Friday, April 01, 2016

Hello April

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Alhamdulilah, dah April dah sekarang. Yang ada azam atau target tu, amacam progress azam dan target? Banyak dah progress? Kalau banyak, Alhamdulillah, bagus. Kalau sikit, takpe, masih bole catch up lagi tu.

Selalu orang kaitkan 1 April ni April Fool's Day. Rasanya tak perlu April Fools ni. Tak baik kita kenakan orang. Sebelum kenakan orang, cuba fikir apa agaknya kita rasa kalau kita di tempat mereka. Marah? Bengang? Rasa tertipu? Baik-baik nak kenakan orang ni, takut-takut orang yang dikenakan tu baran ke, mau dia buat sesuatu tak elok pulak nanti.

Daripada kita kenakan orang dengan April Fools ni, baik kita g masjid untuk orang lelaki sebab harini kan hari Jumaat. Untuk orang perempuan, masih banyak lagi perkara baik yang kita boleh lakukan seperti berzikir, bersedekah & join dengar khutbah (kalau opis atau rumah dekat dengan masjid).

Salam Jumaat & Hello April!
Share: