AFB Feed

Monday, February 27, 2017

Setia di sini

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Lama pula tuan rumah blog ini menyepikan diri. Sudah agak bersawang dan berhabuk blog ini.


Kepada sahabat-sahabat yang masih sudi singgah ke sini, terima kasih banyak-banyak dan MPA minta maaf sebab tiada entri terbaru kebelakangan ini.
Ini disebabkan puteri MPA, Ain Humaira; sekali lagi dimasukkan ke wad. Baru 2 minggu Ain keluar wad kanak-kanak di Hospital Kajang. Kali ini MPA bawa Ain ke Hospital Kuala Lumpur disebabkan waktu Ain kurang sihat adalah waktu malam, jadi kurang kesesakan lalulintas. Tambahan pula, temujanji Ain di Hospital Kuala Lumpur sudah dekat. Seperti sebelum-sebelum ini, Ain mengalami demam, batuk berkahak dan nafas laju.
Pada mulanya, kami dibenarkan balik pada hari ke-4 di wad, tetapi bila doktor Respiratori (paru-paru) melawat, kami diarahkan untuk pindah ke Wad Respiratori. Sewaktu entri ini ditulis, sudah 2 minggu kami disini.

Pada mulanya jadual amat padat, sehinggakan 'terbabas' juga waktu mengepam susu MPA. Antaranya makan ubat, pemberian susu, pengambilan nebulizer dan pemeriksaan berkala (tekanan darah, suhu badan, kadar degup jantung & kadar pernafasan). Bila sudah lama sikit seperti sekarang, barulah ada masa terluang sebab ada beberapa perkara yang tidak perlu untuk Ain.

Untuk kemasukan kali ini, Ain diminta untuk memakai mesin CPAP untuk membantu pernafasan Ain sebab Ain menggunakan tenaga yang banyak untuk bernafas. Jadi, bila menggunakan mesin ini, tenaga kurang digunakan dan berat Ain dapat bertambah dengan banyak. Mudah-mudahan hendaknya.


Pada mulanya memang Ain mengamuk sebab ada sesuatu yang dipasang pada mukanya. Tapi lama-lama jadi alah bisa tegal biasa. Apabila mandikan Ain,  MPA akan cabutkan ia sekejap dan pasang semula selepas mandi. Alhamdulillah, senang menguruskan Ain. Ain sekarang tenang bila MPA pasangkan semula ke mukanya. Cuma gaya tidur Ain yang lasak menyebabkan ianya samada tercabut ataupun beralih tempat. Jadi setiap kali MPA bangun terjaga, memang MPA periksa keadan topeng CPAP.

Buat masa ini, Ain perlu pakai sepenuh masa sehinggalah keadaan Ain stabil dan berat meningkat dengan baik. Apabila berat Ain sudah cantik, barulah Ain perlu pakai hanya pada waktu tidur sahaja. 
Sebagai ibu sepertimana ibu-ibu yang lain, MPA hanya berdoa dan mengharapkan segala yang terbaik buat anak-anak MPA. MPA percaya puteri MPA, Ain seorang pejuang dan anak yang kuat sebab mampu menghadapi segalanya sedari bayi lagi. Semoga Ain serta anak-anak sahabat-sahabat MPA semua kuat, sabar serta tabah menghadapi apa jua yang telah ditentukan. Insya Allah, aamiin.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Tuesday, February 07, 2017

Kait Burung Hantu

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Semasa pergi ke Big Bad Wolf yang lepas, MPA ada membeli buku kait. Disebabkan ianya buku Bahasa Inggeris dan MPA belum mahir lagi mengait, jadi MPA simpan dulu buku tersebut.

Nak kata sekarang ni MPA mahir, uish, jauh lagi tu. Masih terkial-kial dan merangkak-rangkak lagi. Kadang-kadang masih terlepas lagi jarum kait dengan benang. Hihi. 

Semalam, Amir terjumpa pula buku yang MPA beli tu. Ini bukunya :


Kebetulan Amir tengah minat dengan burung hantu dan kulit buku yang MPA beli ada pula gambar burung hantu, apa lagi, hari-hari Amir minta MPA buatkan. Mulanya MPA memang tak yakin yang MPA boleh buat. Tapi MPA redah jela demi anak. Lagipun MPA boleh belajar sesuatu yang batu, ye tak?

Alhamdulillah, setelah terkial dan salah teknik dan kiraan untuk beberapa kali, terhasil lah burung hantu Amir :


Kalau ikut buku, macamni hasilnya :


Jadi jela ek, asal ada rupa sikit-sikit. Amir tanya juga kenapa ni matanya garis je, yang kat buku pangkah. Bila sudah jadi mak-mak ni, mestilah kreatif dan pandai menjawab soalan anak-anak kan? MPA pon menjawab, "Owh, ni dia tengah tidur". Hahaha. Kira jadi la burung hantu tu anak oi. Huhu

Seronok Amir dan katanya nak gantung di beg sekolah. Layankan jela. Hihi.

Kalau ada diantara sahabat MPA yang berminat dengan mengait, buku ini memang bagus sebab dia ada bahagian untuk yang mereka yang baru bermula (macam MPA ni), pertengahan dan mahir. Buku ini juga mengajar ikut langkah demi langkah. 


Jika tidak faham dengan cara langkah demi langkah, dia ada letakkan diagram untuk di belakang buku untuk mereka yang lebih faham melalui diagram. Apa yang penting, pembaca mestilah faham istilah dan singkatan-singkatan yang digunakan. Kalau tak hafal atau tak ingat, bolehla rujuk di bahagian belakang buku. Untuk memudahkan rujukan, fotostat mukasurat tersebut dan buat sebagai penanda buku. Banyak juga paten yang diberikan. Ada beberapa paten dalam perancangan MPA untuk MPA buat. Bila ada hasilnya nanti, MPA kongsikan ya.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Sunday, February 05, 2017

Popsicle Laici

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Hujung minggu kali ini, sahabat-sahabat MPA ke mana ya? Hujung minggu kali ini, MPA tidak ke mana-mana. Hanya berehat di rumah. Setelah puteri MPA, Ain sihat, MPA pula yang demam, selsema dan sakit tekak. Sewaktu entri ini sedang ditaip, MPA sedang kehilangan suara. Perit dan susah betul bercakap bila tiada suara. Agaknya Allah nak MPA berehat sekejap kot daripada membebel. Biasala bila sudah jadi mak-mak ni. Huhu.

Bila duduk-duduk rumah ni, dapat pula idea untuk membuat popsicle ataupun aiskrim. Masa Ain dimasukkan ke hospital haritu, doktor pakar yang merawat Ain ada mencadangkan pada MPA memberikan popsicle pada Ain untuk melatih Ain menelan. Jadi, hari ini projek MPA ialah Popsicle Laici. Kebetulan ada laici ni dan Amir peminat laici, kita guna jela sumber yang ada.


Bahan-bahan :
1 tin air laici
Air

Cara-cara :
1. Campurkan air laici dengan air secukup rasa. MPA suka sekadar manis-manis buah saja. Jadi, MPA tambahkan air banyak juga.

2. Siat-siatkan buah laici supaya menjadi kecil-kecil. Bagi MPA, bila siat kecil-kecil ni, dapatla banyak sikit. Hihi

3. Masukkan air dan buah laici ke dalam bekas popsicle atau aiskrim. Bekas ni boleh dibeli di kedai-kedai menjual barang plastik dan kedai DIY.

4. Bila dah siap, bolehla letakkan di dalam peti sejuk bahagian beku. Bolehla dimakan bila sudah beku. 

Sedap dan nyaman dimakan di musim panas. Dalam zaman barang kebanyakkannya naik harga dan mahal sekarang ini, bolehla dicuba dan menjimatkan sedikit perbelanjaan rumah. Cubalah!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Thursday, February 02, 2017

Hobi : Hasil kedua

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Beberapa minggu lepas, MPA ada cerita tentang hobi baru MPA, iaitu mengait. Alhamdulillah, hari ini dapat siapkan satu lagi hasil :


Yang ini, sebenarnya dah lama buat.  MPA sempat siapkan, hanya tinggal bunga saja yang MPA belum buat. Bila Ain masuk wad, MPA tak dapat menyudahkannya.


Niat di hati nak beri pada anak sepupu yang baru lahir. Tapi belum sempat untuk pergi ziarah lagi. Insya Allah, bila ada kesempatan masa dan peluang, MPA akan menyerahkannya juga. Jadi, buat masa ini, biarlah Ain jadi model MPA ya. Hihi.

Dalam fikiran ini, ada lagi beberapa projek mengait yang ingin dilakukan. Seronok pula dengan hobi baru ini. Insya Allah, jika ada hasil2 baru lagi, MPA kongsikan ya. 

Apa pula hobi sahabat-sahabat MPA semua? Jom kongsikan.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

Wednesday, February 01, 2017

Hello February

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah

Sekejap betul masa berlalu. Hari ini merupakan hari pertama di bulan February. Hello February!

Selama hampir seminggu lebih juga MPA tak update entry baru blog ini. Sebenarnya, puteri MPA, Ain Humaira telah dimasukkan ke Wad Kanak-kanak, Hospital Kajang akibat batuk yang teruk, demam dan muntah-muntah serta nafas laju. Bila diperiksa, didapati Ain mengalami jangkitan kuman di paru-paru. MPA awal lagi sudah bersedia menghadapi situasi Ain masuk ke wad bila lihat keadaan Ain sebab ini merupakan kali ke-8 Ain masuk wad. Kebanyakkannya berkaitan jangkitan kuman di paru-paru.


Alhamdulillah, semalam tengahari kami dibenarkan balik. Teringin juga update sewaktu di wad tempoh hari, tapi almaklum, bila jaga anak yang kurang sihat, lebih-lebih lagi di wad, 'me time' memang kurang sangat. Hatta, makan dan tidur pun tidak menentu. Takpela, keluarga lebih penting daripada segalanya. Lagipun, tujuan MPA berhenti kerja adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri, terutama Ain.

Bulan February ini, banyak betul tarikh-tarikh penting. Antaranya ialah tarikh lahir suami MPA, putera MPA, Amir Syukur dan juga tarikh lahir MPA sendiri, serta beberapa orang ahli keluarga dan sahabat handai MPA. Selain itu, bulan February ini juga merupakan bulan kelahiran blog MPA ini. Alhamdulillah, diam-diam sudah 4 tahun blog ini rupanya. Memang banyak naik turunnya terutama dari segi entrinya. Selalunya ianya turun disebabkan MPA berada di wad samada masalah MPA sewaktu mengandungkan puteri MPA, Ain; ataupun masalah kesihatan Ain.

Walau apapun, MPA mengharapkan segala yang terbaik di bulan Februari ini buat diri dan keluarga MPA, serta sahabat-sahabat MPA semua. Semoga kita semua berada dibawah redha dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Insya Allah.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab