Monday, November 30, 2015

Lauk pelik

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Apa la lauk yang pelik tu yer?
Sebenarnya takde yang pelik sangat. Ni semua gara-gara anak yang sedang membesar. Malam tadi buka peti ais sebab nak perhangatkan EBM (Express Breast Milk) untuk baby MPA. Skali MPA jumpa ni :


Mesti dapat agak kan kerja siapa? Siapa lagi kalau bukan Amir Syukur. Amir nampak orang simpan ikan, daging semua dalam peti ais, dia pon nak simpan. Jadinya, macam ni la. Geli hati sekejap, tapi terasa pulak dah besar dah anak bujang MPA ni. Sebelum ni dia absorb jer. Sekarang ni masa untuk dia beraksi la pulak. 

MPA selalu pesan pada diri, suami dan ahli keluarga MPA supaya jangan buat atau berkata-kata dengan perkataan bukan-bukan. Selain itu, rancangan TV juga MPA minta kerjasama semua ahli keluarga untuk tapis apa yg ditonton. Almaklum, anak tengah nak meniru, risau kalau dipraktikkan yang bukan-bukan.

Budak-budak sekarang tak macam zaman dulu, pendedahan buat mereka terlalu banyak dan macam-macam. Dengan internet, facebook, instagram, tweeter, youtube dan macam-macam lagi. Semua perkara boleh diakses dengan mudah dan cepat. 

Kita sebagai ibubapa dan orang dewasa perlu arif atau paling tidak, tahu dengan perkembangan terkini. Tak semua mengarah ke arah negatif, ada juga yang memberikan kesan positif. Walauapa pon, kita seimbangkan antara dunia dan akhirat. Mudah-mudahan dunia dapat, akhirat pon dapat.

Wallahua'lam

Friday, November 13, 2015

Salam Jumaat - Laluilah ia walaupun TERPAKSA

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Jumaat semua.


Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukannya. Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang terbaik buat hambaNya. Banyak yang boleh dipelajari daripada perkara-perkara yang kita tidak mahu dengan kita berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Insya Allah, segalanya terasa begitu indah, sesuai pada masanya.

Wallahu'alam.

Thursday, November 12, 2015

Hari ke-32 berpantang - Punca duduk hospital lama

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-32 MPA berpantang. Dah nak abis pantang baru nak cerita yer. Huhu. Minta maaf semua. 


Dari mengandung, bersalin sampailah berpantang, kali ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran buat diri MPA sendiri dan ahli keluarga MPA. Banyak yang berlaku. Slowly, MPA cerita satu persatu untuk kenangan MPA sendiri dan buat pengetahuan sahabat-sahabat MPA yang mungkin ramai tak tau.

Dalam entri MPA yang lepas, Cuti-cuti Malaysia Tanpa Disangka tu, MPA ada cakap yang MPA duduk hospital kan. Dalam sepanjang hidup MPA ni, inilah pertama kali MPA duduk lama sangat di hospital. Bukan calang-calang lama, sebulan lebih ataupun secara terperinci 42 hari.

Macamana MPA boleh duduk lama macamtu? Sebenarnya sebelum tu MPA ada checkup dan scan kat klinik kesihatan dan doktor klinik kesihatan minta refer ke Hospital Kajang untuk detail scan baby. MPA mulanya ingat memang prosedur biasa macamtu, rupanya doktor klinik kesihatan syak MPA ada masalah uri bawah. Bila detail scan di Hospital Kajang, MPA memang sah ada masalah uri bawah atau bahasa sainsnya Placenta Previa. Masalah uri bawah / Placenta Previa ni ada 4 jenis. Boleh lihat bawah ni untuk jenis Placenta Previa :

Sumber : Google

MPA disahkan berada pada Type III, maksudnya sebahagian uri dah menutup laluan keluar baby. Maksudnya takde harapan untuk bersalin secara normal dan confirm czer. Masa dah tau tu, redha jela walaupun pada mulanya memang mengharapkan untuk merasa bersalin secara normal. Almaklum, masa bersalin Amir, MPA czer juga. Insya Allah, ada yang terbaik buat diri MPA dan keluarga.

Risiko uri bawah ni pendarahan. Doktor dah pesan kalau ada pendarahan, cepat-cepat ke hospital. Seminggu selepas detail scan di Hospital Kajang, MPA mengalami pendarahan. MPA tak buat kerja berat masa tu, tidur dan terjaga sebab gatal tekak dan batuk. Terasa sesuatu keluar macam period. Periksa kat tandas, ada ketulan darah rupanya keluar. Masa tu pukul 1.30 pagi. Terus MPA kejut suami untuk tengok sebab macam tak pasti pulak. Suami tengah mamai-mamai terus segar bila tengok ketulan darah tu. Lebih kurang sebesar tapak tangan jugakla. Terus kitorang bersiap dan bergegas ke hospital pukul 2.00 pagi tu. Amir tengah tidur masa tu, MPA terpaksa kejutkan mak MPA untuk tengok-tengokkan Amir. 

Sampai ke Hospital Kajang, terus doktor yang bertugas malam tu, Doktor Fatimah dan Doktor Siti periksa dan scan MPA. Disebabkan bleeding, MPA terus ditahan wad. Mulanya MPA ingat setakat sehari dua. Bila doktor pakar melawat siang nya tu, MPA difahamkan MPA akan ditahan sehingga bersalin. Alamak, baru 3 September 2015. Ikutkan due bersalin 5 November 2015. Tak ke 2 bulan jugak nak kena duduk hospital. Pastu macamana dengan kerja MPA, banyak tak settle lagi, handover pon tak sempat, Amir lagi. Aduhai, bercelaru sangat masa tu. Alhamdulillah, suami sangat memahami dan minta MPA bersabar. MPA berterus terang dengan boss MPA dan Alhamdulillah, boss pon faham dengan keadaan MPA. Tapi MPA tetap rasa bersalah sebab menyusahkan dia. Huhu

3 September 2015 : bermulalah episod MPA menjadi penghuni Hospital Kajang untuk jangka masa 42 hari.


Terdapat beberapa siri pendarahan lagi yang MPA alami sebelum bersalin. Entri lain MPA akan ceritakan yer. Terima kasih sudi membaca. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab