Monday, March 30, 2015

GST oh GST

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Semalam MPA saja jalan cari susu dan pampers Amir. Almaklum, dah nak hujung bulan. Alhamdulillah, suami MPA gaji awal, dapatlah beli awal. Pelik juga, ramai betul orang. MPA cuma fikir, agaknya sebab ramai gaji awal. Suami MPA pun bagitau, ni ramai sebab nak buat stok, lagi 3 hari nak kena GST. Alamak, boleh pulak MPA lupa nak GST yer.
Masa nak masuk pasaraya, terpandanglah kat kaunter khidmat pelanggan buku ni.

MPA tak lepas peluang ambil 1. Bukak dalamnya, ada mcam ni :


Adalah penerangan berkaitan GST. Bagus untuk kita sebagai pengguna untuk mendapatkan pencerahan berkaitan GST. MPA tidak menyokong dan tidaklah menolak. Yela, nak bising-bising pon kalau tetap dibuat, nak buat camne kan? MPA cuma nak refer bahagian akhir tu je, Harga Baru Selepas GST Bagi Barangan Keperluan Asas Terpilih.

Kat situ ada senarai barangan yang samada dikenakan GST, ada kenaikan atau tak. Boleh dijadikan rujukan kita semasa membeli-belah.

Untuk rujukan semasa dan sebarang pertanyaan, boleh rujuk bawah ni yer :


Jangan tanya MPA pulak ya. Kalau MPA keja LHDN, bolehla tanya MPA. Hihi

Share: