Monday, September 02, 2013

Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
..:: Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga ::..

1. Seorang isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH)

4. Seorang isteri yang tetap berpegang teguh manjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang isteri yang selaly memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan satu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tiada di rumah.

9. Seorang isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada di depan suami.

10. Seorang isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyuman agar suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A Abdurrahman Ahmad)