Monday, January 05, 2015

Mesej dari Pusat Darah Negara

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.
Walaupun hari ini agak sibuk, dapat juga selesaikan tugasan. So, boleh balik dengan tenang. ^_^


Ini mesej yang MPA dapat daripada facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bermula daripada hari ini, 5 Januari 2015 sehinggalah hujung bulan, 30 Januari 2015, Pusat Darah Negara dibuka untuk orang ramai menderma darah, setiap hari, Isnin hingga Ahad. Menderma darah turut boleh dilakukan di Unit Bergerak Kempen Derma Darah. Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh rujuk di laman web Pusat Darah Negara.

Semua dijemput untuk menderma darah. MPA kalau berkesempatan, insya Allah, akan luangkan masa pergi.

Jom derma darah. ^_^

Share: