AFB Feed

Saturday, December 31, 2016

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Sumber : Google Image
MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI?

- Mungkin bangun subuhnya lambat. 
- Mungkin solatnya kurang lama. 
- Mungkin kurang khusyu' berdoanya. 
- Mungkin kurang sedekahnya. 
- Mungkin kurang bersyukur untuk nikmat yang sudah diberi. 
- Mungkin kurang usaha dan kerja keras. 
- Mungkin kurang bersabar. 
- Mungkin kurang dalam beristighfar. 
- Mungkin kurang berbaikan dengan sesama. 
- Mungkin kurang berhusnudzon; bersangka baik kepada Allah. 
- Mungkin belum menyantuni tetangga. 
- Mungkin kurang menyapa saudara. 
- Mungkin kurang dalam berbakti pada orang tua. 
- Mungkin harus dikurangi chatting dan perbanyak zikirnya. 
- Mungkin kurang mendekatkan diri kepada Allah.

Dan banyak kemungkinan lainnya, masing-masing hendaklah bermuhasabah diri.

Allah itu tergantung dari prasangka kita. Jika berprasangka baik, maka Allah lebih baik dari yang kita kira. Begitu sebaliknya.

Perbanyakkan memohon ampun/istighfar, selawat, do'a dan sedekah. Bersabar menunggu. Tenangkan hati kerana rezeki tidak mungkin tertukar.

Hanya Allah yang memberi taufik. Tetap istiqomah bersama Allah.Bersama Allah pasti ada solusinya.

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), amin.
Semoga bermanfaat

Usahakan TAHAJUD walaupun hanya cuma dua raka'at.

Sumber : Facebook page Bahagian Dakwah, JAKIM

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk tahun yang akan datang ini, 2017.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Friday, December 30, 2016

Jumaat terakhir 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Sekejap saja kita sudah bertemu di Jumaat terakhir untuk tahun 2016 ini. Dan esok pula merupakan hari terakhir untuk tahun 2016. Rasanya ramai yang akan flashback perkara yang berlaku sepanjang 2016.

Namun begitu, dalam sibuk melakukan flashback dan menyenaraikan azam, jangan lupa pula dengan perkara-perkara Sunnah di hari Jumaat. Antaranya :


1⃣ Berselawat kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. 

Rasulullâh Shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."📒Hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)

2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.

Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.

▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda : "Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh". (HR Bukhari) - lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat.

▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah bersabda: "Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama."  📒Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)

3⃣ Memperbanyakkan Zikir dan Doa.

Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak. 

▶ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".

▶ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda :" Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan"  📒HR Muslim.

▶ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" 📒HR Abu Daud -  Shahih.

❗❗Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.

Sumber : Telegram Kempen Semak Hadis

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, December 29, 2016

Hanya satu kesilapan

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sumber : Google Image

Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata,
" Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja, kerana saya mahu anda untuk belajar sesuatu yang penting. "

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda. "

"Anda boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali untuk 9 jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu! "

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran.

"Dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kamu buat walaupun  sejuta kali, tetapi akan mengkritik anda jika hanya sekali sahaja kesilapan yg kamu buat.."

#copyfromwhatsapp

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Tuesday, December 27, 2016

BALANCE SHEET OF LIFE

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Source : Google Image
BALANCE SHEET Of LIFE
Your birth - Opening Stock.
                 
What comes to you - Credit.
                  
What goes from you - Debit.
Your death - Closing Stock.

Your ideas  - Assets.

Your bad habits - Liabilities.

Your happiness - Profit.

Your sorrow - Loss.

Your soul - Goodwill.

Your heart - fixed Assets.

Your character - Capital.

Your knowledge - Investment.

Your age - Depreciation.
          
          And finally :
ALWAYS REMEMBER, ALLAH IS YOUR AUDITOR
Have a perfect balance sheet...
Source : Dr Zaharuddin Group

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Saturday, December 24, 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Jom support rakan blogger dengan join segmen ini.
Boleh klik di banner di atas atau SINI.
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Jom join segmen Cikgu Ayu kita. Boleh klik di banner di atas atau SINI.
Rajin betul Cikgu Ayu kita ni buat segmen. Dulu rajin juga MPA selalu join segmen Cikgu Ayu ni.
Semenjak anak MPA, Ain tidak berapa sihat dan perlukan perhatian MPA yang kerap, bukan setakat segmen Cikgu Ayu, banyak juga segmen-segmen yang MPA terlepas. Kadang blog pon tak terupdate terutama apabila Ain masuk wad. Walau apapun, all the best buat Cikgu Ayu dan teruskan usaha Cikgu Ayu dengan kerap menganjurkan segmen. Berkelapangan, insya Allah MPA akan join lagi segmen Cikgu Ayu yang akan datang.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

DIMANA ITU KEBAHAGIAAN??

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Sumber : Google
Menurut cerita, seorang suami memarahi isterinya.
Suami : Nanti akan aku lenyapkan kebahagiaanmu.
Isteri : Abang tidak sanggup melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana abang tidak sanggup memberikan kebahagiaan kepadaku.
Suami : Mengapa aku tidak akan sanggup melenyapkan kebahagiaanmu?
Isteri : Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu abang akan sanggup menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu abang juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku sesuatu yang bukan kepunyaan abang dan tidak dapat abang kuasai, baik abang sendiri ataupun orang lain. 
Suami : Di mana itu kebahagiaan?
Isteri : Sesungguhnya aku memperolehi kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain dari Tuhanku.
Dalam hal kebendaan, sememangnya kita tidak membantah/menafikan bahawa barang kebendaan mempunyai kedudukan penting untuk mencapai kebahagiaan. Malah ia juga diterangkan daripada hadith yang sahih dimana Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Termasuk kebahagiaan hidup seseorang manusia, ialah memperoleh isteri yang baik, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik." (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Hadith ini menerangkan beberapa perkara kebendaan yang menyumbang kepada kebahagiaan didalam sebuah keluarga.
Adapun hal yang dapat menghilangkan kebahagiaan seseorang adalah diantaranya pasangan yang jahat dan buruk tingkahlaku, kediaman yang sempit dan kotor, kenderaan yang buruk dan perhubungan yang sukar. Semuanya sangat menyusahkan dan menyesalkan hati.
Sebagai kesimpulan ringkas, kebahagiaan itu dapat digambarkan bagai sebuah pohon yang rendang. Tempat tumbuh ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan (hati nurani). Keimanan kepada Allah itulah pengairan dan makanannya, menjadi udara dan cahaya yang membantu pertumbuhan.
[Kitab Iman dan Kehidupan-Dr Yusuf Al Qaradawi]

Sumber : Telegram

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, December 22, 2016

Tip pujuk anak ke sekolah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sumber : Google
Alhamdulillah
Tinggal lebih kurang 11 hari sahaja lagi sesi persekolahan akan bermula. Bagaimana dengan persiapan persekolahan anak-anak sahabat MPA semua? Rasanya kebanyakkannya dah bersedia. Cuma mungkin ada beberapa lagi perkara yang belum selesai.

Insya Allah, bermula sesi persekolahan tahun 2017, Amir akan mula bersekolah tadika. Sememangnya MPA agak teruja dan berdebar dengan reaksi Amir pada hari pertama persekolahan. Macamana la agaknya nanti ya? Untuk sekolah tadika, tidak banyak yang perlu disediakan. Apa yang penting adalah peralatan sekolah seperti alat tulis, stokin dan kasut sekolah. Insya Allah, Isnin nanti akan diadakan sesi taklimat dan pembayaran yuran persekolahan sesi 2017.

Bagi anak-anak yang dah lama bersekolah, mungkin tiada masalah untuk ke sekolah. Malahan rasa seronok dan teruja untuk berjumpa sahabat-sahabat lama. Tapi bagi anak-anak yang baru mula memasuki alam persekolahan, pasti ada rasa takut, risau dan tidak selesa dengan apa yang bakal dialami. Jadi, macamana untuk mengatasinya? Antaranya :
  1. Sebelum ke sekolah mahupun dalam perjalanan ke sekolah, wujudkan perbualan tentang persekolahan. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di tadika seperti ada ramai kawan dan guru yang baik, dan ada aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan.
  2. Di rumah, lakukan ulang kaji bersama-sama. Siapkan alatan persekolahan bersama-sama anak seperti beg sekolah, buku-buku dan pelbagai lagi.
  3. Sebelum tidur, pesanlah pada anak untuk membaca doa sebelum tidur supaya anak dapat bangun awal untuk ke sekolah dengan gembira. Beritahu pada anak bahawa guru dan kawan-kawan sedang tertunggu-tunggu kedatangan anak di tadika esok.
  4. Tonjolkan keceriaan kita ketika menyambut anak pulang daripada sekolah. Wujudkan perbualan tentang sesi persekolahan dengan menanyakan soalan-soalan berkaitan kawan-kawan, pelajaran yang diajar oleh guru dan aktiviti-aktiviti yang diikuti.
  5. Beri ganjaran dari segi pujian dan galakkan apabila anak menunjukkan sikap yang baik dan suka ke sekolah, Sekali sekala, mungkin boleh diberikan ganjaran berbentuk fizikal yang berpatutan sekiranya anak menunjukkan sikap yang baik semasa ke sekolah.
Sumber : Majalah Pa&Ma

Mungkin ada beberapa lagi tip dan panduan yang boleh sahabat-sahabat MPA kongsikan dengan MPA. Sudi-sudikanlah berkongsi ya. Mudah-mudahan ramai yang akan mendapat manfaat bersama, insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Wednesday, December 21, 2016

Wordless Wednesday - Suka Curi Dengar?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Segmen Bloglist 2017 SheilaInspire Dot Com

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Jom meriahkan segmen anjuran sahabat blogger kita ni

Boleh klik banner di atas atau di SINI.
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Wordless Wednesday - Jangan berputus asa

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Tuesday, December 20, 2016

Bloglist Januari Tahun 2017

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Rasanya untuk tahun ini, amat jarang sekali MPA nak join segmen.
Bukan setakat segmen, entry blog ini pun tersangkut-sangkut.
Insya Allah, untuk tahun hadapan 2017, MPA akan berusaha untuk update sebaik yang boleh.
Bloglist MPA pun rasanya nak kena rombak juga ni.
Jika ada masa, insya Allah, MPA akan usahakan juga nanti.

Sebelum MPA rombak bloglist MPA, jom support rakan blogger kita dengan join segmen di bawah :

Boleh klik di banner atau di SINI.

JOM SUPPORT!!

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Big Bad Wolf 2016

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah
Semalam sudah berakhir Big Bad Wolf 2016. Untuk tahun ini, MPA dan adik-adik perempuan MPA berkesempatan untuk ke sana pada Sabtu pagi yang lepas. Pada mulanya MPA merancang untuk pergi pada malam hari disebabkan ianya dibuka sepanjang 24 jam, tapi adik perempuan MPA mencadangankan waktu siang sedikit. Jadi, lepas selesai tugasan MPA dan mendapat izin suami, kami bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 pagi. Risau juga MPA parkir penuh. Alhamdulillah, rezeki MPA adik beradik, dapat parkir berdekatan dengan tangga naik ke Big Bad Wolf tersebut. MPA bawa Amir untuk menemani MPA dan juga meringankan tugasan suami menjaga Ain di rumah. Ain masih belum boleh dibawa ke tempat awam terutama yang sesak kerana dibimbangi menjejaskan kesihatan Ain.

Di pintu masuk BBW. Sudah terasa kemeriahannya.

Sememangnya yang paling teruja adalah Amir sebab semenjak doktor mengesahkan keadaan kesihatan Ain mudah terjejas jika Ain ke tempat awam. Jadi, bila sekali sekala keluar ramai-ramai, apa lagi, seronoklah dia.

Amir sedang memilih buku yang berkenan di hati. 

Kepada ulat buku, memang rambang mata dibuatnya. Serius. Lagi-lagi harga yang dipaparkan memang menarik dan tertarik. Mahu rasanya ambil semua. Hihi. Tapi MPA kan sudah tidak bekerja, jadi MPA sekadar ambil seadanya, mengikut kemampuan. 

Inilah di antara buku yang menjadi pilihan MPA dan adik-adik MPA.

Pada pendapat MPA, memang berbaloi untuk ulat buku. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Apa yang penting, dalam keghairahan membeli apa jua termasuklah buku, biarlah ianya mengikut keperluan, bukan kehendak. Dibimbangi pembaziran akan berlaku. Siapa yang rugi? Kita juga yang rugi.

Bertemu lagi di lain tahun, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab