Thursday, October 31, 2013

My Last Day

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Terkejut tak tengok tajuk entri mama. Hehe.
Memang harini last day mama tapi bukan sebagai blogger, baru start kot, baru nak berjinak-jinak.
Takkan nak last day.

Mama sebenarnya kerja kat site kat area KL. Adatla bila kita kerja kat site, bila habis je kontrak, jadi kenala kemas-kemas barang dan balik. Insya Allah, harini akan menjadi hari terakhir mama kat site KL sini. Mulai esok, mama kena balik HQ mama dekat Damansara Utama sana. Alhamdulillah, mama ditempatkan di bahagian HR and Admin. Namun begitu, perjalanan mama akan bertambah jauh dan masa akan bertambah lama untuk mama pergi dan balik kerja.

Sebenarnya dalam sebulan ni kami sibuk packing-packing barang. Mulanya packing barang stor, Alhamdulillah dah selamat balik ke HQ. Kemudian fail-fail yang dah tak diperlukan lagi. Komputer pun dah mula dipacking untuk dibawa balik tapi tak semua la. Kalau semua, camne pulak nak buat kerja. Barangan peribadi hujung minggu yang baru lepas ni kami dah selamat bawak balik dah.

Site ni syarikat mama mula ambila alih pada Ogos 2010. Bayangkan selama 3 tahun ni kami bersama-sama dah macam keluarga. Kalau pergi mana-mana, tak pernah lupa nak belikan apa-apa buah tangan. Bila birthday anak-anak, kami saling bertukar-tukar cenderahati bersama kawan-kawan mama. Mana yang ada kebun buah kat kampung, kadang-kadang bawakkan buah ke pejabat berkongsi bersama-sama.

Lepas ni masing-masing bawa haluan masing-masing. Ada yang join syarikat baru yang ambil alih site ni, ada yang ditempatkan di site lain tapi masih bekerja di bawah bumbung yang sama dengan mama, dan ada yang join syarikat yang lain.

Alhamdulillah, mama bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka- sebab banyak yang mama belajar dari mereka. Daripada mama tak tahu langsung apa-apa pasal teknikal, mama dah tau sikit-sikit serta dah kenal sikit-sikit barang-barang teknikal.

Insya Allah, mama takkan lupakan kenangan bersama mereka. Ada rezeki, insya Allah mungkin boleh diusahakan reunion.

Sahabat-sahabat semua mohon doakan ye urusan mama dipermudahkan di tempat baru. Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday - Rahmat dan RedhaNya

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Tuesday, October 29, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Bulan November

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Jom kita bersegmen lagi :


Kalau nak join, klik sini yer :

http://ape-kinah.blogspot.com/2013/10/segmen-pencarian-boglist-bulan-november.html

SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Jom kita bersegmen lagi :


Kalau nak join, jom klik sini :

http://icumm-icum.blogspot.com/2013/10/segmen-follow-mengfollow-bloglist.html


Insya Allah, ada hikmah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Semalam, mama rasa kepenatan betul. Kan mama cerita yang pasal kunci tertinggal tu kan? Sebenarnya ada sambungan lagi.

Petang semalam masa nak balik, ingatkan hujan dah berhenti, rupanya lebat dan disertakan kilat. Tapi mama redah jugak tanpa payung. Takla lencun tapi basah la jugak. Naik LRT sejuk-sejuk, kepala dah mula dah. Sabar sajalah. Dugaan dari Allah.

Dah sampai kat kereta, sekali nak start kereta, tak bole pulak. Alamak! Betul-betul namanya tragedi Oktober ni. Telefon papa, papa kerja lagi, ada breakdown katanya, tak boleh nak keluar. Terpaksa telefon abah mama, mintak tolong dari dia. Nak memandai kat tempat parking mintak tolong orang, dalam zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Sementara tunggu abah mama sampai, mama duduk diam-diam dalam kereta. Faham-faham jela tempat parking. 

Agak lama juga baru abah mama sampai. Maklumla hujan lebat berserta kilat. Faham jela KL ni, apa lagi, traffic jam la. Abah datang bawak kawan, pomen kereta. Setelah jumper, start enjin semua, Alhamdulillah, kereta dah boleh hidup. Bateri kong agaknya, padahal nak gerak pagi tadi, ok je takde masalah. Dah sampai waktunya agaknya la tu.

Agak malam jugak mama baru sampai rumah. Amir nampak mama je, terus peluk macam dah lama tak jumpa. Yela, selalu petang dah sampai, ni malam dah gelap baru sampai. Rindula tu.

Apa-apa pun, semalam adalah Tragedi Oktober mama.
Insya Allah, ada hikmah dan kebaikan untuk semua ini.

Wallahua'lam

Monday, October 28, 2013

Serba tak kena

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Harini serba tak kena betul.

1st - Access card, kunci drawer dan kad touch 'n go tertinggal kat rumah
Puncanya, Sabtu dan Ahad lepas bawak mak abah mama pergi Tesco beli barang dapur. Kena lalu tol. Jadi, mama bawakla kad touch 'n go nak guna. Kad tu dalam tali landyard sekali dengan access card dan kunci drawer. Kes nak saving la kononnya, kalau bawak satu, semua bawak. Sekali pagi ni, terlupa nak bawak. Terpaksalah mintak papa hantarkan ke opis mama. Nasib baik dekat sikitla opis papa dengan mama dan papa shift pagi minggu ni.

2nd - Alarm trigger - Lif semua tak berfungsi
Papa dah sampai, tekan-tekan lif, asal tak nyala. Fikir, rosak kot. Cuba tengok service lift, langsung takde indicator. Alamak! Apa dah jadi. Kebetulan ada juruteknik kat situ, mama tanyala, nape yer?. Katanya ada fire drill, jadi semua lif tak berfungsi sehinggalah di'isolate'kan (mama nak translate, takut-takut tak kena maknanya nanti). Pilihan lain, menapakla turun tangga. 

Nasib baik mood papa baik harini. Cakap kat dia, tak tau ada apa masalah, ada alarm fire drill pulak. Ni pun mengah-mengah turun tangga.

Nasib baik dua tu je dugaan mama harini. Lenguh jugak kaki walaupun turun tangga dari tingkat 6. Huhu

ni la dia yang tertinggal tu..

Wallahua'lam

Saturday, October 26, 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Harini papa kerja, jadi masa kat ruma mama dengan Amir ajela berdua. Amir dah tido ni bole la mama layan sini sat. Nanti dia dah bangun, mau dia yang nak guna laptop ni. heheheh

Okla, sempena tak tau nak buat apa ni, mama join la GA ni sekadar nak support sahabat-sahabat alam maya mama. Insya Allah, kalau mama buat GA nanti, sahabat-sahabat bole la support mama balik yer. ^_^

Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

Syarat-syaratnya:
1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
Blog Bila Jari Mula Menaip
3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.


Okla, selamat bersegmen semua. ^_^

Thursday, October 24, 2013

Mudahnya mereka...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Petang semalam kita dikejutkan dengan rompakan di Ambank, USJ Sentral yang melibatkan seorang terkorban. Sepupu ada whatsapp gambar dan video kejadian, sedih bila tengok lebih2 lagi gambar famili mangsa. Mudahnya mereka....


Ni terkini, kes pembunuhan di Stesen LRT Taman Gombak dan Taman Melati. Sepupu dan FB pon ada upload gambar-gambar mangsa tapi tak sampai hati nak tengok. Sedih pon ada. Mudahnya mereka...


Wallahua'lam

Untung anak-anak, untung mak ayah, bila...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Saya lihat seorang alim. 
Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. 
Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.

Dalam pukul 4.45 pagi, semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.

Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat Subuh. 
6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.

Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang; 
100 kali tasbihat, 100 kali selawat, 100 kali istighfar.

Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. 
Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil, menyanyi sejak kecil, 
pandai matematik sejak kecil dan pandai menari sejak kecil.

Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. 
Bila iman lemah, orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.

Ya Allah, umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. 
Ya Allah, apalah yang aku cari dalam dunia ini. 
Wahai diri, berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya. 
Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu.

Ebit Lew

Wednesday, October 23, 2013

Banjir lumpur di Cameron Highlands

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Mama baru dapat berita dari sahabat-sahabat yang Cameron Highland banjir kilat. Bila mama google Malaysia Kini, memang betul berita ni. Dikatakan hujan lebat berterusan bermula dari jam 7 petang semalam. Akibat empangan di Ringlet menampung terlalu banyak air, pihak berwajib terpaksa melepaskan lebihan air yang menyebabkan banjir kilat di pinggir Sungai Bertam.
Semoga sahabat-sahabat kita di Cameron Highland berada di dalam keadaan baik-baik belaka serta diberikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kecekalan dalam menghadapi ujian daripada Allah. Insya Allah.
Wallahua'lam

Wordless Wednesday - Why couldn't I...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Wallahua'lam

Giveaway Jom Menang

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013
Jom kita support sahabat-sahabat kita. ^_^

Tuesday, October 22, 2013

Musim

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Sekarang musim hujan kan?.
Asal petang je hujan.
Kalau kat KL ni, kalau hujan, alamatnya jem teruk + banjir.

Kepada semua, hati2 la yer.


Monday, October 21, 2013

FIRST GIVEAWAY FROM NEW BLOGGER

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

http://rishamelongadis.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-from-new-blogger.html
Jom...jom...jom

SEGMEN : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

http://thehyperbeast.blogspot.com/2013/10/segmen-super-followers-by-ychun-esmail.html
Jom kita support ramai-ramai...^_^

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, October 20, 2013

Selamat pagi & selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Sumber FB

Saturday, October 19, 2013

tphb 1st giveaway

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Segmen lagi...

http://www.thepinkheartbubbles.com/2013/10/1st-giveaway.html

Segmen 96 Jam by Huda

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Jom...

Minion-Mini Giveaway Contest by Dunia Zumal

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

http://duniazumal.blogspot.com/2013/10/minion-mini-giveaway-contest-by-dunia.html
Jom kita meriahkan

Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Dah lama mama tak join mana-mana segmen kan. Okla, untuk aktiviti hujung minggu ni, mama nak join segmen la, nak support sahabat2 mama semua. Siapa2 yang nak mama support segmen, bagitau la yer.

http://sayazaza.blogspot.com/2013/10/karikatur-giveaway-by-zaza-ruang.html
Jom kita support ramai-ramai. Tak menang tak apa, dah nama adat bertanding. Bagi mama yang penting kita saling sokong-menyokong dalam benda-benda yang baik. 

Wallahua'lam

Friday, October 18, 2013

Selamat Malam

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Selamat malam sahabat semua
Insya Allah, saya dah maafkan semua
Semoga kalian memaafkan mama juga

Wallahua'lam

Tantrum Anak Kecil

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Minta maaf sahabat2 semua, mama agak sibuk kebelakangan ni. Tu yang tak tersempat nak update blog. Nak jalan-jalan blog sahabat2 semua pon tak sempat. Mana yang sempat, mama jalan2 jugak.

Tadi masa jalan2 kat FB mama, mama jumpa sesuatu yang menarik yang mama nak kongsikan :


Mama rasa rata-rata mengalaminya. Mama pon sedang mengalaminya sekarang ni dengan Amir. Kadang2 mama akui ada rasa kurang kesabaran, almaklumla mama sekadar manusia biasa yang masih berusaha menjadi sempurna, tapi mama ambil pendekatan dengan fikir agaknya masa kecil dulu, ntah2 mama lagi teruk dari ni, yang terpaksa kedua ibubapa mama hadapi. Jadi, bila fikir macam tu, rasa kurang stress bila hadapi Amir. Kadang2 papa Amir pon mama katakan benda yang sama, bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua pihak.

Sahabat-sahabat semua mesti ada cara masing-masing. Kalau sudi, jom kita kongsikan bersama.

Wallahua'lam.

Wednesday, October 16, 2013

Wordless Wednesday - Skim

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Wallahua'lam

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Haji

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini kita menyambut Hari Raya Aidil Adha, salah satu hari kebesaran untuk umat Islam. Kepada yang berada di Pantai Timur, dapat cuti umum 2 hari kan. Tapi bagi negeri-negeri lain, cuti umum cuma 1 hari je. 

Insya Allah, petang atau malam ni mama balik sebab esok dah kerja.

Apa-apapon, hati-hati di jalanraya.


Wallahua'lam.

Monday, October 14, 2013

Hari Arafah - 9 Zulhijjah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Harini 9 Zulhijjah kan? Maksudnya harini Hari Arafah, disunatkan berpuasa. 

Ada sahabat mama yang sudi berkongsi dengan mama Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah.

Antara fadhilat atau kelebihan berpuasa pada 9 Zulhijjah ialah :

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai Hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya "Dikafarah (diampun) dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang". - Hadis sahih dari Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya, iaitu :

~ Orang yang mati syahid
~ Orang yang mengerjakan solat malam di bulan Ramadhan
~ Orang yang berpuasa di Hari Arafah

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berpuasa hari ini.

P/S : Kalau ada antara maklumat yang mama sampaikan ni salah, mintak sahabat-sahabat jangan segan silu tegur mama yer. Terima kasih banyak-banyak. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab