Thursday, May 29, 2014

Innalillahi wainnailaihi rajiun

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Innalillahi wainnailaihi rajiun

Semalam petang kita semua dikejutkan dengan pemergian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan bakal dikebumikan di Makam DiRaja, Kuala Kangsar. Salam takziah buat seluruh rakyat Perak.

Dalam lebih kurang masa yang sama, keluarga mama turut dikejutkan dengan pemergian baby yang bakal dilahirkan oleh sepupu mama genap 39 minggu.

Semasa pemeriksaan rutin ibu mengandung, sepupu mama discan oleh doktor dan disahkan tiada degupan jantung baby lagi.

Sememangnya luluh dan sayu hati si ibu bila mendapati baby yang bakal dilahirkan hanya bila-bila masa saja telah tiada lagi. Lebih sayu bila ingin menyampaikan berita kepada seluruh ahli keluarga.

Sejujurnya, menitik juga air mata bila berita disampaikan. Apa yang boleh mama buat, mama berikan kata-kata semangat dan kekuatan sebab kalau diikutkan, hari ini dijadualkan sepupu mama bersalin secara induce untuk keluarkan baby yang telah meninggal.

Walau apapun, dugaan Allah pada hambaNya yang mampu dan dugaan serta ujian Allah adalah sebagai tanda kasih sayang dan ingatan daripadaNya.


Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian. Insya Allah, aamiin.

Wallahuaklam.

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday : Semoga Allah melindungi & menjagamu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Sumber : facebook

Tuesday, May 27, 2014

How to remove permanent market from everything

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Sumber : Facebook

Ni mama dapat daripada sahabat mama. Tak tau la kesahihannya betul ke tidak.
Mungkin kita boleh cuba kot, untung-untung hilang lah ye.

Faham-faham jela, dah nama permanent, jadinya nak hilang tu memang payah.

Mama pernah cuba hilangkan permanent marker kat whiteboard tetapi bukan macam yang dicadangkan.
Mama guna whiteboard marker 500 tu. Hilang memang hilang, tapi makan masa juga lagi-lagi kalau permanent marker yang warna hitam. Permanent marker warna merah senang sikit. Hehe

Walau apa-pun, mama harap ianya dapat memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat mama ye.

Wallahuaklam

Monday, May 26, 2014

Menangislah...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Selamat pagi semua!!
Sekadar nak berkongsi gambar yang dapat dari laman facebook :

Kadang-kadang kita menipu diri sendiri dan berpura tabah hanya ingin melindungi apa yang tersirat di dalam hati.

Tidak salah jika kita menangis, bukan untuk meratapi nasib tetapi untuk melegakan hati yang lara.

Namun, apa yang terbaik, kembali kepada Maha Pencipta serta redha dengan ketentuan yang telah diaturkanNya sejak sebelum kita dilahirkan lagi.
Insya Allah, ketenangan dan keamanan jiwa akan hadir dengan sendirinya.
Wallahuaklam. 

Saturday, May 24, 2014

Promosi Biskut Raya

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Insya Allah, hujung bulan depan, kita semua akan mula berpuasa.
Sahabat-sahabat semua dah mula mencari-cari resepi ataupun mencari supplier untuk kuih raya?

Mungkin saya boleh membantu.

Jom tengok kuih-kuih raya yang ada kat sini pulak.

Boleh terus order pada nombor yang tertera pada setiap gambar ni ye.

Kalau malu-malu, PM saya pon boleh di rinoa.rider@gmail.com





Nampak sedap kan?

Jom tempah selagi masih sempat sangat ni. 

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah




Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]
Jom memeriahkan Giveaway kali ini!!...

Hargailah Suami Mu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat hari Sabtu!!

Apa yang korang buat harini yer?
Mama kena kerja harini tapi insya Allah, dalam petang sikit kami akan bawa Amir jalan-jalan.
Kemana tak pasti lagi. Papa yang janji.

Tadi masa mama layari Facebook, mama tertarik dengan satu gambar :


Alhamdulillah...sudah menjadi ketentuan dia menjadi suami kita, 
kita redha dan hargailah dia seadanya kerana dia adalah pintu kita, para isteri ke Syurga.

Wallahuaklam.

Thursday, May 22, 2014

Inilah perjalanan hidupku...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Sumber : Facebook

Ada masa kita rasa cemburu dengan kehidupan orang lain ataupun senang cerita kesenangan orang lain.
Ada masa juga kita mahukan lebih daripada orang lain ada.

Namun, jika kita redha dengan ketetapan yang telah ditentukan Allah,
serta kita berlapang dada dalam menerima kelebihan orang lain,
Insya Allah, kita akan lebih tenang dalam menghadapi kehidupan ini.

Caranya dengan melihat orang yang lebih kurang daripada apa yang kita ada 
serta bersangka baik dengan Allah 
kerana Allah tak beri apa yang kita minta namun Allah beri apa yang kita perlukan.

Wallahuaklam

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday - Berlapang dada

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Sumber : facebook

Tuesday, May 20, 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Breakfast + Lunch = Breaklunch

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulilla
Apa benda la tu breakfast + lunch = breaklunch?
Ni istilah mama buat sendiri. Tak tau la kalau korang pon ada guna. Hehe
Akibat sarapan pagi digabung dengan makan tengahari.
Bukan apa, pagi tadi mama dengan kawan mama pekena nasi kerabu.
Banyak jugak nasi nya. Mama amik lauk ikan.

Tu dia tergolek-golek ikan atas nasi. Jangan terliur ek.

Jadinya, tengahari ni masih kenyang lagi. Tengokla nanti beli kuih-kuih je kot. Takpon makan biskut ke buat alas perut.

Selamat Makan Tengahari. ^_^

Monday, May 19, 2014

Jalan-jalan Malaysia - Taiping, Bandar Warisan (Part 1)

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Seperti yang dijanjikan pada entry mama bertajuk Selamat Hari Buruh awal bulan haritu, mama ada cerita yang mama nak bercuti-cuti Malaysia. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke Taiping awal bulan haritu, dipermudahkan oleh Allah. Memang ada juga beberapa kesulitan tapi Alhamdulillah, dapat juga kami atasi dengan jayanya.

Kenapa mama pilih Taiping?

Agak susah juga nak jawab tapi sebetulnya, mama memang suka explore tempat orang dan nak tau tempat orang. Alhamdulillah, bernikah dengan papa yang berasal dari Perak membuatkan mama rasa nak tau tentang Perak. Dari mula kami nikah lagi mama memang excited nak explore negeri Perak dan papa pon tak abis lagi sebenarnya pusing Perak. Paling-paling pusing Bagan Datoh (kampung papa), Teluk Intan (rumah makcik papa), Manjung (zaman dia bersekolah dulu-dulu) dan Lumut (sebab ada pakcik papa).
Sumber : Google Maps

Mama pilih Taiping juga sebab ada Zoo Taiping and Night Safari. Asyik g Zoo Negara kat KL ni je, teringin gak g Zoo lain-lain walaupun zirafah, gajah dan lain-lain lebih kurang sama je. Hehehe. Dan sambil-sambil tu nak perkenalkan Amir dengan binatang-binatang. Tu niat asal sebenarnya.

Maksudnya, pemilihan Taiping bukan setakat untuk mama dan papa sahaja, tetapi untuk Amir sekali.

Amboi, panjangnya introduction. Hehe

Sebelum pergi, mama survey yang sepatutnya seperti kadar tol, tempat penginapan dan tempat-tempat menarik selain makanan yang best kat sana.

Kadar tol daripada Plaza Tol Jalan Duta ke Taiping Utara : 

Sumber : website Plus Highway

Pendek cerita, kami sampai di Taiping dalam lebih kurang 11.45 pagi. Mulanya saja pusing-pusing Taman Tasik Taiping, sebelah je dengan Zoo Taiping tu. Tapi perut pulak lapar. Kena isi dulu ni. Karang dah masuk dalam Zoo, ada gajah kena makan nanti sebab lapar (macam bole je...hehe). Confirm-confirm dalam zoo kena exercise. Hehe

Rupanya papa dah ada planning tak share dengan mama. Planning dia nak g Kuala Sepetang, makan mee udang banjir. Menurut cerita kawan-kawan dia, mee udang banjir nye sedap. Hamboi, yang selalu lalu pergi balik kampung yang kat Kuala Selangor tu, tak pernah singgah. Jauh mencari rupanya.

Jadi, makanan tengahari kami adalah Mee Udang Banjir, Kuala Sepetang.


Ni la mee udang banjir yang mama order. Mama pilih kue tiaw sebab tak berapa minat mee.
Harap-harap jangan ada yang terliur ye. Kalau terliur, kena g Kuala Sepetang sana. Hehe


Untuk Amir, kami orderkan nasi goreng. Cantik dan unik kan bekas dia. 
Papa sama dengan mama tapi yang membezakan papa order mee, mama pulak kue tiaw.


Dah nak bayar, tengok pada kertas order, uish, ada blog jugak kedai mee udang Mak Jah ni.

Bila bukak website, jauh-jauh cari sampai ke Taiping, rupanya ada cawangan kat Wangsa Walk, Wangsa Maju. Yang terliur tadi tu, bolehla terjah Kedai Mee Udang Mak Jah ni. Kasi promote sikit. Hehe

Okla, panjang jela dah mama cerita. Takut-takut sahabat mama boring lak baca panjang sangat.
Nanti-nanti mama update Jalan-jalan Malaysia - Taiping, Bandar Warisan (Part 2) pulak ye.
Yang part 2 tu dah mula masuk Zoo.

Ok, jumpa lagi di lain kali. Insya Allah.

Wallahuaklam

Selamat pagi dan Jom join Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat Hari Isnin.
Belum sempat cerita apa-apa dah join segmen. Hehe.

Oleh itu, jom kita meriahkan segmen daripada Cik +Yumida Huda ni... ^_^

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Saturday, May 17, 2014

Selamat berhujung minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat Hari Sabtu dan selamat berhujung minggu.

Rasanya mana-mana tempat yang hujan sekarang ni, inilah masanya untuk bermalas-malasan. Hehe.
Mama tak dapat nak bermalasan harini sebab mama kerja harini.
Semangat...semangat...hahaha

Nasib baik harini kerja tak banyak sangat. Di kesempatan yang ada, mama selalunya buat filing yang memang tak sempat nak buat masa hari kerja biasa + data entry mana-mana dokumen yang tak tersempat buat sepanjang minggu. Ni tengah bulan, rilek la sikit dan nampak sikit 5S nyer. Nanti dah dekat hujung bulan, mula la meja pon 'cantek' sangat, hilang 5S tu. Hehehe

Selamat berehat dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.
Nanti ada masa dan peluang mama cerita apa dia la tu agaknya 5S tu ye.

Wallahuaklam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab