Friday, October 31, 2014

DAY 8 : 10 Dream Places To Visit

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Credit to +CT Humairah 

Ok, kita sambung lagi yer.

DAY 8 : 10 Dream Places To Visit

1. Kota Mekah


Mama rasa boleh dikatakan rata-rata kita semua nak jejak kaki ke Kota Mekah kan?
Kalau tak dapat untuk tunaikan ibadah Haji, dapat laksanakan ibadah Umrah pon dah kira bersyukur sangat. Mama memang teringin nak jejak kaki ke sini semenjak arwah nenek belah mak asyik bercerita je keseronokan kat sana sebab arwah nenek sempat menunaikan ibadah Haji. 
Insya Allah, suatu hari nanti mama akan ke sana.

2. Kota Madinah


Dah alang-alang sampai ke Kota Mekah, teringin juga jejak kaki ke Kota Madinah.
Ingin juga lihat sendiri kesan peninggalan Rasulullah S.A.W serta ziarah Masjid Nabawi.

3. Sabah


Balik pula ke Malaysia, mama teringin nak ronda-ronda negeri Sabah.
Nak menikmati sendiri keindahan alam ciptaan Allah di bumi Sabah.
Asyik tengok blogger Sabah, kawan sekerja mama yang sememangnya orang Sabah dan mereka-mereka yang pernah melawat Sabah cerita je, nak la jugak pergi.

4. Sarawak


Disebabkan sebelah je, kita g sekali la kan?
Kalau Sarawak ni, besar lagi dari Sabah, mau makan masa yang panjang kalau betul nak jalan.
Ni pon akibat terpengaruh cerita-cerita best dari Sarawak la gak ni.

5. Terengganu


Balik ke Semenanjung pulak yer, mama pernah jejak Terengganu masa kecik-kecik dulu di Rantau Abang tengok penyu bertelur. Pastu masa tahun 2003, masa tu praktikal kat Hospital USM kat Kubang Kerian, sepupu kawan mama ajak ke Air Terjun Sekayu. Tu jela yang negeri Terengganu yang pernah mama sampai.
Kawan-kawan masa belajar ada kat Terengganu, antaranya Besut dan Kuala Terengganu,
Dapat jumpa dan jejak mereka, mesti meriah kan??

6. Kelantan


Kelantan pulak last mama pergi masa tu praktikal la macam yang mama cakap kat atas tadi.
Nak kata ronda tu, tak pon sebab paling-paling Kubang Kerian, Kota Bharu. Tu jer.
Walaupun praktikal, tapi dah kita duduk tempat orang, jadinya ada orang bawak, jalan la.
Kalau tak, dok diam-diam dalam bilik. Papa pon tak pernah jejak, bole la jalan sekali.

7. Johor


Aik, dah nama orang Johor pon masih nak pusing Johor lagi. Hihi
Nama orang Johor dan IC Johor pon, belum abis ronda lagi tau.
Memang diakui saudara merata kat Johor, tapi setakat g rumah saudara-mara time raya, mana la dan nak ke tempat-tempat best macam Kukup. Lagipon nak gak layan Mee Bandung Muar kat Bandar Muar, tepi muara tu. Zaman sekolah dulu tahun 1998 - 1999 dulu last merasa. Ada lagi ke ek??

8. Perak


Kita ni dah kawen dengan orang Perak, nak ler tau pasal Perak.
Setakat ni dah sampai ke Bagan Datoh, Teluk Intan, Taiping, Manjung, Ipoh, Lumut.
Teringin ke Tasik Banding. Katanya sana cantik.

9. Turki


Aik, balik ke luar negara pulak.
Mama mula minat nak ziarah Turki sebab tertarik dengan buku Ceritera Cinta Ahmad Ammar.
Tertarik dengan cita-cita Ammar untuk meneroka dan mendalami sejarah Turki.

10. Andalusia
Kenapa mama pilih Andalusia?
Kerana macam Turki, mama nak tau serba sedikit sejarah Islam di Andalusia.
Sebenarnya dari sejarah ni kita boleh belajar macam-macam.
Tentang jatuh bangun sesebuah kerajaan serta pemerintahan.
Semoga ianya menjadi panduan dan tauladan buat kita semua.

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :


DAY 7 : 10 Things To Do When You Are Bored

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Credit to +CT Humairah 

Ok, cabaran yang seterusnya DAY 7 : 10 Things To Do When You Are Bored

Kalau Amir masih jaga, memang layan dia main la. 
Tapi bila dia dah tidur, dengan papa nya skali tidur, mulala keboringan melanda.

1. Layan Internet
Selalunya time ni la mama sempat BW habis-habisan, join GA la, update entry untuk autopublish la.
Time ni la pulun habis-habisan.

2. Edit blog
Time-time camni la blog mama bertukar wajah sikit demi sikit.
Masih belajar-belajar lagi. Tak expert pon.
Dan masa ni la header akan bertukar jugak.

3. Membaca
Dah penat buat semua dah, cari la buku-buku lama, tak pon majalah, suratkhabar, belek satu-satu.

4. Ambil Nota
Yang ni, sambil-sambil baca, ambil la tips ke, notes ke, ala-ala macam belajar dulu.
Ni akibat rasa nak belajar lagi je la ni.

5. Tengok TV
Kalau dah boring, tengok tv ni mau dari Channel mula sampai sudah.
Dapat yang best, lekat la lama. Tapi time tak best, cari jela lagi.

6. Conteng
Conteng ni bukan conteng kat dinding, conteng mama conteng lukis-lukis, tulis-tulis.
Ni selalunya kat opis la, bila time ganti tempat orang MC atau Cuti.

7. Main Handphone
Yang ni pon masa kat opis dah boring sangat mengganti orang.
Time ni la layan Pou. Time lain, Amir yang layan Pou tu. Hehe

8. Tengok gambar lama
Time ni, rasa rindu dengan kawan-kawan lama.
Mana yang ada lagi, rasa nak jumpa je. Tak pon dapat kontek balik dah bersyukur sangat.
Mana yang dah takde, sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

9. Dengar radio
Dengar radio selalunya Radio IKIM, takpon Sinar, Suria ataupun Era.
Layan lagu lama ni best gak, imbau kenangan silam. Hahaha

10. Tidur
Last sekali, dah tak tau nak buat apa, join je Amir dan papa tidur. Abis cite. Hehehe

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :


Salam Jumaat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : facebook

Salam Jumaat semua.
Jom kita rebut peluang keemasan kita sempena hari Jumaat ni dengan membanyakkan amal ibadah kita.
Mudah-mudahan ianya diterima Allah.
Insya Allah

Thursday, October 30, 2014

Spontaneous Thursday - Progress

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


DAY 6 : 10 Things That You Want To Buy

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Credit to +CT Humairah 

Cabaran diteruskan lagi...Aish, kes Oktober dah tinggal esok hari je lagi nih...hehe

DAY 6 : 10 Things That You Want To Buy

1. Rumah


Tapi idak ler umah sebesar ini...tidak ler teman mampu uish...
Comel-comel pon bole, asalkan selesa dan boleh beribadah...^_^

2. Kereta Vellfire


Yang ini memang berangan beli jer...maintenance pon mau berpeluh-peluh...
Tapi kalau dapat, bestnya dapat bawak ramai-ramai g jalan-jalan kan???

3. Mesin Jahit


Mama memang minat jahit. Sejak kami kecik, baju kurung memang mak jahit sendiri, baik baju raya mahupun baju sekolah. Alhamdulillah, kalau baju kurung untuk mama, dah boleh buat sendiri. Tapi kalau nak beli mesin jahit, kalau bole nak yang ada sulam sekali. Setakat, kalau nak bersulam, kena hantar ke orang minta tolong sulamkan. Ada sendiri kan best, bole buat sendiri dan pilih sendiri. Hehe

4. Tanah


Kalau ada tanah kan best, bole bercucuk tanam, berbudi pada tanah. 
Kalau tanam pokok buah-buahan, ada hasil, bole kasi anak cucu merasa hasilnya. 
Ada lebih, boleh la berbagi kepada orang lain kan??

5. Kamera DSLR

Kamera digital dah ada tapi kalau dapat kamera DSLR tu, lagi la best.
Bole la belajar-belajar amik gambar cantik-cantik. Hehe

6. Pawagam Mini

Haha..berangan lebih kan?
Dah ada ni, dah tak payah sibuk-sibuk nak beli tiket g tengok cite kat wayang.
Astro kan ada cerita-cerita baru, layan jela. Tak pon cerita lama tengok balik pon best kat sini. Hehe

7. Rumah tepi pantai

Wah!...rumah lagi.
Ni kire ala-ala rumah percutian, in case nak bercuti, dah ada tempat dah.
Dapat rumah tepi pantai, sesekali balik, seronoknya.
Siang bole main pasir pantai, malam pulak buat berbeque, bakar-bakar.

8. Lot Kedai

Ingat tak kat entry sebelum ni mama ada cerita nak bukak seakan mini library.
Kalau tak ingat, bole klik kat SINI.
Ada rezeki, bole la buat apa yang mama impikan dan cita-citakan.

9. Buku

Ai, dah nak buat mini library, tak kan takde pape pulak kot.
Dah nama mini library, kena la beli buku, ye tak?
Buku bukan setakat novel je, ada la juga buku ilmiah.
Kira macam-macam ada.

10. Masa & Kasih Sayang

Ok, kenapa mama pilih Masa & Kasih Sayang untuk yang ke-10?
Sebab mama tau, takde sape boleh beli 3 ni kan?
Kalau mama bole beli masa, mama akan luangkan banyak masa untuk keluarga mama terutama papa & Amir, almaklum mama kan bekerja. Masa dengan mereka amat terhad.
Kalau mama dapat beli kasih sayang, mama nak sedekahkan pada sesiapa yang kekurangan kasih sayang agar takde lagi yang rasa tersisih.
Walau apapun, mama bersyukur dengan apa yang mama nikmati pada masa ini. Alhamdulillah.

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :

Tunaikan tanggungjawab dengan ikhlas...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : facebook

Alhamdulillah

Jom mulai harini kita tunaikan tanggungjawab kita dengan ikhlas, semoga peroleh keberkatan hasilnya.

Insya Allah

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday - Love our children

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


DAY 5 : 10 Favourite Songs

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Credit to +CT Humairah 

Ok, hari ini cabaran diteruskan DAY 5 : 10 Favourite Songs
Mencabar jugak ni...












Kalau nak tau lagunya apa, cer try klik pada tajuk lagu tu...mama try link kan dengan Youtube

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab