Saturday, February 06, 2016

Selamat Bercuti

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Harini bermula cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Rata-rata masing-masing dapat 4 hari cuti. Kemana kita yer?
SAW tak kemana. Sini je. Paling-paling akan ke Kuala Lipis, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada adik ipar SAW. SAW pergi satu family la dengan mak abah semua.
Dalam seronok nak meninggalkan rumah dan bercuti tu, jangan lupa pastikan rumah dalam keadaan yang selamat. Jika perlu, bagitahu jiran, supaya mereka boleh menjaga rumah kita. Pastikan peralatan elektrik telah dicabut daripada sumbernya termasuklah peralatan memasak.

Hati-hati dalam apa jua yang kalian lakukan dan selamat bercuti!!


Share: