Tuesday, October 21, 2014

DAY 1 : 10 Mom's Best Dishes

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Walaupun Oktober dah nak sampai ke penghujung, mama cuba join cabaran daripada sahabat blogger kita, +CT Humairah yang diceritakan di SINI. Kepada yang nak join, boleh lagi ni.

Untuk cabaran hari pertama - DAY 1 : 10 Mom's Best Dished

1. Ayam masak ungkep
Ni masakan orang Jawa sebab mak mama orang Jawa. Mak tak rajin sangat nak buat sebab yang makannya mama sorang je, adik-adik yang lain tak minat.

2. Burasak
Yang ni pulak makanan orang Bugis sebab abah mama pulak orang Bugis. Disebabkan mak berkahwin dengan orang Bugis, mak pon belajar la jugak makanan orang Bugis hasil asuhan arwah nenek abah. Selalunya dihidangkan dipagi hari raya bersama Asam Pedas Ikan Parang. 

3. Gulai Kawah
Yang ni bergantung atas permintaan. Nak buat selalu, kalau tak ramai kat rumah, memang tidaklah.
Selalunya time hujung minggu, kumpul ramai-ramai, memang seronok.
Takpun masa saudara-mara ada datang, memang dorang request.

4. Asam Pedas Daging
Kalau yang ini, bukan setakat kami, makcik yang kat Mersing kalau datang rumah, mesti request. Memang dah tau dah selera dia. Kalau tau dia nak datang, Abah bersungguh cari daging part-part tulang untuk kakak dia ni.

5. Sambal Gledek
Tak pastila semua orang Jawa tau ke tak tapi Jawa Johor area Pontian, Johor taula. Sambal Gledek ni dah nama sambal, memang pedas, tapi rasa nak lagi. Bole gitu?? Yang ini bukan kami adik beradik je suka, papa pon suka. Amir tidaklah sebab pedas.

6. Sambal Belacan
Yang ini pon salah satu makanan kegemaran makcik mama jugak. Kalau balik Mersing, mesti makcik siap-siapkan bahan dan mintak mak buatkan. Sampai camtu sekali.

7. Kuih Talam Berlauk
Ok, terselit kuih 1. Bole kan? Hihi. Ada juga yang panggil kuih cara berlauk, kalau bentuk comel-comel ada daging atasnya tu. Tapi nak buat senang, satu talam terus, letak daging atasnya. Hihi

8. Nasi Ayam
Yang ini memang favourite kami sekeluarga. Selalu kalau dah pening sangat nak masak apa la, masak je nasi ayam. Amir pon suka, siap bertambah-tambah.

9. Pecal
Mak buat sedap sebab ditambah secukup rasa cilinya dan cekur. Kalau arwah nenek dulu, pedasnya sampai rasa keluar asap dari telinga. Hihi

10. Bakso
Akhirnya, last sekali bakso. Yang ini pon atas request sebab rumah tak ramai orang. Sayang pulak kalau banyak tak abis.

Apa-apapon, mak masak dengan penuh kasih sayang. Sebab tu sedap je rasanya. Betul kan???

Share: