Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png




Jom join segmen Abang Ben. Semalam tak sempat join sebab ke'bz'an melanda. Ni baru dapat nak join. Kalau nak join, kawan-kawan boleh klik banner yang kat atas tu. Tarikh tutupnya harini tau, 
12 September 2014 sebelum pukul 6.00petang. Ada syaratnya yer. Kata abang Ben, "Tak ikut , aku tak senaraikan yer .. Jangan marah nooooo.. Sapa suruh tak lengkapkan ‘borang’ !".


Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Besar peranan blogger sekarang kerana penulisannya sedikit sebanyak dapat memberi impak dan kesan kepada keseluruhannya. Dalam memainkan peranan blogger, penyampaian berdasarkan fakta dan sumber yang tepat dan benar sangat-sangat diharapkan kerana dunia di hujung jari sekarang ini, amat memudahkan penyebaran apa jua maklumat dan berita. Walaupun blog saya ini hanyalah personal, saya berminat untuk berkongsi apa yang saya perolehi dan memotivasikan diri saya sendiri serta sesiapa sahaja yang membacanya agar berinformasi dan bermotivasi. 
SHARING IS CARING..^_^ 


Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

Diakui, jika saya mampu memperoleh hasil pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit, saya akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Sememangnya saya sudah merancang untuk berhenti kerja dan menumpu sepenuhnya rumahtangga di samping berblogging tapi hajat tersebut belum kesampaian lagi. Untuk Backup Plan, saya berhajat untuk membuka kedai buku atau perpustakaan kecil diinspirasikan oleh Reader's Cafe di Shah Alam kerana minat membaca yang ingin dikongsikan dengan semua. Insya Allah, one fine day. 


Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Saya berharap para blogger semua berjaya mencapai apa jua yang mereka impikan dalam tujuan mereka berblog. Semoga segala apa yang disampaikan dapat menjadi manfaat, inspirasi serta panduan kepada masyarakat mahupun negara.


Fuh, selesai pon saya menjawab soalan abang Ben. Harap-harap 'Borang' saya ni lengkapla yer abang Ben. Kalau tak lengkap, minta tolong bagitau yer apa yang tak lengkapnya. ^_^


Share: