Friday, September 26, 2014

10 Hari Pertama Zulhijjah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Harini 1 Zulhijjah kan? Maksudnya tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Korban, hari kebesaran yang kedua selepas Hari Raya Puasa (jika mama silap, mohon ditegur dan diperbetulkan yer...)

Tadi ni mama ada jumpa sesuatu di Facebook yang mama suka nak kongsikan di sini :


Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah & tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir, berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda". 
(HR Al-Baihaqi)

Oleh itu, jom kita semua perbanyakkan amalan sementara masih diberi peluang.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Insya Allah.

SHARING IS CARING...^_^

Share: