Friday, February 27, 2015

Istighfar

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


استعفرالله
استغفرالله
استغفرالله
Jom kita perbanyakkan istighfar lagi-lagi harini kan hari Jumaat.

Semoga amalan kita hari ini diterima olehNya.

Insya Allah...aamiin

Wednesday, February 25, 2015

Syukuri Apa Adanya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Hujan turun kat area KL ni. Malam ni sejukla sikit. Sekarang ni kan cuaca panas yang agak terik. Tapi insya Allah, malam ni MPA nak balik Perak jap. Esok MPA dah mula cuti sampailah hari Isnin, untuk majlis adik-adik MPA.


Sebenarnya nak balik Perak, nak ambil mentua. Mentua teringin nak ke sini. Mulanya mereka nak naik bas, taknak susahkan anak-anak. Uish, tak sampai hati pulak dengar mereka naik bas. Apalagi, MPA dan suami sepakat ambil mereka. Takpelah, sementara mereka masih ada lagi. Nanti dah takde, harap tak ada apa yang nak dikesalkan.

Harap maaf, MPA bukan niat nak bangga diri dan bermegah. Cuma kita sebagai anak, mestilah hargai kedua ibubapa baik yang kandung, mentua, angkat, mahupun tiri. Walaupun tidak dinafikan ada yang cerewet, bengkeng dan bersikap kasar, tapi mereka adalah 'lubuk' pahala kita. 

Beruntung kita masih dipinjamkan Allah untuk bersama mereka. Bayangkan bagaimana perasaan sahabat yang ibubapanya telah kembali kepada Maha Pencipta.

Harap tiada yang berkecil hati mahupun berasa hati. Kepada yang dah lama tak hubungi ibubapa, jom kita hubungi tanya khabar dan perkembangan mereka. Kepada yang sudah lama tak balik kampung, jom curi masa sikit hujung minggu kita ziarah ibubapa kita. Kepada yang telah tiada, jom kita berdoa dan bersedekah atas nama mereka, mudah-mudahan doa anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada mereka. Insya Allah.

He became 3 now

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Amir dah 3 sekarang. Bukan berpecah kepada 3, tapi dah 3 tahun sekarang.
Hari lahir Amir adalah pada Sabtu lepas, 21 Februari, tapi majlis kesyukuran Amir telah MPA sekeluarga buat hari Khamis malam Jumaat, bersempena majlis doa selamat adik MPA.

Majlis kesyukuran Amir tahun ni macam tahun-tahun lepas, MPA buat seringkas dan sesederhana mengikut kemampuan yang boleh sebab nak membiasakan Amir dengan majlis sambutan hari lahir yang sederhana sahaja. Takde tema bagai, cuma sedikit buah tangan buat budak-budak, sekadar memeriahkan majlis.


Kek ni Amir pilih sendiri. Bukan suruh Amir pilih, tapi dah bawak dia ke kedai kek, terus dia terjah nak kek ni. Cakap pilih kek lain, tak nak dah dia.


Alhamdulillah, seronok dapat potong kek pilihan hati.

Mama dan papa doakan :

Semoga Amir Syukur menjadi hamba Allah yang taat, anak dan pemimpin yang soleh,
 serta semoga Amir Syukur menjadi kesayangan penduduk di langit dan bumi.

Aamiin, Ya Rabb.

Terima kasih padaMu, Ya Allah kerana meminjamkan Amir Syukur kepada kami selama 3 tahun. Semoga kami semua dapat mendidik Amir Syukur sebagaimana yang Engkau kehendaki. Insya Allah.

Wordless Wednesday - Bersyukurlah sebanyak-banyaknya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Tuesday, February 24, 2015

Proses vakum dan mengemop

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Fuh...fuh...fuh...uish, setakat kuis dan tiup, tak jalan dah ni. MPA vacuum sat ek.


Lepas vacuum, MPA nak mengemop jap yer semua.


Selalu kalau dah berhabuk sangat, kita kena vacuum dan mop. Kalau setakat vacuum tapi tak mop, rasa kaki masih tak selesa lagi. Betul tak?

Macam tu jugak blog MPA ni. Ni tengah vacuum dan mop balik blog MPA ni. Dah mula nampak tanda-tanda nak bersawang. Tapi Alhamdulillah, sempat diselamatkan. (ye ke?..hehe)

Kalau rumah, kita mop dan vacuum, dah shining-shining, mau silau dibuatnya. Tapi blog MPA ni belum la tahap shining lagi. Ada banyak lagi nak digilap dan dilap. Contohnya, Para Penasihat Bulanan. Masih bulan Januari lagi masa entri ni di taip, walhal bulan Februari dah nak berakhir.

Rasanya, sahabat-sahabat yang ada mengikuti perkembangan MPA (yang tak berapa kembang pun) kat Facebook, tau apa yang MPA sibukkan kebelakangan ini. Yang tak berapa tau, takpe. Jangan susah hati. Insya Allah, bila berkesempatan MPA akan ceritakan apa la yang sibuk sangat tu yer.

Buat permulaan ni, MPA kongsi gambar dulu ek.


Rasanya dapat agak kot apa bendanya yer.

P/S : Insya Allah, MPA akan mula terjah blog sahabat-sahabat MPA. Banyak betul 'hutan' BW ni. 
Harap-harap tertunailah hendaknya.

Wednesday, February 18, 2015

Selamat Tahun Baru Cina

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Takde mood betul nak kerja sekarang ni. Mana taknya, ramai dah mula cuti.
Kita ni yang kena kerja sampai 5.30 petang, bertabah jela tengok orang sikit-sikit beransur-ansur balik. Mana yang dah mula cuti, rasanya sekarang dah sampai dah rumah.
Lagipun yang berbangsa Cina akan makan besar kan malam nanti. Yang jauh memang pastila dah gerak. Tinggallah yang dekat-dekat ni jer.

Walau apapun, MPA sekeluarga ingin mengucapkan :

SELAMAT TAHUN BARU CINA


buat semua yang berbangsa Cina.

Kepada yang lain-lain tu, SELAMAT BERCUTI.

Hati-hati ya semua walau kemana jua kalian pergi. Ikut peraturan jalan raya yer. ^_^

Wordless Wednesday - Wanita hiasan duniawi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Tuesday, February 17, 2015

Salam takziah wahai sahabat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Malam tadi, MPA dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan pemergian suami kepada salah seorang sahabat kami sewaktu belajar di Johor Bahru.


Khabarnya suami beliau dijangkiti demam denggi berdarah dan semalam seharian bertarung nyawa di ICU Hospital Kajang. Dalam pukul 8.30 malam, suami beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri yang dikasihi. Mohon sahabat sekalian sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Malik Saiful, suami kepada Habibah Yusoff, iaitu sahabat saya.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak berusia 7 tahun, 8 tahun dan 10 bulan.

MPA rapat dengan sahabat MPA sebab kami pernah satu bilik masa belajar di Johor Bahru dulu. Tambahan pula kami ambil sama kursus. Dalam kursus kami cuma ada 10 orang perempuan berbangsa Melayu, 4 orang perempuan berbangsa Cina dan 1 orang lelaki berbangsa Cina. Dah 15 orang tu, memang rapat sangat. Walaupun kami telah habis belajar dan masing-masing telah mengikut haluan dan perjalanan hidup masing-masing, kami tetap keep in touch.

Pemergian suami sahabat MPA memang terkesan di hati kami semua. Dapat rasa bagaimana perasaan beliau sekarang. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah, cekal dan sabar menghadapi hari mendatang.
Insya Allah...aamiin

P/S : MPA taip entry ni tersekat-sekat sebab sebak memikirkan keadaan ahli keluarga Allahyarham. Semoga segalanya yang terbaik buat mereka sekeluarga. T T

Saturday, February 14, 2015

Layan kedai makan Upin Ipin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Semalam sim kad suami MPA meragam, langsung takde line daripada pagi sampai malam.
Suami MPA ingatkan handphone dia rosak, rupanya sim kad meragam.
Jadi, dalam lepas solat Maghrib, kami semua gerak ke Maxis Center di KL Sentral.
Nasib baik dapat sampai awal walaupun area KL hujan Maghrib semalam.
Susah juga kalau sim kad meragam ni, kalau ada apa-apa kecemasan, susah nak hubungi.
Alhamdulillah, masalah dapat selesai dalam masa lebih kurang 20 minit jugakla.

Lepas tu, kononnya nak celebrate birthday suami MPA. Takla gah sangat, sekadar makan di luar je.
Saja nak cari kedai makan kat area Bandar Tasik Permaisuri. Sekali salah jalan pulak.
Bukan salah jalan apa, sekali ternampak la pulak kedai makan Upin Ipin.
Amir dah mengajak je nak ke kedai makan Upin Ipin. Redha jela kami dah anak nak.

Masuk ke ke kedai makan Upin Ipin, bukan main excited lagi dia. Kebetulan kedai tersebut tak ramai orang masa kami masuk. Jadi, selesa la untuk kami pilih tempat duduk. Pelayan kedai mencadangkan kami duduk berdekatan dengan TV supaya boleh la Amir tengok cerita Upin Ipin.
Dah nama kedai Upin Ipin, jadinya memang cerita Upin Ipin la sepanjang hari.


Papa Amir tengah belek telefon sebab sim kad baru tapi nombor tetap nombor lama.


Amir pun sibuk jugak nak pilih order. Alih-alih ralit tengok Upin Ipin.


Sebelum pesanan sampai, Amir sibuk nak bergambar dengan lukisan Upin Ipin yang ada kat dinding kedai makan tersebut.


Sibuk nak bergambar tapi inilah Amir, bukan nak pandang kamera.


Birthday man pun tak nak lepas peluang bergambar bersama anaknya tapi like father like son, dua-dua tak nak pandang kamera.

Alhamdulillah, pesanan tak lah terlalu lama ditunggu, disebabkan tak ramai orang. Birthday man order Nasi Ayam Merah, MPA order Spagheti Marinara dan Amir pula kami orderkan Fish & Chip. Rasanya pun pada pendapat MPA ok la, papa Amir pon tak komen dan makan habis. Maksudnya sedap la tu. Amir pun makan banyak spagheti MPA sebab Amir minat makanan jenis mi, bihun dan spagheti. Kira memenuhi selera dia la ni. Minta maaf tak sempat nak ambil gambar disebabkan lapar sangat. Hihi

Friday, February 13, 2015

Double Birthday

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Harini ada double birthday untuk keluarga belah suami MPA.
Birthday man (sebab dua-dua lelaki) untuk harini adalah Suami MPA, Khairul Anam 
dan adiknya, Khairul Adli.


Buat kedua-duanya, MPA doakan :

Semoga diberkati umur, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
Semoga di tahun yang baru ini, kedua-duanya menjadi hamba Allah, suami dan ketua keluarga yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Insya Allah; aamiin 

Thursday, February 12, 2015

Rezeki Cabutan Bertuah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Ini cerita 2 minggu lepas tapi dapatnya baru semalam. Macamni, 2 minggu lepas, ada cabutan bertuah anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi, tempat MPA kerja. Memang rutin setiap tahun aktiviti cabutan bertuah ni. Macam-macam hadiah disediakan. Untuk tahun ni, hadiah utama LED Tv. Berapa inci tak ingat pulak. Pasal dah lama. Tahun lepas rezeki MPA Philips Hair Dryer.
Alhamdulillah, tahun ni MPA dapat :

Halogen Convection Oven

Bermulalah pencarian resepi. Selalu cari resepi kat My Resepi. Macam-macam ada. Kalau ada yang bermurah hati nak rekemen, meh rekemen kat MPA. Sahabat blogger jangan kecik hati pulak yer. Ada juga beberapa resepi yang dah MPA ambil untuk dicuba. Bolehla cuba kat oven ni pulak. Untuk masak secara komersil, MPA belum yakin lagi. Lagipun kan kerja. Jadinya, nak mencuba resepi best-best tu cuma hujung minggu jela. Nanti hasil daripada oven ni MPA share yer. Jangan harap yang gempak-gempak, udah la yer. Sebabnya MPA bukan expert memasak pon. hihi
P/S : minta maaf pada sahabat semua sebab MPA kurang BW kebelakangan ni disebabkan tuntutan perhatian pada perkara yang lebih penting yang akan berlaku hujung bulan ini. Insya Allah, MPA akan sedaya upaya balas kunjungan kalian. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi support MPA lagi. Doakan segala urusan MPA dipermudahkan yer. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab