Friday, August 30, 2013

Riang Ria di Aidilfitri

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, harini hari raya aku setelah berjaya berpuasa 6 sepanjang bulan Syawal ni...Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk melaksanakannya tahun ni....kepada sahabat-sahabat yang belum melaksanakannya, ada masa lagi ni dalam seminggu macam tu sebab kalau tengok pada kalendar, bulan Syawal sampai Jumaat depan...

Seingat aku, aku lom post lagi kan gambar2 raya...ni antara yang sempat aku rakam sepanjang raya ni...
Memang tak dapat la nak rakam banyak...yela, mana nak melayan si decik yang dah pandai jalan ni, pandai nak mengikut sepupu2 dia bermain...tu lom lagi dia mengamuk bila permintaan dia ditolak...ada masa kena tolak juga kalau kita rasa itu tak wajar untuk dia...dan ada masa kita benarkan juga...semuanya untuk kepentingan dia...
Apa2pon, aku akan explain kat dia baik2 kenapa tak boleh...walaupun dia macam tak berapa nak faham, aku rasa dengan cara tu, kita melatih diri kita dan dia sendiri cara berkomunikasi serta melatih dia untuk tahu yang kebebasan itu perlu tapi setiap sesuatu ada hadnya...itu bagi pendapat aku la...
Wallahua'lam

Sesi bermaaf-maafan

si kecik bersama nenek dan atoknya

inila suami saya... ^_^