Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan ke 56

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Selamat hari kemerdekaan yang ke 56. Cepat betul masa berlalu, dah 56 tahun rupanya negara kita merdeka. Tak sangka kan? Kalau pakcik-pakcik mana yang lahir tahun kemerdekaan (1957), umur 56 tahun ni ada sesetengah dah mula memilih untuk pencen dari tugas. Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman dan sentosa walaupun telah 56 tahun merdeka. Namun, tak dinafikan ada ketikanya juga kita mengalami ketidakstabilan keamanan yang sedang dikecapi contohnya Peristiwa Lahad Datu, dan macam-macam lagi. 

Harini, Amir dah terjaga dalam pukul 5.30 pagi. Awal betul harini walaupun hari mama dan papa cuti. Rupanya dia demam. Malam tadi semasa dia tidur, elok je takde pulak demam. Cadangnya harini nak pergi rumah terbuka kawan-kawan mama di Bangi Lama dan Kelana Jaya, tapi tidak kesampaian. Mintak maaf ye kawan-kawan mama, Amir tak sihat harini.

Kali ni Amir demam tak disertai dengan muntah-muntah sebagaimana sebelum ni, Alhamdulillah sangat sebab kalau disertai dengan muntah, Amir mesti lembik. Pergi klinik dan bagi Amir makan ubat, Alhamdulillah, dalam tengahari dia bangun tidur, demam dah kebah. Alhamdulillah, padaMu jua ku bersyukur dan memohon penyembuhan dari segala penyakit. Aamiin.

Semoga keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi ini dinikmati dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati dengan memikirkan sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang samada untuk merdeka mahupun untuk mengecapi sedikit keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi. 
Wallahua'lam