Thursday, March 12, 2015

Amal dan kebajikan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Salam Khamis semua.
Dah hari Khamis ye. Kejap je rasanya.
Semalam masa tengah layan facebook, terjumpa gambar di bawah. Teringin MPA nak berkongsi dengan semua.


Apa jua yang kita miliki, wang yang banyak dengan harta yang melimpah,
tidak dapat kita bawa mati melainkan amal dan kebajikan kerana tiada apa pun yang kekal di dunia ini melainkan dengan izin Allah.

Ya, segalanya yang kita miliki tak boleh dibawa mati dan segalanya adalah dengan izin Allah. Hanya amal dan kebajikan yang akan dibawa.

Sementara kita diberi kesempatan masa yang terhad ini, marilah kita sama-sama mengerjakan amal kebajikan. Banyak yang kita boleh lakukan. Bukan setakat solat 5 waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadhan sahaja, kita juga boleh melakukan perkara-perkara sunat seperti solat-solat sunat, berpuasa pada Isnin dan Khamis serta berbuat baik kepada semua termasuk haiwan. Bukan apa, manalah tau salah satu daripadanya akan dipandang oleh Allah dan dapat menampung amal kebajikan kita yang lain. Who knows?

Share: