupun kecil, mereka juga pandai manipulasi ibubapa mereka sendiri.

Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan

 


 banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013

setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu

1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

 2. follow blog INI dan INI

3. add G+

4. like fanpages 

5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.

 6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2.

TEKAN BANNER UNTUK JOIN SEGMEN

Wednesday, August 28, 2013

Majlis Hari Raya

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam ada jamuan raya anjuran syarikat tempat aku kerja ni. Tapi lokasi kat Damansara Utama. Mulanya ingat jem teruk, tapi Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Bersyukur sangat. Traffic jam skit-skit tu memang la ada. Tipula kalau kata takde langsung kan?.


Disebabkan kami sampai awal, tengokla, yang ada cuma commitee je yang sibuk nak siapkan tempat dan meja. hehehe. Selalu memang kami and the geng yang paling lambat skali. Kadang-kadang orang tengah kemas baru sampai. Almaklumla, kami di site yang berlokasi kat Kuala Lumpur. Dan almaklumla, Kuala Lumpur kalau hari bekerja tu macamana. Tapi dah lali. Bersabar saja la.


Sebelum jamuan mula, kami dihidangkan setiap meja kuih raya. Disebabkan sampai awal, tengokla piring tu, licin terus. Maklumla, lama sangat tunggu, makanan dah ready dan berbau, duduk pulak dekat dengan makanan, apa lagi, perut pon mintak diisi. hehehe

Macam biasa, tunggu bos-bos sampai dan macam biasa untuk mana-mana majlis, kena tunggu bos berucap semua dulu baru makan. Kalau tak, ada yang bos cakap sorang-sorang pasal makan dulu. heheheh

Alhamdulillah, meriah jugak makanan malam tu. Macam-macam kami makan. 


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas rezeki yang engkau berikan.

Wallahua'lam

18 month years old

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Kalau ikutkan Amir dah 18 bulan la kan (satu tahun setengah). Ada sikit-sikit persamaan bila baca-baca kat babycentre :

How your toddler's growing
"You may observe a spurt in physical development this month. Your toddler is surer on his feet, loves to climb all over your furniture and might even join you or his dad in a game of football or other physical play if he concentrates hard enough. He can also hold a clear memory of an object in his mind well after you remove it from his sight. You can take advantage of this new capability by playing hide-and-seek with his favourite toy.

There may be days when all that physical energy is more than you can handle. Rather than fight it - after all, you can't do anything to change it - throw off your shoes, put on some music, grab your little one and invent some new dance steps together. Your toddler won't need shoes until he begins to walk. When he does, you may have to pay a little more for quality but it's worth it, Try to find a shoe shop with qualified fitters as baby feet are easily squashed.

Your life : Setting boundaries
As your child's no's become more frequent, so will your questions about how to control him. Set clear limits by telling him what is and isn't acceptable behavior. He won't always remember what you've said, but if you keep repeating it he'll start to get the idea. And do your best to set a good example; show him the kindness, respect and good manners you'd like to see him demonstrate. Steps like these can help your toddler to choose the right thing to do or the nicer way to behave.

Doa untuk anak-anak

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
..:: DOA UNTUK ANAK-ANAK ::..

Hari ini saya mahu kongsikan DOA yang mudah dan cepat serta pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIRWABARAKATUH, YA ... (sebutkan nama penuh anak)

Ya, itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
1. ASSALAM - Sejahtera
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2. WARAHMATULLAH : Rahmat Allah
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah rahmat Allah itu sangat-sangat kita harapkan?
3. WABARAKATUH : Berikan Berkat Kepadanya Wahai Allah
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Kata ustazah, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa ini. Hauyati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Aamiin.

Monday, August 26, 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Amir pada umur 1 hari

..:: ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR ::..

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Wallahua'lam

Selamat Hari Merdeka

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Mesti semua orang aware yang Sabtu ni kita akan sambut Hari Merdeka. Jadi, mesti Dataran Merdeka akan sibuk nak sambut Hari Merdeka. Dan semestinya penjualan bendera bertambah. Macam-macam gaya nak pamirkan bendera. Yang istimewa Hari Merdeka tahun ni adalah jatuh dalam bulan Syawal, masing-masing masih mood raya lagi. Mesti ramai yang buat rumah terbuka mahupun majlis kenduri khawin masa tu. Almaklumla, cuti umum satu malaysia.

Apa-apa pun semangat yang ditunjukkan, jangan pernah lupa bersyukur dengan nikmat yang diberikan terutama nikmat negara aman dan sentosa. 
Wallahua'lam

Tips Ibu Bapa Genius

Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ada info yang aku nak share yang aku dapat dari mukabuku. Semoga bermanfaat pada semua yer. 
Kalau rasa nak share, dipersilakan.


..:: TIPS IBU BAPA GENIUS ::..

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2. Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita kerana anak boleh menjadi bertambah degil dan nakal serta tidak boleh control.

3. Rotan / pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifik, ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang bahagian otak anak.

4. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

5. Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekutan IQ yang lebih kuar daripada anak yang jarang dipeluk.

6. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin berhadapan dengan persekitaran.

7. Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan samada pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan kerana mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk berbuat silap.

9. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana anak-anak terus membesar, masa akan terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.

10. Di dalam membesar dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh kerana keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap.

12. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak cara menenangkan diri kerana mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan menyambut harijadi anak-anak. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

15. Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan. Mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak-anak. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barangan kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintaklah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Jangan membiarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga

22. Anak menangis untuk melepaskan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka dua puluh tahun dari sekarang kerana anda pula yang akan menangis apabila ruma mula terasa sunyi. Anak-anak anda akan mula sibuk mendengan tangisan anak mereka sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka, geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuk hingg 14 tahun, kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

Wallahua'lam

Saturday, August 24, 2013

Anakku Amir

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Anakku Amir,
Mama dan papa bukan orang berada
Dan juga bukan orang senang

Mama dan papa selalu tinggalkanmu
Semata mencari sesuap nasi
Untuk membesarkanmu

Mama dan papa jarang membawamu keluar
Kerana kesibukan yang memerlukan kami

Mama dan papa tidak mampu
Melimpahkanmu dengan kekayaan harta
Namun
Mama dan papa mampu
Melimpahkanmu dengan kekayaan kasih sayang
Dan kekayaan adab dan akhlak
Yang tidak akan habis dimamah usia
Andai tembok yang melingkari
Berdasarkan iman dah takwa
Hanya kepada yang SATU
Mama dan papa pinta padamu anakku
Jadilah anak yang soleh
Yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya
Menjauhkan diri daripada laranganNya
Andai ditakdirkan tidak berjaya di dunia
Jangan gusar
Jadilah insan yang berjaya di akhirat
Andai ditakdirkan menjadi musuh kepada manusia
Jangan khuatir
Jadilah kesayangan kepada Ilahi
Hanya itu pinta kami
Nukilan mama Amir

Amir - Suntikan satu tahun setengah

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ikut pada jadual suntikan Amir, Amir kena cucuk masa dia berusia 1 tahun setengah...Alhamdulillah, harini kami berkesempatan bawak Amir pergi cucuk kat hospital Amir dilahirkan....
Buku rekod suntikan Amir

Pada mulanya masa jumpa doktor dan timbang (Alhamdulillah, dalam masa seminggu lepas demam, berat dia dah naik 500g, tadi timbang Amir dah 11kg...Alhamdulillah), Amir ok je, tak nangis pon. Bila doktor mula nak cek samada dia demam ke tak, barula dia nangis. Tak suka betul dia nak cek suhu badan dia.

Bila dah disahkan dia tak demam, barula doktor boleh cucuk dia. Mulanya, nak dibaringkan, dia tak nak. Menonggeng je dia. Doktor cakap dia dah besar, dah tau nak kena cucuk. Bila dia dah baring, barula boleh cucuk.

Aik, dah siap dah? Tak dengar nangis pon langsung. Hero betul anak aku sorang ni. Tahan sakit dah  ye sekarang. Padanla kalau terantuk sikit dia rilek wat tak tau je. Kalau yang betul-betul kuat barula dia meraung. Hero betul dia yer.

Amboi, sampai 3 orang nak kerjakan awak yer

Berdasarkan apa yang doktor cakap, suntikan seterusnya pada masa Amir berumur 7 tahun atau senang cite masa dia darjah 1. Lama lagi tu. Lama lagi la kita datang jumpa doktor ni lagi la Amir. 

Apa-apa pon, kami sekeluarga ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Hospital Pusrawi SMC Kajang diatas layanan yang terbaik dari mula mama preggy sampaila Amir dah satu tahun setengah sekarang ni. Terima kasih banyak-banyak.

Sebagai ganjaran, balik dari cucuk tu, kami singgah makan dulu. Kebetulan dah tengahari. Takpela, mama belanja la kali ni sebab anak mama berkelakuan baik harini.

Reward for being a good boy...nyum nyum...

Sekarang Amir tengah tidur. Jadi, kita sambung nanti-nanti la yer. Ada projek nak buat. Projek apa, tunggula next entry nanti.

Wallahua'lam

Thursday, August 22, 2013

Amir - Mula belajar menyebut

Alhamdulillah
Assalamualaikum
Semalam balik dari kerja, lepak kejap dengan Amir depan TV tengok cerita upin ipin kat TV9 kalau tak salah...lepas tu, ada la iklan...dah abis iklan tu, kan ada yang disebut "Bananana" tu kan....tiba-tiba Amir pon sebut sama...terkejut kejap aku...Alhamdulillah, anak aku dah mula nak belajar bercakap...nenek Amir (yang menjaga Amir sepanjang aku dan suami bekerja, maklumla, cucu pertama...hehehehe) pon cakap yang Amir memang tengah belajar bercakap...dia selalu kasi buku yang aku belikan pada nenek dia mintak nenek dia sebutkan apa yang ditulis...lama-lama dia akan ikut tapi amik yang hujung-hujung jela...
kucing = cing
anjing = jing
bola = la
Alhamdulillah, satu peningkatan yang baik...padanla demam haritu...nak belajar bercakap yer...
Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah...
Kalau setakat sebut papa dan mama tu, memang dia dah lama dapat...lepas ni, kena selalu la kami giatkan dia untuk bercakap apa yang dia nak...untuk dia belajar luahkan kemahuan dia...
Niat aku dia dah pandai bercakap, nak hantar mengaji kat rumah orang...kasi dia kenal huruf pon jadila...disamping tu tambah-tambah dengan kami sekali la...papa pon rajin kalau nak solat ajak dia...dan ada masanya tunjuk dia cara yang betul tapi in fun way...budak-budak dalam peringkat dia masih nak bermain tapi kita sebagai ibu dan bapa kena jadikan apa yang dia main bermanfaat...insya Allah...
Wallahua'lam

R4BIA

Alhamdulillah
Assalamualaikum



Rasanya ramai yang dah tengok kat mana-mana ada simbol empat jari ataupun R4BIA...mesti nak tau kan kenapa...ni ada sikit info yang aku dapat nak share untuk pengetahuan aku dan kita semua...semoga bermanfaat...Wallahua'lam

Apa itu R4BIA? 

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula semalam, bukan?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

****

Erdogan Launching 'Simbol 4 Jari' Simbol Perlawanan dan Keteguhan Rakyat Mesir

ANKARA - Sabtu (17/8) Perdana Menteri Turki Recep Tayip Erdogan kembali mengecam keras pembantaian yang dilakukan junta militer Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung junta Militer.

Pada kesempatan itu, Erdogan juga 'melaunching' simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dibumi hanguskan oleh junta militer. Secara sederhana simbol 4 jari untuk menunjuk icon Rabi'ah (dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah = Empat). Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai Simbol Keteguhan dann Perlawanan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Simbol 4 jari dan hashtag #R4BIA ini sudah ramai dipakai oleh pengguna social media (twitter, fb) mulai Sabtu kemarin. #R4BIA menjadi simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan. Rab'ah berarti 4, maka simbolnya jari angka 4.

Berikut isi pidato Erdogan dihadapan massa demo pro Mursi di Turki
(disampaikan oleh @AryaSandhiyudha) :

Sekarang kita tuit 'speech' Erdogan terkait situasi trbaru: militer Mesir yg masuk ke Masjid Fatih menembaki & membunuhi demonstran.

Erdogan: Mereka yg gulingkan pemerintah sah di Mesir & telah abaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

Erdogan: Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

Erdogan: Anda bisa nonton TV (live). Seorang Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

Erdogan: (Anda paham?) Tidak ada yg membantu pemerintah Mesir saat Morsi 1 tahun berkuasa. Baik Barat maupun Arab Teluk.

Erdogan: Kini. $16 Miliar bantuan dikirim segera oleh negara2 ArabTeluk bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Mau sampai kapan?

Erdogan: Mereka (negara2 ArabTeluk) yang kirim bantuan $ 16 miliar kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah mitra kudeta.

Erdogan: Jumlah martir yg dibantai kemarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembakinya di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

Erdogan: Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan shalat subuh. Muslim macam apa ini?

Erdogan: Mereka tanpa ampun membunuhi anak-anak, perempuan, dan membakar rumah sakit.

Erdogan: Saya mengutuk semua serangan (militer) terhadap masjid dan gereja.

Erdogan: Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

Erdogan: They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

Erdogan: Kebuasan di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

Erdogan: Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

Erdogan: Mari do'akan Suriah & Mesir. 100.000 rakyat Suriah juga telah dibunuhi diktator di Suriah.

from istanbul to #r4bia, resistance symbol of all muslims #egyptmassacre #egypt #egyanticoup#anticoup

Emre Belözoğlu, Turkish football player makes the resistance sign of #R4BIA after scoring.

Supporters of President Mohamed Mursi and the Muslim Brotherhood wave Egyptian flags during a rally in protest against the recent violence in Egypt, outside of the Eminonu New mosque in Istanbul August 17, 2013. REUTERS

Avatar simbol #R4BIA yang dipakai supporters Pro Mursi di social media (twitter, fb) silakan ganti ava sbg bentuk solidarity dan kepedulian anda !!

Sumber: Page #R4BIA
 

Wednesday, August 21, 2013

Amir - Alhamdulillah

Alhamdulillah
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah setahun setengah dah anak mama Amir sorang ni...dah besar dah dia...sedar tak sedar cepatnya masa berlalu...macam-macam dah kami lalui bersama...rasa macam tak puas je bila bersama dengan dia...bangun pagi ni, Amir pon bangun sekali...memang jadual dia setiap pagi teman atok hantar usu pergi sekolah...padanla semalam dia tak berapa sihat, nak tukar bulan rupanya...

Apa-apa pun, mama doakan semoga Amir menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala laranganNya, menjadi kesayangan penduduk di langit mahupun di bumi serta dapat membawa mama dan papa ke syurga Allah...insya Allah...aamiin...

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Menimba Ilmu

Alhamdulillah
Assalamualaikum

Tadi ni layar2 FB aku, ternampak post yang best yang nak share kat sini...harap kita dapat membetulkan mana-mana yang masih tak betul...aku pon masih tak betul lagi especially yang Tahiyyat Akhir....
Cara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

 Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

 Semoga bermanfaat

Wallahua'lam

Monday, August 19, 2013

Our Family Values

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

I had found the very interesting poster that I think we should hang up at our house...the most important thing not just hang up but read it every day and for sure, apply it in our live especially with our family member....hopefully this things can help us a lot...



Alhamdulillah


Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Alhamdulillah, KL sedang dilanda hujan...dah lama rasanya tak hujan dari raya haritu...petang semalam pon ada hujan...semoga hujan ini memberi kita 1001 rahmat dan hikmah...insya Allah...

Wallahua'lam

Haila....

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Haila kawan aku sorang ni...nasib baik la banyak membantu dan senang boleh kawtim + kesian...jadi tolongla dia ni isi borang apply kerja...cuma banyak bunyi dari tangan gerak...aish, geram tol... 
Apa2pon, aku wish semoga berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab