Friday, September 09, 2016

Waktu doa tidak ditolak di hari Jumaat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Salam Jumaat.

"Pada hari Jumaat, ada satu waktu di mana bila berdoa, doa tidak akan ditolak. Kata ulama waktu itu mungkin selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar..."

[Habib Ali Zainal Abidin]

Marilah kita merebut serta tidak melepaskan peluang yang sedang terbuka hari ini. Walaupun Allah Maha Mengetahui apa yang kita mahu, tetapi kita sebagai hambaNya tetap perlu merendahkan diri memohon dan berdoa kepadaNya. Walaupun belum tentu doa kita dimakbulkan serta merta, tetapkanlah keyakinan kita kepadaNya.

Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan tepat pada masanya. Jika tidak, mudah-mudahan ada perkara yang lebih baik terjadi kepada kita. Insya Allah.

Wallahua'lam
Share: