Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Dah 57 tahun kita merdeka.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian kita.
Tetapi dalam masa yang sama, kita mestilah pelihara kemerdekaan kita ini.
Apa yang paling penting, walaupun berbeza agama, kaum, budaya mahupun fahaman politik, kita tetap masih boleh duduk satu meja dan berborak.
SALAM KEMERDEKAAN
DARIPADA MAMA, PAPA & AMIR
Sumber : The Star, 31 August 2014

Friday, August 29, 2014

Segmen BlogWalking bersama RedBellas

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Terima kasih tuan tanah sudi jemput mama.

Jom kita meriahkan segmen sahabat kita ni. Boleh klik kat banner atas, ataupun SINI.

Segmen Mrs. Mustache Bloglist

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Mama kena tag dengan +Ainim Suju kat SINI

Ikut pada syarat, mama kena tag at least 3 orang...ha, sapa yang kena :


Harap-harap sudi-sudi lah yer...^_^

Persediaan ke Penang ^_^

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Aduhai, excited dah ni. Harap-harap takde yang boring lagi yer.
Kalau ada yang rasa-rasa loya tu, sediakan bekas atau plastik cepat-cepat.
Takut tak sempat nak tadah nanti. Hehehe

Serius, hati mama dah separuh tu, lebih sikit dah (yela tu, mau dah 3/4 ni...^_^).
Dalam sibuk-sibuk, excited nak pergi esok ni, banyak juga nak kena siapkan. Antaranya :

1. Pakaian - ni memang la...takkan nak beli jer...taula dah gaji...hoho

2. Kasut sukan - untuk pengetahuan, kat Escape memang mesti pakai kasut sukan. nak beraktiviti tak pakai yang sesuai ape cerita lak kan.

3. Duit - ni memang kena ada lah...sekarang semuanya guna duit...huhu

4. Klinik berdekatan - yang ini penting ni...dahla kat tempat orang, kalau ada klinik panel, lagi senang tapi kena tau gak kat ne...

5. Peta Penang - wah, sampai camtu skali...takdela, senang nak cari tempat menarik dan tempat makan best...

4. Senarai tempat makan - yang ni memang kena standby juga walaupun makan minum disediakan...nak la merasa keistimewaan masakan Penang

Okla, tu antara senarai pendek mama. Kalau ada yang sudi nak tambah senarai pendek mama ni, dipersilakan sangat-sangat. Mama memang alu-alukan sangat-sangat.

Alhamdulillah, lepas mama up entry pasal Penang semalam, ramai juga sahabat mama yang bantu. 
Antaranya :


Jom kenal-kenal dengan +Farida Badaruddin. nak g website yang dia cakap tu bole klik gambar atas tu je, takpon SINI.

Selain itu, +Juz Haira siap buat entry pendek lagi. Cayalah.


Jom kenal-kenal dengan +Juz Haira kat SINI.

Thumbs up la untuk semua. Memang supporting betul. Sharing is caring.  ^_^


Salam Jumaat!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Salam Jumaat semua.
Dah Jumaat yer. Cepat betul masa berlalu.
Agak-agak mood semua orang macam bawah ni ke untuk hari Jumaat :

Sumber : Google

Wah, cuaca terang benderang hari Jumaat yer. Hehe

Apa-apapun, harini dikirakan sebagai hari terakhir untuk bulan ni (bagi yang tak kerja esok la kan).
Jadinya, pada yang ada dateline submit report atau yang seangkatan dengannya, rasanya mesti nak rancang habis baik punya rehat hujung minggu ni (mama memang nak rehat sakan hujung minggu ni, macam yang mama cerita semalam kat SINI...hehe) sebab mulai minggu depan, nak berperang siapkan apa yang patut (macam mama ni...huhu)

Okla, jom baca doa sebelum mula kerja yang mama pernah kongsi kat SINI pastu jom fokus pada apa persediaan yang patut buat untuk minggu depan (yang hujung minggu ni, nanti time rehat...hehe).

SELAMAT BEKERJA (walaupun mood mama dah separuh-separuh ni...)^_^

Thursday, August 28, 2014

Trip ke Penang - Part 1

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah.
Dah hari Khamis dah. Hujung minggu ni hujung minggu yang panjang. Semua dapat cuti 3 hari, tak kesahla cuti jatuh hari Jumaat - Sabtu ke, Sabtu - Ahad ke. Kan...kan??
Dah planning ke cuti panjang ni nak kemana?
Mama pernah cerita mama ada projek hujung bulan ni, projeknya mama sekeluarga akan ke Penang. Yeye
Sumber : Google
Jauh gak tu. Pergi pon sebab Company Family Day. Kalau saja-saja, lom tau lagi la.
Insya Allah, mama akan gerak dari KL hari Sabtu pagi dan balik ke KL semula hari Isnin.
Maksudnya, mama sekeluarga sambut merdeka kat Pulau Pinang tahun ni.
Apa-apapun, ni rezeki Amir merasa pergi ke Pulau Pinang. Mama dan Papa sekadar menumpang je.
Ikut pada aturcara, hari Ahadnya tu (Hari Merdeka), mama akan pergi ke Escape Theme Park, Penang.
Sumber : Google

Mama dah tanya En Google. En Google cerita ini theme park, bukan water park ok.
Maksudnya, bukan tempat mandi manda, tapi tempat mandi peluh. Wohoho.

Sumber : Google

Bersedia untuk lencun dengan peluh la ni yer. Cer tengok promo ni yang mama dapat dari Acik Youtube.

 

Aduhai, nak kata mama ni kategori gayat tu, tidaklah sangat tapi sikit-sikit tu bolehla. Hehe
Kesimpulannya, sini tempat untuk menikmati alam semulajadi.

Bawak Amir, jadinya tumpuan memang untuk Amir bersukaria.
Mungkin gilir-gilir kot dengan Papa Amir untuk main apa yang ada kat sini. Hehe
Nak la jugak merasa, bukan selalu pergi pon kan.

Jadi, maksudnya di sini, hari Sabtu (kalau sampai awal) dan hari Isnin (hari balik ke KL) adalah aktiviti bebas. Kepada sahabat-sahabat mama kat sini, mungkin boleh cadangkan pada mama mana tempat yang best kat Penang yang harus mama pergi dan cadangkan juga pada mama makanan serta tempat makan yang best kat Penang. Papa suka jalan-jalan cari makan tapi dia belum sempat nak survey lagi.
Tolong yer cadang-cadangkan. Kalau mama sempat, insya Allah mama akan pergi.

Wednesday, August 27, 2014

Dhiya's First Giveaway

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Jom...jom...join segmen lagi...^_^

Klik kat banner atau SINI ek.

Follower ke 383



BLOGLIST SEPTEMBER & OKTOBER BY FATIHAH FAZLIN

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Jom kita meriahkan segmen sahabat kita ni.

Nak join, klik banner atau SINI

Wordless Wednesday - Why I pray

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Sumber : Facebook

Monday, August 25, 2014

Salam Isnin!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Rata-rata kawasan KL hujan pagi ni. Mama datang kerja tengok jalan basah.
Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.

Rasanya ada kawasan samada masih hujan lagi atau baru je hujan berhenti.
Dah semestinya traffic jam harini boleh tahan.

Sumber : Facebook

Apa-apapun, SABAR banyak-banyak. Kalau kurang sabar, takut-takut lain pulak jadinya nanti.

Okla, SELAMAT HARI ISNIN SEMUA!!..^_^

Sunday, August 24, 2014

Open Beach di Port Dickson

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Pelik benar bunyi 'Open Beach'. Hehe
Sebenarnya, orang kan sibuk g open house harini. Minggu terakhir Syawal. Jadinya, mama ni g ke pantai, Open Beach la kan jadinya. Hehe
Kes memandai jer ni. Jangan terpedaya yer.


Kengkononnya nak g rumah sepupu kat PD ni, kebetulan sepupu datang rumah. Alih-alih sepupu ajak g pantai PD pulak. Layan jela. 

Singgah dulu sat isi perut kat Bagan Pinang sambil menikmati pemandangan pantai.



Pastu bawak Amir g pantai, papa melayan Amir mandi lak - sampai rentung. Hoho


Okla, Amir & papa pon dah sudah ni, nak siap-siapkan dorang dan gerak balik. Sure lena dia tido dalam kete jap lagi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab