Thursday, June 30, 2016

Merancang sendiri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Semalam MPA pergi checkup Ain di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, kira banyak jugalah berat Ain meningkat berbanding minggu lepas follow up checkup di HKL.

Panjng & ukur lilit kepala pulak banyak juga meningkat, bersesuaian dengn umur Ain. MPA memang risau dengan berat Ain sebab Ain ada masalah untuk berat badan naik. Bila banyak naik ni, lega rasanya. Mana taknya, umur Ain meningkat tetapi berat tak berapa sangat meningkatnya, macam berat budak baru lahir je. Ini lebih berpunca kepada masalah Ain yang pernh MPA ceritakan sebelum ini.

Bagi kes istimewa macam Ain ni, nurse memang pentingkan perancang keluarga. Bukan apa, takut ada rezeki adik kepada Ain pulak. Tapi kalau dah rezeki daripada Allah, MPA tak menolak.  Mana nak handle adik Ain, mana nak handle Ain lagi. Buat masa ini memang MPA memang tak ambil apa-apa perancang keluarga. Bukan tak percaya, ianya lebih kepada nak merancang sendiri sebab masa lepas dapat Amir pun MPA nak rancang sendiri.
Bukan tak yakin dengan perubatan moden ni, tapi MPA rasa lebih baik rancang sendiri sebab MPA ni ada masalah elergi pada ubat, terutama ubat tahan sakit. Kalau tersalah makan, alamatnya mata boleh bengkak dan ada rupa macam alien. Tu yang tak berani tu. Lagipun mak pun cadangkan takyah ambil.
Kepada yang ambil tu, jangan terasa pula dengan MPA ya. Lain orang lain caranya dan setiap orang biologi badan tak sama walaupun pada asasnya memanglah sama.
Merancang, merancang juga. Tapi jangan stress ya. Kalau ada rezeki Allah, jangan menolak tapi bersyukurlah sebab tak semua orang ada rezeki macam kita. Andai rezeki tu tak kunjung tiba pula, mintalah padaNya dan anggaplah ianya perkara yang terbaik buat kita. Insya Allah.
Wallahua'lam

Wednesday, June 29, 2016

WW - Breaking The Fast

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

WW - Do not

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

WW - Pre-dawn meal

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Tuesday, June 28, 2016

Hari Raya, Anak Kecil dan Vaksin

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah

Mesej ni MPA dapat daripada grup Whatsapp yang MPA join. Mesejnya begini :

Hari raya, anak kecil & vaksin

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yg berusia 59 hari, akibat #pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin . Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini

Sempena hari raya yang bakal menjelang & kemunculan wabak #diphteria, #pertussis & #measles akibat golongan antivaksin, saya ingin berkongsi sedikit pesanan 

Buat ibu bapa bayi kecil kurang dari setahun terutama kurang dari 2 bulan 
 
✅ 1) berpantanglah di rumah , tak perlu keluar beraya & had kan pengunjung . Kita tidak tahu siapa pembawa kuman , anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa banyak tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai . 

Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda & sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya . Cukup dengan melihat & membacakan doa 

Tidak mengapa dilabel "paranoid" , anak kita , amanah kita, tanggungjawab kita 

✅ 2) VAKSINKAN anak anda mengikut jadual & niatkan ini utk kebaikan anak anda & anak orang lain, semoga Allah terima sebagai satu kebajikan 

✅ 3) Elakkan tempat yang sesak seperti open house. 

✅ 4) Jika kampung anda kawasan endemik seperti melaka & kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah s.a.w :

Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim) 

Bagi tetamu yang berhari raya 

❎ Jangan cium/dukung/sentuh bayi yang baru lahir,atau mana-mana bayi tanpa Izin ibu bapanya . 

❎ baca doa sebelum masuk rumah 

❎ jangan berlama-lama berziarah terutama rumah Ibu dlm pantang 

❎ jika anak-anak anda tidak divaksin dgn alasan "anda sayang anak anda", kami Ibu Bapa #provaksin juga sangat sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan datang menziarahi kami yang ada anak kecil kurang dari setahun . Tolong hormati keputusan kami. 

🌷 bertabahlah ibu-Ibu & bapa-bapa Anak kecil . Biar kita susah raya kali ini agar in shaa Allah kita dapat nikmati banyak lagi hari raya akan datang dengan anak kita yang tersayang 

Allahu musta'an ❤️

Please share to save our children 😢

Sebelum tu, MPA minta maaf dulu jika ada yang terasa. Bukan niat MPA untuk buat mana-mana ibu bapa terasa tapi untuk kebaikan ibu bapa yang memiliki anak kecil.

Terpulang pada ibu bapa yang tidak memberikan anak vaksin tapi demi kebaikan bersama, lebih-lebih lagi sekarang tengah heboh diperkatakan tentang penyakit berkaitan dengan anak kecil, lebih baik berwaspada dan kita tidak tahu adakah kita pembawa kuman atau tidak, sebab kita tidak nampak pun kuman kan?

MPA sejujurnya mengaku agak takut untuk berhari raya tahun ni. Memang teruja dan seronok pada mulanya sebab pertama kali beraya dengan Ain. Tetapi dengan keadaan Ain yang baru sebulan lebih keluar wad dan masih dalam proses penyembuhan, membuatkan MPA agak seriau jugak nak beraya. 

MPA rasa pendekatan yang terbaik adalah MPA hadkan perjalanan MPA. Maksudnya, untuk tahun ini, MPA tidak akan kerap menziarah untuk beraya. Jika ada yang datang menziarah, mungkin MPA akan hadkan diri MPA sendiri dan Ain untuk berjumpa tetamu.

Biarlah tetamu mengatakan MPA sombong, mentang-mentang ada anak kecil daripada Ain sakit sehingga terlantar di wad. Lagipun Ain anak solehah yang istimewa. Banyak perkara perlu diambil kira demi kesihatan Ain.

Kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil, berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Sentiasa ambil perhatian apa jua berkaitan anak terutamanya demam. Kenal pasti klinik mahupun hospital yang berdekatan jika balik beraya dalam tempoh masa yang panjang. Serta sentiasa memantau anak seperti siapa yang mendekati, memegang mahupun mencium anak untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini.

Anak kita, tanggungjawab dan amanah kita.

Wallahua'lam

Monday, June 27, 2016

Don't be afraid to CHANGE

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

 
Don't be afraid to CHANGE.
You may lose something good but you may gain something better.

Jangan takut untuk berubah.
Kamu akan kehilangan sesuatu yang baik tetapi kamu akan peroleh sesuatu yang lebih baik.

I forgive

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
I forgive people but that doesn't mean I accept their behavior or trust them.
I forgive them for me, so I can let go and move on with my life.

Saya memaafkan seseorang bukan bermaksud saya menerima sikap atau percayakan mereka.
Saya memaafkan salah mereka pada saya supaya saya boleh lepaskan dan teruskan kehidupan saya.

Saturday, June 25, 2016

Zon 10 malam terakhir Ramadhan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Insya Allah, harini kita dah masuk ke zon ke-3 puasa iaitu zon 10 malam terakhir. 
Yang istimewanya dalam 10 malam terakhir ni sudah tentulah Malam Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


Tak semua orang diberikan rezeki untuk bertemu malam tersebut, tetapi kita tetap kena berusaha untuk menemuinya. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat bertemu dengan malam tersebut kan?

Kita juga digalakkan untuk membaca doa Malam Lailatul Qadr iaitu :


Marilah kita sama-sama berusaha untuk bertemu dengan malam tersebut. Mana tahu, tahun ini adalah rezeki kita untuk menemuinya. Insya Allah.

Semoga Allah memberikan rahmat dan redhaNya ke atas kita.

Wallahua'lam

Friday, June 24, 2016

It's Saiyyidul-Ayyam - A day of barokah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Sekejap je dah Jumaat kan. Selalunya Jumaat, ramai yang seronok sebab esok Sabtu, samada bercuti ataupun bekerja separuh hari.

Tapi, jangan hari Jumaat saja yang buat kita seronok. Hari-hari lain pun kena seronok juga, macam kartun di bawah ni :


Tapi walau apapun, mulakan hari kita dengan lafaz Bismillah.
Semoga urusan kita seharian diberkati Allah dan dipermudahkan olehNya.
Insya Allah.

Wallahua'lam

Wednesday, June 22, 2016

WW - Jangan bosan berbuat baik

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

WW - Salam Nuzul Quran

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Tuesday, June 21, 2016

Cara tradisional masih tidak dilupakan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Selepas seorang, seorang lagi update. Cemburu juga haritu. Tertanya-tanya, bila pula giliran MPA?
Alhamdulillah, masih lagi ada yang ingat blog picisan ni walaupun haritu lama juga tuan tanahnya bertapa. Hihi. Okla, sekarang giliran MPA pula nak update.
Update apa lagi kalau bukan kad raya dan tak lain dan tak bukan, daripada blogger Kathy R'bain.

Terima kasih banyak-banyak sis Kathy atas kad raya yang dikirim. Insya Allah, ada balasan yang bakal menyusul. Tunggu..
Sebenarnya, kad raya masih valid lagi pada masa sekarang tapi dah tak serancak dulu disebabkan adanya internet. Lagipun, kad raya agak mahal kosnya berbanding internet. Mana taknya, kad raya perlu dibeli atau jika mahu cetak sendiri, kos juga disitu. Lagi satu, perlu beli stem untuk dipos. Jangan lupa, nak kena juga tulis sesuatu, paling tidak pun nama pengirim supaya penerima tau siapa yang mengirim.
Berbeza dengan kad raya elektronik yang sudah pastinya lebih cepat diterima dan boleh dikirim pada ramai penerima dalam satu-satu masa. Tapi sekarang lebih ringkas dengan adanya kumpulan diaplikasi Whatsapp. Cuma taip dan hantar, terus satu kumpulan tersebut boleh baca dan dapat.
Tapi nilai sentimental tu tak ada untuk kad raya elektronik ataupun mesej ni. Sekarang kalau dapat kad raya tu, terujanya lebih daripada dulu. Almaklum, susah nak dapat sekarang. Kalau dulu, kad raya banyak sangat sampai boleh dibuat hiasan gantung di rumah pada hari raya. Contohnya macam kat bawah ni :

Ni gambar dari Mr Google. Gambar rumah sendiri ada tapi ntah mana ntah sebab masa tu zaman muda belia lagi. Hihihi

Sekarang pon masih ada yang gantung lagi tapi digantikan dengan sampul raya. Bagi MPA, gantung kad raya dah kira nostalgia dah tu. Bagi sahabat MPA macamana pula?

Monday, June 20, 2016

Bulan Ramadhan pun bulan ujian

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


Bulan Ramadhan ni pun kita tak terlepas daripada diuji.

Kenapa MPA cakap macamtu yer?

Semalam MPA terima 2 berita kurang enak, yang melibatkan jiran dan bekas jiran MPA.

Dikhabarkan oleh suami jiran MPA bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital akibat apendiks. Alhamdulillah, petang semalam juga pembbedahan telah dilakukan. Aduhai, sedih dan seriau juga mendengarnya.

Berita kurang enak yang kedua pula melibatkan bekas jiran MPA. Dikhabarkan oleh anaknya yang beliau cedera disebabkan terkena benda tajam. MPA tak dapat cerita penuh lagi.

Harap-harap kedua-dua mereka sembuh dengan segera, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini. Bukan apa, MPA sendiri pernah merasa sahur dan berbuka di hospital di awal bulan Ramadhan haritu. Boleh meleleh airmata tau. Bukan makanan tak sedap atau sewaktu dengannya, tapi keseronokan berbuka ramai-ramai tu takde. Nasib baik En Suami sanggup temankan sahur dan berbuka di hospital haritu.

Walau apa pun ujian yang kita hadapi, berlapang dadalah ya dan anggaplah ianya sebagai kafarah dosa kita. Mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan. Insya Allah.

Wallahua'lam.

Saturday, June 18, 2016

Seribu Impian

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Tadi ni MPA tengah layan Sinar FM, tiba-tiba lagu Casey - Seribu Impian berkumandang. Siapa kat sini membesar dengan lagu Casey ni? Entah kat mana Casey sekarang ni ya.

Teringat zaman kecil dulu. Memang ada seribu impian. Tapi rasanya lebih lagi kot. Siap berangan kalau jumpa kawan-kawan lama semua bila dah besar nanti, macamana agaknya ya.

Tapi bila dah besar dan masing-masing dah berkeluarga, payah pula nak berjumpa. Huhu

Dan seribu impian tu tak ingat lagi dah. Mungkin ada yang tercapai dan mungkin ada yang tidak.

Kepada yang dapat capai seribu impiannya, tahniah MPA ucapkan. Maksudnya, impian jadi kenyataan. Seronoknya.

Kepada yang tak dapat capai lagi ataupun dapat capai sebahagian (termasuklah MPA sendiri..huhu), jangan putus asa. Kita masih diberikan peluang dan ruang masa untuk mencapai. Tapi agak-agak yang mustahil tu, macam impian untuk berkahwin pada umur 26 tahun ke, tapi sekarang dah 30 tahun ke, jangan merajuk pula. Sebab jodoh tu kan Allah dah tetapkan untuk hambaNya.

Untuk impian yang tidak dapat kita capai walaupun telah berusaha sebaiknya, bersangka baiklah dengan Allah. Allah kan sebaik-baik perancang. Mungkin ada baiknya untuk kita tidak mencapai impian kita. Mana tau jika kita capainya, boleh jadi kita lupa diri, menderhaka kepada ibubapa atau sebagainya. Tak mustahil kan?

Oleh itu, berlapang dadalah terima segalanya. Sebelum berlapang dada tu, berusaha dulu ya. Mudah-mudahan impian kita semua dimakbulkan Allah, jika ianya baik untuk kita. Insya Allah.

Wallahua'lam

Jom layan lirik lagu Seribu Impian - Casey

Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahul
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata
Setinggi lagit biru mimpi kita
Abadi selamanya

Friday, June 17, 2016

Salam Jumaat, penghulu segala hari

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


Salam Jumaat semua. Pejam celik pejam celik, dah Jumaat. Cepat betul masa sekarang ni kan.

Esok hujung minggu apa plan masing-masing? Opst, harini pon dah ada yang cuti kan? Rasanya ramai yang persiapkan diri untuk berhari raya. Samada pergi shopping baju dan kuih raya ataupun menjahit baju raya sendiri dan membuat kuih raya.

Bagi MPA, tahun ni biasa-biasa je. Almaklum, Ain baru je sihat & MPA pun dalam keadaan berjaga-jaga. Ain tengah sensitif sekarang. Kalau terjangkit batuk atau selsema, untuk dia dah cukup teruk. Kiranya Ain ni dalam proses penyembuhan. 

Walau apapun sahabat MPA lakukan, silalah berhati-hati. Bukan apa, bahaya ada di mana-mana tak mengira tempat dan mangsa. Mudah-mudahan urusan sahabat MPA dipermudahkan. Insya Allah.

Wallahua'lam

Thursday, June 16, 2016

Jangan Mudah Melatah!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Lama-lama duduk di wad temankan Ain, macam-macam pengalaman & ilmu dapat MPA timba.  Macam-macam ragam pun boleh MPA lihat. Apa yang MPA nak sentuh di sini adalah sikap mudah 'melatah', bukan melatah yang opocot tu kalau terkejut. Mudah melatah dalam senang cerita mudah sentap dalam bahasa sekarang ini.
Dalam kita sibuk melayani kerenah anak yang tidak sihat, MPA akui terkadang kita penat sebab anak yang tidak sihat ni, ragamnya lain macam sikit. Tu belum dengan kita yang kurang tidur lagi. Oleh itu, jururawatlah yang ditugaskan memantau, membantu dan memperingatkan ibu bapa yang menemani anak.
Jururawat pun manusia biasa juga macam kita, ada salah dan silap. Jadi apabila ditegur, terimalah dengan berlapang dada. Kita ambillah daripada sudut positif, jangan terikut-ikut dari sudut negatif. Mungkin ada salah silap kita yang perlu ditegur. Jika tidak, anggaplah jururawat tersebut letih untuk hari tersebut sebab bukan seorang pesakit sahaja yang perlu di jaga, lagi-lagi hospital kerajaan.
Sebagai si ibu pula, jika hendak bercerita kepada si bapa, lihat-lihatlah keadaan si bapa pada waktu tersebut. Mungkin si bapa tengah stress disebabkan memikirkan keadaan anak yang tidak sihat dan kerja di pejabat. Jika sedang stress, mungkin boleh ditangguhkan dulu untuk bercerita perkara tersebut.
Ini bukan apa, kebetulan katil Ain betul-betul di hadapan kaunter jururawat. Suatu hari tu, MPA terlihat insiden sekumpulan jururawat dimarahi oleh si bapa walaupun jururawat tersebut tidak mengetahui butir perkara yang menyebabkan punca kemarahan si bapa, akibat cerita yang disampaikan oleh si ibu. Pada waktu tersebut, si ibu duduk diam di katil menunggu anak. Walaupun doktor pakar cuba menenangkan si bapa, si bapa tetap bersikap marah-marah. Kebetulan, pada waktu tersebut adalah waktu melawat, jadi pada pendapat MPA kurang enak dipandangan khalayak ramai.
Bila perkara ini terjadi, yang akan susah adalah si anak. Sudah tentu jururawat akan kurang memberi perhatian kepada si anak. Kita boleh kata ini tidak profesional, tapi bagaimana pula profesionalnya kita memarahi orang di khalayak ramai.

Sebenarnya, dalam apa perkara pun, kita boleh berbincang dulu, selidik kesahihan samada ianya salah faham atau bagaimana. Kita buat baik pada orang, insya Allah orang akan buat baik pada kita. Tak perlulah marah-marah. Kan tak manis orang pandang ke kita. Tak mustahil orang boleh cop kita sebagai panas baran. Kan tak elok tu.

Wallahua'lam

Wednesday, June 15, 2016

WW - Karma

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab